CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1196|Reply: 4

Ada batu dalam buah pinggang, Dr Say salahkan hidup tertekan punca heshe tak bersenam? Bergelek seksi tertonggek goyang bontot tak dikira senaman kewww?

[Copy link]
Post time 16-1-2022 05:32 PM | Show all posts |Read mode
“Kemungkinan ada batu pada buah pinggang saya” – Dr. Say

KUALA LUMPUR: Berkongsi keputusan ujian kesihatan baru-baru ini, pempengaruh media sosial dan pengacara rancangan My Doctors Dr. Say Shazril mengakui dirinya bimbang mengenangkan bacaan kolesterol serta keadaan buah pinggangnya yang berada di tahap kurang baik.

Katanya, dia perlu melakukan perubahan drastik khususnya dari segi gaya hidup dan pemakanan bagi memperbaiki tahap kesihatannya.

“Saya tidak terkejut dengan bacaan kolesterol kerana dalam keluarga, ibu dan bapa saya juga berdepan masalah yang sama.

“Apa yang mengejutkan adalah keadaan buah pinggang saya. Keadaannya boleh saya katakan serius kerana terdapat darah dalam air kencing.

“Hasil ujian (air kencing) tidak mengesan sebarang jangkitan. Kemungkinan ada batu pada buah pinggang saya,” katanya.

Sebelum ini Dr. Say tampil berkongsi keputusan ujian kesihatan di laman Instagramnya. Antara informasi yang dikongsikan bapa dua cahaya mata ini adalah bacaan kolesterol dalam badan sekitar 7.0 serta keadaan buah pinggangnya yang disahkan mengalami kerosakan tahap dua.

Kata Dr. Say, dia tidak menolak kemungkinan pola pemakanan, gaya hidup dan stress sebagai punca kepada keputusan (ujian kesihatan) yang membimbangkan.

Katanya, meskipun bacaan kolesterol menurun, ia masih tinggi dan belum memuaskan.

“Tahun lalu, kita semua jalani hidup yang cukup menekan. Saya pula seorang yang gemar bersenam di gimnasium. Apabila ditutup, saya pun tak banyak bersenam. Mungkin itu juga antara faktornya,” ujarnya.

Dalam pada itu, apabila disoal tentang keadaan anak sulungnya yang disahkan menghidap autism tahap sederhana, Dr. Say memberitahu dia dan isteri mengambil keputusan untuk mengambil tindakan awal agar perkembangan kendiri anaknya itu menjadi semakin baik dari semasa ke semasa.

“Ini adalah ujian yang cukup menduga. Tetapi saya bertekad untuk membuat sesuatu.

“Buat masa ini tiada perancangan untuk masa akan datang. Saya dan isteri hanya tumpukan kepada apa yang perlu dilakukan sekarang iaitu menghantarnya ke sesi terapi.

“Kami masih menaruh harapan. Diharapkan, tiga atau empat tahun yang datang, keadaan anak saya akan menjadi bertambah baik,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Dr. Saya turut menyarankan kepada ibu bapa di luar sana yang berdepan situasi yang sama agar bertindak awal demi kebaikan anak-anak mereka.

“Pendedahan tentang autism di Malaysia masih di tahap rendah. Ibu bapa kena ubah fikiran mereka. Masa sangat berharga.

“Sekiranya anak-anak memperlihatkan tanda-tanda awal, segera bawa mereka berjumpa pakar untuk mengetahui keadaan sebenar. Jika telah disahkan, terima keadaan dan bertindak awal. Hantar mereka untuk terapi atau latih pertuturan.

“Ada rakan-rakan saya yang menyesal kerana tidak bertindak awal. Apabila keadaan anak mereka semakin teruk, ia sudah terlambat. Oleh itu, galas tanggungjawab kita. Bertabah dan lakukan sesuatu,” tambahnya.

– habis –


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2022 05:33 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2022 05:34 PM | Show all posts
[youtube]L4aEz5z6mWk[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Heols ada ambil whey protein ke?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2022 12:58 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 17-1-2022 12:46 AM
Heols ada ambil whey protein ke?

kalau dah promote itteww memang heshe ada ambik keww?

[youtube]FMBv5DjNaZ4[/youtube]

[youtube]qmoZKSvwiI4[/youtube]

[youtube]jhuUt6JYCVM[/youtube]

[youtube]3gGfpXbiohA[/youtube]

[youtube]-YmFYEP2QEo[/youtube]

[youtube]FNm4zj_ykCc[/youtube]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.122600 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list