CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 348|Reply: 0

[Sarawak] Ugut bunuh isteri kerana tak mahu dicerai, mekanik kena lapan bulan

[Copy link]
Post time 11-1-2022 11:15 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Perbuatan seorang mekanik yang mengugut hendak membunuh isteri memfailkan penceraian membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali juga memerintahkan hukuman penjara bagi Bobin Bohan, 30, untuk dikuatkuasakan hari ini.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah dengan mengugut hendak membunuh isterinya yang berusia 28 tahun dalam satu kejadian pada 14 Januari 2021, jam 11 malam di kediaman mangsa di Kampung Sinar Baru, Batu 14, Jalan Penrissen, di sini.

Mengikut keterangan kes, tertuduh datang ke rumah mangsa pada hari kejadian dan mengugut mahu membunuh mangsa sekeluarga sekiranya mangsa memfailkan penceraian.

Tertuduh juga menendang kereta mangsa kerana tidak berpuas hati terhadap mangsa.

Selain itu, tertuduh juga pernah datang ke pejabat mangsa pada siang hari dan mengganggunya ketika bekerja.

Difahamkan, tertuduh dan mangsa masih merupakan suami isteri sah yang telah berkahwin sejak tahun 2011 dan mempunyai tiga orang anak.

Sehubungan itu, mangsa yang berasa takut, risau dan tidak selamat akibat perbuatan tertuduh seterusnya membuat laporan polis sehingga membawa kepada penangkapan tertuduh pada pada 23 Januari 2021.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Adzmei Ahmad.


utusanborneo.com.my/2022/01/11
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.049088 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list