![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20220111/81ac12b1-a6cd-460e-9bee-1d7de6f539ae.jpeg)
BANTUAN: Pasukan Mosar membawa mangsa yang mengalami sesak nafas turun ke Timpohon Gate.
RANAU: Seorang pendaki berhadapan detik cemas selepas mengalami sesak nafas semasa menuruni Gunung Kinabalu semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridhwan Taib berkata bertindak dengan panggilan kecemasan yang diterima jam 7.45 pagi itu, pihaknya menggegaskan Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) bagi melaksanakan operasi menyelamat di lokasi.
“Mangsa wanita terbabit mengalami loya ketinggian atau akut gunung (AMS) di Kilometer (KM6) Panalaban semasa menuruni Gunung Kinabalu.
“Pasukan Mosar yang tiba ke lokasi bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum membawa mangsa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung,” katanya.
Beliau berkata mangsa kemudianya diserahkan kepada Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dibawa ke Hospital Ranau untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
utusanborneo.com.my/2022/01/11 |