CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 457|Reply: 1

[Sabah] Covid-19 11/01/2022

[Copy link]
Post time 11-1-2022 10:49 PM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 253 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 242,958 kes. Empat (4) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masingmasing satu (1) kes di Tawau, Pitas, Tambunan dan Kota Belud. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 288 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 235,692 orang. Manakala 748 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 419 orang di hospital, 327 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awa dan dua (2) orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 35 orang merangkumi 31 di ICU/repurposed kritikal care serta empat (4) di open ward (HDW/kubikel akut) dan 14 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 26 (27.66%).

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Kes harian naik mendadak sebanyak 92 kes hari ini berbanding jumlah kelmarin. Jumlah kes baharu ialah 253 kes.

b. Lebih banyak daerah mencatat kes baharu yang lebih tinggi hari ini dengan 10 daerah merekodkan kes dua (2) angka berbanding lima (5) daerah sahaja semalam. Antaranya, Kota Kinabalu 49 kes (+20), Tuaran 29 kes (+10), Kota Marudu 19 kes (+14), Penampang 18 kes (+5) dan Sandakan 15 kes (+12). Cuma daerah Putatan dan Kunak yang tidak mencatat sebarang kes baharu.

c. Adalah juga diperhatikan bahawa peratusan jumlah kes kategori Saringan Kontak Rapat (45.8%) dan kategori Saringan Bergejala (43.1%) hampir seimbang hari ini. Ini secara jelas mencerminkan betapa meluasnya virus COVID-19 berada ditengah-tengah masyarakat serta kelalaian ramai orang daripada mematuhi pelbagai SOP.

d. Kita mengharapkan kes yang naik mendadak ini bukan berpunca daripada pelbagai acara sambutan Tahun Baru yang membelakangkan SOP dan nasihatnasihat KKM yang lain. Sekiranya acara-acara keramaian menyambut tahun baru adalah punca kenaikan kes hari ini, tidak mustahil kita akan menyaksikan jumlah kes harian yang lebih tinggi untuk beberapa waktu akan datang.

e. Untuk makluman, 50 daripada 253 kes hari ini atau 19.76% melibatkan kanakkanak di bawah umur 12 tahun yang belum layak menerima vaksin. Statistik jangkitan yang melibatkan kanak-kanak bawah 12 tahun ini agak tinggi dan membimbangkan. Adalah diharapkan semua ibu bapa juga guru-guru di sekolah mengambil langkah-langkah dan inisiatif yang boleh mengurangkan risiko jangkitan keatas mereka yang masih belum layak menerima vaksin.

f. Seramai 248 orang daripada 253 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, dua (2) orang pesakit dalam Kategori 3, dan seorang pesakit masingmasing dalam Kategori 4 dan Kategori 5. Satu (1) kes lagi masih dalam penilaian lanjut JKNS.

g. Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (116) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2022 11:09 PM | Show all posts
253 kes baharu COVID-19, jangkitan bagi kanak-kanak membimbangkan

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan kenaikan mendadak kes baharu COVID-19 hari ini membabitkan peningkatan sebanyak 92 kes sekali gus menjadikan jumlah sebanyak 253 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, lebih banyak daerah mencatatkan kes baharu yang lebih tinggi.

Katanya, sebanyak 10 daerah merekodkan kes dua angka berbanding lima daerah semalam antaranya, Kota Kinabalu 49 kes, Tuaran 29 kes, Kota Marudu 19 kes, Penampang 18 kes, dan Sandakan 15 kes.

Menurutnya, daerah Putatan dan Kunak tidak merekodkan sebarang kes baharu hari ini.

"Sebanyak 50 daripada 253 kes semalam atau 19.8 peratus melibatkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang belum layak menerima vaksin.

"Statistik jangkitan yang melibatkan kanak-kanak di bawah 12 tahun agak tinggi dan membimbangkan.

"Diharapkan semua ibu bapa juga guru-guru di sekolah mengambil langkah-langkah dan inisiatif yang boleh mengurangkan risiko jangkitan ke atas mereka yang masih belum layak menerima vaksin," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, peratusan jumlah kes kategori saringan kontak rapat adalah 45.8 peratus dan saringan bergejala 43.1 peratus.

Jumlah berkenaan jelasnya, menunjukkan virus COVID-19 berada dalam masyarakat secara meluas serta kelalaian orang ramai daripada mematuhi pelbagai prosedur operasi standard (SOP).

"Kita berharap kes yang naik mendadak ini bukan berpunca daripada pelbagai acara sambutan tahun baharu yang membelakangkan SOP dan nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Masidi berkata, sekiranya acara-acara keramaian menyambut tahun baharu adalah punca kenaikan kes hari ini, tidak mustahil Sabah akan menyaksikan jumlah kes harian yang lebih tinggi untuk beberapa waktu akan datang.


utusanborneo.com.my/2022/01/11
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.326937 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list