CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 362|Reply: 0

[Sabah] Cubaan tiga PTI masuk secara haram gagal

[Copy link]
Post time 10-1-2022 07:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 10-1-2022 11:09 AM



TANGKAPAN: Kesemua PTI yang ditahan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut.

TAWAU: Cubaan tiga pendatang tanpa izin (PTI) menyusup masuk ke negara ini gagal selepas ditahan pasukan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) di berhampiran Sungai Titingan, di sini semalam.

Kesemua mereka ditahan oleh pasukan Quick Reaction Force (QRF) yang menjalankan rondaan Op Benteng Bersama di lokasi berkenaan kira-kira jam 12.15 tengah malam.
Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata semua PTI berkenaan ditemukan sedang bersembunyi di muara sungai berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, warga asing yang terdiri seorang lelaki dan dua wanita berumur 40 hingga 49 tahun berkenaan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Siasatan awal, mereka mengaku masuk ke negara ini secara haram yang diatur oleh tekong dari negara jiran menggunakan sebuah bot,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini hari ini.

Katanya, warga asing berkenaan juga diminta untuk menunggu di lokasi tersebut sebelum diambil oleh tekong darat ke destinasi seterusnya.

“Bagaimanapun, taktik itu tidak berjaya kerana pasukan ATB 2 yang menjalankan tugasan di lokasi berkenaan berjaya menemukan mereka,” katanya.   

Menurutnya, kesemua tangkapan berkenaan ditahan dan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan selanjutnya.

Abdul Karim menzahirkan ucapan tahniah kepada semua anggota yang bertugas di Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) ATB 2 dan pasukan QRF atas kejayaan tersebut.

“Semua warga MK ATB 2 diingatkan supaya terus kekal menjadi angkatan yang kredibel dan sentiasa meningkatkan tahap kesiapsiagaan operasi sebilang masa.

“ATB 2 sentiasa mengetatkan kawalan sempadan bagi mengekang jenayah rentas sempadan demi kedaulatan pantai timur Sabah,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/09
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.513163 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list