Edited by Vellfire at 10-1-2022 10:56 AM
22 kes COVID-19 di SarawakKUCHING: Sarawak merekodkan 22 kes baharu COVID-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri ini kini sebanyak 252,498.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata satu daripada kes baharu ini adalah kategori lima.
Manakala 21 kes lain adalah kategori satu dan dua iaitu tiada gejala dan bergejala ringan.
“Enam kes direkodkan di Lawas, manakala lain-lain kes direkodkan di Sibu (5), Bintulu (2), Limbang (2) dan masing-masing satu kes di Miri, Samarahan, Kuching, Sri Aman, Song, Mukah dan Sebauh,” katanya.
JPBNS turut memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan manakala seramai 27 individu di bawah pengawasan (PUS) baharu menjalani kuarantin.
Dalam pada itu, polis Sarawak mengeluarkan kompaun di Kuching (8) dan Miri (7) atas kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Tujuh kesalahan melibatkan gagal mengimbas kod QR MySejahtera, tujuh kesalahan membuka premis di bawah senarai tidak dibenarkan dan tidak menjaga penjarakan fizikal dan satu kesalagan tidak memakai pelitup muka.
Manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjalankan 405 pemeriksaan namun tiada kompaun dikeluarkan.
utusanborneo.com.my/2022/01/09
|