CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 499|Reply: 0

[Sabah] PPM usir tujuh warga asing cuba masuk perairan negara

[Copy link]
Post time 29-12-2021 09:52 AM | Show all posts |Read mode


USIR: Anggota PPM mengiring keluar bot yang membawa warga asing berkenaan ke sempadan negara.

TAWAU: Seramai tujuh warga asing yang cuba memasuki perairan negara berjaya diusir keluar ke sempadan negara oleh Pasukan Polis Marin (PPM), di sini semalam.

Kesemua warga asing terbabit yang terdiri lima lelaki dewasa dan dua wanita berumur 31 hingga 40 tahun itu menaiki sebuah bot yang dijuragani seorang lelaki tempatan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Polis Ridzauddin Selamat berkata bot yang membawa warga asing terbabit dikesan di Tanjung Saima, Pulau Sebatik.

“Sebelum itu, anggota  PPM yang menjalankan tugas di kawasan tersebut mengesan sebuah bot penumpang dalam keadaan mencurigakan menuju ke perairan Tawau.

“Anggota PPM bertindak menahan bot terbabit untuk menjalankan pemeriksaan keatas penumpang dan barang yang dibawanya,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat tujuh penumpang warga asing dan seorang juragan warga tempatan di dalam bot berkenaan.

“Pemeriksaan dokumentasi terhadap penumpang bot berkenaan, mendapati kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Juragan dan semua penumpang diberikan penerangan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sebelum diiring keluar dari perairan negara,” katanya.

Katanya, Op Benteng yang dijalankan sekarang adalah memberi fokus kepada pendekatan mengusir keluar berbanding tangkapan sebelum ini.

“Ia selaras dengan perintah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1998 supaya tidak berlaku penularan wabak yang dibawa masuk oleh warga asing ke negara ini.
“Pendekatan itu juga sebagai langkah pencegahan awal agar tiada kemasukan warga asing melalui perairan laut Tawau,” katanya.

Ridzauddin berkata, PPM berharap masyarakat persisir pantai dapat menyalurkan sebarang maklumat sekiranya mendapati kemasukan pendatang tanpa izin (PTI) di sekitar mereka.

“Maklumat boleh disalurkan melalui aplikasi whatsApp PPM wilayah 4 Sabah di nombor 013-2831197 atau berhubung terus ke Bilik Gerakan PPM Tawau di talian 089-983628,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/12/29

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 04:48 PM GMT+8 , Processed in 1.173254 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list