CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4162|Reply: 52

[Politik] RM136,000 sebulan,Ismail Sabri bayar gaji penasihat paling besar sejak era Najib

[Copy link]
Post time 14-12-2021 01:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 14-12-2021 01:58 PM

RM136,000 sebulan, Ismail Sabri bayar penasihat paling besar sejak era Najib
Diterbitkan:  Dec 13, 2021 7:02 PM



PARLIMEN | Kerajaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berbelanja paling besar untuk mengambil penasihat khas sejak era Najib Razak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Abd Latiff Ahmad berkata pada masa ini, kerajaan Ismail Sabri telah mengambil seramai lima penasihat khas dengan menelan belanja RM136,136 sebulan.

Abd Latiff berkata demikian berdasarkan jawapan parlimen kepada Ahli Parlimen Alor Setar PKR Chan Ming Kai yang meminta senarai semua penasihat khas yang diupah oleh kerajaan pada masa lalu dan kini.

Penasihat khas semasa ialah Abdul Hadi Awang (Duta Khas ke Timur Tengah), Tiong King Sing (Duta Khas ke China), Richard Riot (Duta Khas ke Jepun, Korea dan Taiwan), S Vigneswaran (Duta Khas ke India dan Asia Selatan) dan Azalina Othman Said (penasihat khas undang-undang dan hak asasi manusia)



Mereka diupah antara Ogos dan Oktober dan masing-masing dibayar RM27,227.20 sebulan.

Sekiranya mereka berkhidmat selama dua tahun penuh, mereka dijangka membelanjakan wang pembayar cukai berjumlah RM3.267 juta.

Kos RM136,136 sebulan adalah lebih tinggi daripada kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin yang mentadbir sebelum Ismail Sabri.

Muhyiddin juga mempunyai empat orang penasihat dengan gaji RM27,227.20 sebulan, kecuali Dr Jemilah Mahmood (penasihat khas kesihatan awam) yang diberi gaji RM18,204.67.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan RM99,886.27 sebulan.




Menjelang penghujung tempoh perkhidmatan Muhyiddin, presiden Bersatu itu turut melantik timbalan partinya Ahmad Faizal Azumu sebagai penasihat khas dengan gaji RM27,227.20 yang menjadikan kos keseluruhan sebanyak 127,113.47.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal hanya berkhidmat dalam jawatan itu selama 22 hari berikutan kejatuhan kerajaan Muhyiddin pada Ogos.

Semasa Dr Mahathir Mohamad berkhidmat sebagai perdana menteri kerajaan Pakatan Harapan, dia mempunyai empat orang penasihat.

Mereka ialah Daim Zainuddin yang tidak mengambil gaji, Abdul Kadir Jasin yang menerima RM9,038 sebulan, Tan Kok Wai yang dibayar RM18,204.67 sebulan dan Muhammed Abdul Khalid yang diberi RM19,610.33 sebulan.





Kos keseluruhan sebanyak RM46.853 sebulan.

Pemegang rekod ialah Najib Razak yang berkhidmat sebagai perdana menteri keenam dari 2009 ke 2018.

Dia mempunyai seramai 16 orang penasihat. Jumlah yang besar itu sebahagiannya disebabkan oleh tempoh perkhidmatannya yang panjang selama sembilan tahun.



Mereka berkhidmat pada tempoh berbeza tetapi ketika kemuncaknya pada 2018, Najib mempunyai seramai 10 penasihat khas aktif yang menerima gaji keseluruhan RM244,791.65 sebulan.

Terdapat juga tiga orang penasihat yang tidak mengambil gaji.

Sebelum itu, kerajaan Abdullah Ahmad Badawi yang berkhidmat sejak 2003 hingga 2009 hanya mempunyai seorang penasihat khas, dengan gaji bulanan RM17,820.




Ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri keempat, dia hanya mempunyai seorang penasihat khas pada satu-satu masa, juga dengan gaji RM17,820.

Seorang telah diupah antara 1982 dan 1989 manakala seorang lagi diupah antara 2001 dan 2003.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2021 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Oklah tu kos penasihat byk tu,  jauh lebih kecil berbanding nasihat2 dorg yg bernilai berbillion2 rm dari segi pulangan kemasukan limpahan ekonomi
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuan penasihat...
Pramlee dok buat cerita...
Hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 02:12 PM | Show all posts
hebat betul tiap tiap negara ada penasihat dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 15-2-2022 10:58 AM

Nilaikan sendiri..berapa banyak duit rakyat terbazir wat bayar gaji menteri2 x perform ni



..tu belum campur lagi Duta² Khas bertaraf Menteri dan penasihat² PM..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini la yg gomen duk buat tu.. Create peluang pekerjaan utk rakyat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2021 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
B******T
Kalau part pembaziran yang tak bagi manfaat buat rakyat punyalah kemain lajuuuuu jerrrr ko Mail dan orang2 ko buat kijerrrr untuk dilaksanakan yerrrrr
Suara rakyat KO buat buat pekak badak dan KO humban ke kumbahan najis ya Mail oiiiii
Sebab ini lah KO cakap sekarang ni bukan masa yang sesuai untuk di adakan PRU15 supaya KO boleh buat kerja2 terkutuk macam ni yerrrrr
Punyalah dah berulang kali suara tuntutan rakyat di ajukan kepada KO dan Zafrul tapi janji tinggal janji ajerrrrrrr
Melingkup berjemaah lah KO dan sekutu KO di PRU15 nanti
Perangai hanat tak ubah macam YIDDIN dan ATOK FOSSIL
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo nak gaji org 2k boleh dpt around 680 org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2021 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Setiap sen yang dibazirkan pada benda yang tak perlu, sedang setiap pelusuk tempat masih ada rakyat miskin tak cukup zat. Gaji ckitt. Ko PM sepatutnya dah cerdik dah takyah lantik penasihat tambahan. Menteri2 yang ada buat apa? Ko tunggu lah nasib ko. Tanpa rasa bersalah mmbazir ya
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang patut PRU akan datang bubar semua tukar orang baru. Kalau masih orang lama cmni lah. Duit tu habis ke Dorang je. Takda empati.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 06:24 PM | Show all posts
Celaka lah korang smua.
Tak cukup menteri,timbalan menteri duk tambah lagi penasihat tu kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
babi         
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
sial         
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
hanat           
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
celaka            
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Lg huntung jd dapi..mkn tanggung berak cangkung takyah kerjaaa papa ada…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2021 06:32 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Apasal bingung sangat jadi pm smpi kena banyak muntri!!! Banyak penasihat!!!! Piyem tak boleh pikir ke??? Kalau bodoh sangat tak boleh pikir idea tolong rakyat, better ambik org kemuntrian tu yang memang sah2 buat kija masuk job description tu semua. Apasal la ramai orang agungkan politician bodoh ni. Buat kija untuk rakyat bukan habiskan duit rakyat untuk isi perut. Panas betul hati aku ni piyem perabih duit untuk retain power.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa aku nak heram. Bukan duit keluar dari poket aku pun PM cakap
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
menteri ramai...nak jugak lg tmbah penasihat. duta khas ke timur tgh tu apebenda la dia dok buat selama ni pun?dah la suke ponteng. nyesal plak iols undi atuk ni dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.097664 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list