CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 637|Reply: 0

[Terengganu] Wanita temukan objek dipercayai muntah ikan paus

[Copy link]
Post time 14-12-2021 11:08 AM | Show all posts |Read mode

AIDA menunjukkan objek berkenaan. FOTO Rosli Ilham

Chukai: "Saya pada mulanya ingat benda itu sampah tapi sangat terkejut apabila diberitahu ayah ia adalah muntah ikan paus," kata Aida Zurina Long.

Aida, 41, berkata, dia menemukan ketulan lilin yang dipercayai muntah ikan paus itu ketika sedang memancing bersama keluarganya berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Kemajuan Ikan Malaysia LKIM, Marang, akhir November lalu.

"Saya temui objek itu terapung kira-kira 11 malam. Saya ingat sampah dan saya tarik benda itu dengan kayu dan menariknya ke tepi tebing.

"Keesokan harinya saya pergi semula ke kawasan itu, benda itu masih ada sebelum saya mengambil keputusan untuk membawanya pulang ke rumah, " katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kemasik.

Menurutnya, sebaik menunjukkan benda pelik terbabit kepada ayahnya, dia sungguh terkejut apabila ayahnya yang juga seorang nelayan memaklumkan benda yang ditemui itu adalah muntah ikan paus.

"Saya sangat terkejut kerana ayah mendakwa objek yang saya jumpa itu itu jarang ditemui di negara kita.

"Ayah cuba membakar sedikit objek itu dan benda itu meleleh seperti lilin serta mengeluarkan bau yang wangi," katanya yang juga seorang pengusaha sebuah kedai makan di Kemasik.

Katanya, dia kemudiannya membuat rujukan di internet dan mendapati objek yang ditemui itu mungkin muntah ikan paus dan mempunyai nilai yang tinggi.

"Saya bersedia untuk memberi kerjasama kepada mana-mana pihak untuk menjalankan ujian untuk menentukan kesahihan dan kualiti terhadap benda yang saya temui ini.

"Saya tahu kos untuk menjalankan ujian makmal adalah tinggi dan saya sanggup bekerjasama demi mengesahkan ketulenannya," katanya.

Aida berkata, dia tidak pernah tahu bahawa muntah paus ini adalah benda yang dicari dalam perusahaan minyak wangi.

Muntah ikan paus atau ambergris pernah ditemukan oleh seorang nelayan di Pantai Niyom Surat Thani, Thailand Februari lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 159660 Replies : 3912
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19264 Replies : 75
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 25782 Replies : 195
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 4902 Replies : 4
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71326 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3930 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102401 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4431 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13907 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8010 Replies : 54

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.105414 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list