CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 898|Reply: 0

Maia pernah jadi mangsa gangguan seksual

[Copy link]
Post time 8-12-2021 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Maia pernah jadi mangsa gangguan seksual


Maia Estianty

Jakarta: Penyanyi Indonesia, Maia Estianty mengaku pernah berdepan episod hitam apabila menjadi mangsa gangguan seksual seorang tukang kebun yang mencium bibirnya.

Maia berkata, dia terpanggil untuk berkongsi pengalaman yang dialaminya sewaktu di bangku sekolah rendah itu bagi memberi kesedaran kepada orang ramai.

"Tragedi hitam yang saya tak boleh lupakan adalah menjadi mangsa gangguan seksual ketika di sekolah rendah.

"Saya pernah dicium oleh tukang kebun. Insiden yang berlaku adalah perkara yang paling buruk dan masih diingati sampai sekarang," katanya.

Menurut bekas isteri Ahmad Dhani itu, dia bersyukur kerana tidak mengalami trauma atau berlaku kejadian buruk terhadapnya.

"Masa kecil saya tidak tahu mengenai gangguan seksual. Jadi bila kejadian itu berlaku, saya seakan bingung dan tertanya-tanya kenapa dia mencium saya.

"Saya bersyukur kerana tiada kejadian buruk berlaku atau mengalami trauma. Cuma kejadian itu sentiasa terpahat dalam ingatan," katanya.



SUMBER:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... sa-gangguan-seksual

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.422237 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list