CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 712|Reply: 6

[Borneo] Harga barangan makin tak terkawal, kerajaan buat apa?, keluh orang ramai

[Copy link]
Post time 7-12-2021 12:23 AM | Show all posts |Read mode


Para peniaga makanan di negeri ini menggesa kerajaan segera mengambil tindakan yang lebih agresif bagi mengawal kenaikan harga barang yang dikatakan semakin ‘tidak masuk akal’ kebelakangan ini.

Rata-ratanya memberitahu Utusan Malaysia, mereka sudah muak mendengar jaminan demi jaminan oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah itu namun hakikatnya harga bahan mentah terus melambung.

Antaranya, pemilik kedai roti canai dan roti tempayan di Pasir Pekan, Tumpat, Mohd. Faizul Rohban Ahmad, 37, yang berkata, kenaikan harga barang keperluan ketika ini menggambarkan seolah-olah Malaysia ‘tidak ada kerajaan’.



“Bukan setakat harga ayam dan sayur naik, sebenarnya harga barang mentah serba-serbi naik. Contohnya, telur, makanan sejuk beku, susu, rempah-ratus, sos, malah kertas pembalut makanan dan beg plastik pun naik harga sehingga 100 peratus.

“Harga ayam melambung tinggi RM10 sekilogram selain selalu tidak cukup, seolah-olah ada tangan-tangan ghaib yang kawal. Begitu juga daging import yang saban bulan naik sampai RM5 sekilogram.

“Keadaan ini memeningkan saya, sudahlah bahan mentah semakin mahal, bekalan selalu tidak cukup pula. Kami pengusaha kedai makan bukannya boleh menaikkan harga sewenang-wenang,” keluhnya.

Kata Mohd. Faizul, setakat ini, dia masih berusaha menyerap kenaikan harga bahan mentah dengan mengekalkan harga lama, iaitu RM2.50 bagi roti tempayan dan RM1.50 bagi sekeping roti canai kosong.

Peniaga nasi ayam penyet, Rosilawati Abdullah, 37, pula mengakui terbeban dan tertekan dengan kenaikan harga bahan mentah terutama ayam yang semakin tidak munasabah sehingga dia terpaksa menaikkan harga jualan.

“Nasi ayam penyet sebelum ini saya jual RM7, sekarang dengan harga bahan mentah semuanya naik tak turun-turun. Mahu tak mahu terpaksalah harga nasi ayam penyet dinaikkan kepada RM9 sebungkus.

“Pelanggan, terutama pembeli tetap mula merungut apabila harga naik namun apa yang boleh saya lakukan? Akibatnya saya hilang pelanggan,” katanya yang berniaga di Lembah Sireh, Kota Bharu.

Peniaga nasi ala Kak Wok, Norihan Zahari, 32, pula mengakui hairan apabila isu kekurangan bekalan dan kenaikan harga ayam yang melambung tinggi tidak juga selesai-selesai sejak hampir dua bulan lalu.

Dia yang cuba mengekalkan harga jualan nasi RM4 sebungkus dengan cara memotong bahagian ayam menjadi lebih kecil turut melontarkan soalan: “Ketika barang serba-serbi mahal, kerajaan buat apa? Tengok sahaja ke?”

Utusan Malaysia



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2021 05:15 AM | Show all posts
kerajaan tgh meeting tu ..jgn kacau...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 08:01 AM | Show all posts
xkan nak salahkan org tengah.. pm skrg ni dulu muntri pertanian melancarkan jihad ekonomi menentang org tengah

tapi plg senang import la bg ap win2 situation
kita eksport ke singapore... kita import dari vietnam china

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2021 08:03 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 7-12-2021 08:01 AM
xkan nak salahkan org tengah.. pm skrg ni dulu muntri pertanian melancarkan jihad ekonomi menentang  ...
kami lagi sedih ...

import dari Sjung ... rega macam roket DAP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2021 08:09 AM | Show all posts
musangbodoh replied at 7-12-2021 05:15 AM
kerajaan tgh meeting tu ..jgn kacau...
3 hari lepas ... PM datang sendiri ke Kapit ni ...


rasa WoW ... dia sanggup datang sini ... kat ulu ni ...


tapi...
lepas tu tersedar ...

PRN dah hampir ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 10:45 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 7-12-2021 08:03 AM
kami lagi sedih ...

import dari Sjung ... rega macam roket DAP

jadi salah dap roket ka?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-12-2021 05:07 AM | Show all posts
salah Laut Cina Selatan ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 159660 Replies : 3912
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19264 Replies : 75
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 25782 Replies : 195
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 4902 Replies : 4
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71326 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3930 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102401 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4431 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13907 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8010 Replies : 54

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.094996 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list