CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 576|Reply: 1

[Borneo] Lebih 20,000 polis positif COVID-19 sejak tahun lalu

[Copy link]
Post time 5-12-2021 06:47 PM | Show all posts |Read mode


Seramai 23,766 pegawai dan anggota polis serta ahli keluarga mereka dijangkiti COVID-19, sejak penularan wabak itu dikesan di negara ini tahun lalu hingga kini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata daripada jumlah itu seramai 1,794 adalah pegawai kanan polis; 10,577 pegawai rendah polis; 1,137 orang pegawai awam manakala 10,258 adalah ahli keluarga.

"Bagi jumlah kematian pula, sebanyak 39 kes kematian direkodkan dalam kalangan pegawai dan anggota polis. Ia terdiri daripada empat pegawai kanan dan 35 pegawai rendah. Pegawai awam yang meninggal dunia akibat COVID-19 pula adalah seramai tiga orang dan anggota keluarga polis pula seramai 118 orang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kenderaan Pasukan Toyota Hilux GS Cargo Kepada Kontinjen Terengganu di Pangkalan PSP Unit 6, di Wakaf Tapai, hari ini.

Pada majlis itu, Mazlan menyerahkan 26 pikap Toyota Hilux GS Cargo bagi kegunaan ibu pejabat polis daerah (IPD) di seluruh negeri bagi membantu penugasan pegawai dan anggota di negeri ini termasuk operasi pada musim banjir.

Katanya penyerahan itu adalah sebahagian daripada 400 Toyota Hilux GS Cargo yang diperoleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), membabitkan peruntukan RM62 juta.

Sementara itu, Mazlan berkata sebanyak 32 pasukan di Terengganu membabitkan 65 pegawai dan 190 anggota serta pegawai awam bersiap siaga menghadapi bencana banjir pada musim tengkujuh ini.

"Kami telah bersiap sedia dari segi keanggotaan, kursus dan kefahaman tentang tindakan yang perlu diambil sekiranya banjir berlaku. Kami juga telah menyiapkan aset-aset yang diperlukan terutama bot-bot yang banyak," katanya.

Pada majlis itu Mazlan turut mengumumkan pembinaan 10 unit kuarters bagi pegawai dan anggota polis di Pulau Redang dengan peruntukan sebanyak RM13 juta.

Proses dokumentasi dan tender bagi pembinaan kuarters di bawah Rancangan Malaysia ke-12 itu akan bermula tahun hadapan.

"Sekarang hanya terdapat lapan unit kuarters di Pulau Redang tetapi pegawai dan anggota di sana adalah seramai 28 orang. Kebanyakan mereka tinggal di tanah besar dan terpaksa ulang-alik menaiki bot untuk bertugas. Jadi amat membahayakan keselamatan mereka terutama musim tengkujuh ini," katanya. – BERNAMA




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2021 06:48 PM | Show all posts
Semoga mereka sentiasa dalam lindungan NYA ... aamiin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 159890 Replies : 3913
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19264 Replies : 75
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 25883 Replies : 195
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 4902 Replies : 4
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71326 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4031 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102401 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4431 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13907 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8010 Replies : 54

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.075997 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list