CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 619|Reply: 0

[Sarawak] Perdana Menteri harap rakyat Sarawak bijak memilih kerajaan

[Copy link]
Post time 5-12-2021 04:17 AM | Show all posts |Read mode

Perdana Menteri menerima cenderamata daripada Temenggong Dato Wilfred Billy Panyau selaku mewakili ketua masyarakat di Kapit pada majlis tersebut.


KAPIT: Pengundi di negeri ini diberitahu supaya membuat keputusan bijak pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) agar tidak menjejaskan hubungan baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkata, ini bagi memudahkan urusan antara dua kerajaan.

"Dengan adanya jambatan itu (Jambatan Berkembar Sungai Yong), Kapit kini telah dihubungkan dengan jalan raya maka saya percaya ekonomi di Kapit akan dapat berkembang dengan pesat.

"Ini juga akan membolehkan banyak pelancong akan datang ke Kapit," kataya berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang berlangsung di Dataran Bandar Kapit, hari ini.

Jelasnya, kerajaan pusat bukan tidak mempedulikan Sarawak seperti yang didakwa oleh pihak pembangkang.

Sebaliknya, ujar Ismail, kerajaan pusat telah memberi keutamaan serta tumpuan kepada Sarawak.

"Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Bajet 2022, kerajaan pusat telah memperuntukan sebanyak 50 peratus dana pembangunan kepada Sarawak dan Sabah.

"Kita sentiasa beri keutamaan kepada Sarawak dan banyak fitnah-fitnah yang tidak betul ditimbulkan untuk memburuk-burukan kerajaan lebih-lebih lagi musim pilihanraya ini," jelas Ismail.

Justeru, Perdana Menteri menggesa penduduk setempat agar tidak mempercayai fitnah-fitnah yang dilemparkan itu.

Dalam pada itu, beliau menyeru agar rakyat mengekalkan sokongan kepada kerajaan sedia ada untuk terus menerajui negeri ini.

"Sebab itu, buatlah pilihan tepat. Saya berharap pilihan raya kelak rakyat dapat membuat keputusan yang tepat agar projek-projek pembangunan di sini dapat diteruskan dengan kerjasama kerajaan pusat dan negeri," tegasnya.

Bercakap mengenai sekolah daif beliau berkata sebanyak 198 sekolah telah selesai dinaik taraf menggunakan peruntukan sebanyak RM941 juta dari tahun 2016 hingga 2019.

Seterusnya, sejumlah RM1 bilion lagi peruntukan akan digunakan untuk tujuan yang sama bagi 147 buah sekolah, kata beliau.

Katanya lagi, kerajaan telah mengenalpasti 1,020 sekolah daif akan dinaiktaraf dan dibaikpulih di Sarawak.

Selain itu, beliau memberitahu Kapit akan mempunyai sebuah lapangan terbang Kapit divmana ia akan dibina di sini.

Keluasan dan jenis lapangan terbang yang akan dibina itu, katanya, ia terserah kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato Sri Alexander Nanta Linggi untuk berbincang dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong tentang perkara tersebut.

Beliau juga memberitahu Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan membina Kolej Profesional MARA dengan kos RM97 juta di Kapit.

"Ia adalah percuma. Bajet sudah ada cuma kini tinggal proses pengambilan tanah. Kalau selesai kita boleh mula buat (kolej itu)," jelasnya.

Pada majlis tersebut, Ismail telah meluluskan projek jalan pintas daripada Airport Kapit bagi mengurangkan kesesakan di Kapit sebanyak RM20 juta dan cadangan untuk menaiktaraf hospital Kapit untuk Hemodialisis (untuk pesakit buah pinggang) sebanyak RM5 juta.

Terdahulu, projek tersebut dimohon oleh Alexander dalam ucapan aluannya pada majlis tersebut.

"Permohonan projek-projek lain boleh serahkan sahaja kepada saya dan kita tengok macam mana, mana yang dapat kita akan luluskan kelak," tambahnya lagi.

Hadir sama Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Hasbi Habibollah, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Awang Asfia Awang Ali Nassar, Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong, Duta Khas Perdana Menteri ke China Dato Sri Tiong King Sing, Residen Bahagian Kapit Nyurak Keti serta kenamaan lain.

oleh Watt Zacchaeus


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.325667 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list