CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 730|Reply: 0

[Sabah] Rumah, habuk kayu terbakar dalam dua kejadian berasingan

[Copy link]
Post time 2-12-2021 03:00 PM | Show all posts |Read mode

MUSNAH: Api marak memusnahkan sebuah rumah jenis tidak kekal di Kampung Ulu Mensiang Manggatal di sini.


TERBAKAR: Kebakaran habuk kayu yang disimpan di dalam boiler berjaya dipadam pasukan bomba.

KOTA KINABALU: Sebuah rumah musnah terbakar di Kampung Ulu Mensiang, Manggatal di sini seawal jam 9.40 pagi semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Misran Bisara berkata pihaknya menggegaskan lapan pegawai serta anggota bagi melaksanakan operasi pemadaman sebaik menerima panggilan kecemasan jam 9.44 pagi.

“Semasa ketibaan pasukan bomba di lokasi terletak 10 kilometer dari jarak balai, api sudah memusnahkan keseluruhan sebuah rumah jenis tidak kekal seluas 60X40 kaki persegi itu.

“Pasukan bomba kemudiannya bertindak menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari tangki jentera bagi mengawal api daripada merebak lebih luas ke kawasan berhampiran,” katanya.

Menurutnya kebakaran berjaya dipadam jam 10.33 pagi dan tiada kecederaan serta kematian dalam kes ini.

Sementara itu katanya dalam kes berasingan satu kebakaran membabitkan habuk kayu dilaporkan berlaku di sebuah kilang kayu di Jalan Apin-Apin Keningau.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi menjalankan operasi memadam kebakaran habuk kayu yang disimpan di dalam boiler setinggi 30 kaki dan membabitkan keluasan 15 kaki.

“Kebakaran dapat dikawal jam 7.23 pagi,” katanya sambil menambah punca kejadian serta jumlah kerugian bagi kedua-dua kes ini masih dalam siasatan.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.230169 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list