CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 622|Reply: 0

[Sarawak] Ketua kaum perlu bersatu hati

[Copy link]
Post time 2-12-2021 02:11 PM | Show all posts |Read mode


SEBUYAU: Semua ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) perlu terus bersatu hati dan menyokong kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Menteri Muda Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, kepimpinan kerajaan yang ada sekarang harus dikekalkan bagi memastikan kelangsungan pembangunan di kawasan.

Katanya, KMKK juga memastikan aspek kebajikan dan pembangunan kampung terus dilindungi.




Beliau berkata demikian semasa mengadakan perjumpaan bersama KMKK dalam Program Pemimpin Bersama Rakyat bagi kawasan Sebuyau.

Dalam majlis sama, Datuk Julaihi turut mengucapkan tahniah untuk semua penduduk kawasan Sebuyau kerana Sebuyau telah menjadi Daerah penuh.

“Jadi apabila kita memohon untuk menaik taraf sesebuah daerah kecil, kita mesti ada sebab-sebab yang munasabah.

“Kita lihat dari sudut kawasannya, jumlah penduduknya, jumlah perkampungan sama ada kampung-kampung melayu ataupun rumah panjang, dan kita lihat dari sudut pembangunan serta sudut potensi masa depan kawasan itu sendiri” jelasnya lagi.

Selain itu, tambah Datuk Julaihi, setiap KMKK harus menunjukkan sikap prihatin dan ambil berat akan permasalahan yang dihadapi penduduk kampung tanpa mengira bangsa dan agama mahupun fahaman politik.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua masyarakat di kawasan DUN Sebuyau untuk terus memberi sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dengan memberikan kemenangan kepada GPS dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) kelak.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.041007 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list