CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 600|Reply: 0

[Sarawak] Pengusaha kilang didenda jual makanan mengandungi bahan penambahan tidak dibenarkan

[Copy link]
Post time 1-12-2021 10:30 PM | Show all posts |Read mode


Sylvester (dua kiri), Ammelia (kiri) dan pegawai Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang pada sebutan kes di Mahkamah Majistret hari ini.

LIMBANG: Seorang pengusaha kilang didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Limbang hari ini atas kesalahan menjual makanan mengandungi bahan yang penambahannya tidak dibenarkan dalam makanan.

Majistret Majistret A. Akhiruddin @ Boy Acho menjatuhkan hukuman itu kepada tertuduh yang turut mengaku bersalah bagi kesalahan di bawah Seksyen 13B(2)(d) Akta Makanan 1983 dan Seksyen 13(B)(4) di bawah Akta yang sama.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah menjual dan membekalkan serbuk di sebuah kopitiam di bandar Limbang.

Berdasarkan siasatan pasukan Unit Kawalan Keselamatan dan Mutu Makanan dari Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang, teh yang disyaki ada mengandungi pewarna.

Sampel teh dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu, Sabah dan mengesahkan kehadiran tartrazine dengan sunset yellow dalam serbuk teh berkenaan.

Pendakwaan diketuai oleh Pegawai Pendakwa Sylvester Kapong dan Pegawai Penyiasat  Ammelia Layam Nickson Luta dari Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang.  

Dalam prosiding mahkamah hari ini, tertuduh telah membayar denda yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Pegawai Kesihatan Bahagian Limbang Dr. Norliza Jusoh dalam satu kenyataan, mengingatkan para peniaga untuk mengelakkan daripada membeli dan menjual teh yang dicampurkan bahan pewarna kerana ianya satu penipuan kepada pengguna.

Tegasnya Jabatan Kesihatan mengingatkan peniaga, adalah satu kesalahan menjual teh bercampur pewarna di bawah Akta Makanan 1983.

“Jika peniaga didapati menjual teh tiruan mereka boleh diambil tindakan sita dan dihadapkan ke mahkamah.

“Orang awam juga dinasihatkan untuk mengelakkan meminum teh dicampurkan dengan pewarna secara berterusan kerana boleh menjejaskan kesihatan dan boleh mengakibatkan penyakit seperti alergik, asma, migrain dan kanser,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/11/30



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.327361 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list