CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 573|Reply: 0

[Sarawak] KPDNHEP perlu kawal kenaikan harga barang dengan segera

[Copy link]
Post time 1-12-2021 10:14 PM | Show all posts |Read mode


Alan (kiri) mengedarkan risalah misi bantuan DAP Miri sepanjang COVID-19 kepada penjaja di Pasar Besar Krokop.

MIRI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang mempunyai kuasa untuk mengawal harga perlu cari mekanisme segera bagi mengawal kenaikan harga barangan keperluan asas yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini.

Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Alan Ling mencadangkan agar barang keperluan asas ini diperluaskan dalam kategori barang kawalan harga pada setiap masa.

“Konsepnya sama seperti musim perayaan Tahun Baharu Cina, Hari Raya, Hari Gawai dan Krismas, Kementerian ada mengeluarkan senarai kawalan harga barang.

“Saya rasa menteri KPDNHEP mempunyai kuasa tersebut, sekarang sedang mesyuarat parlimen, dia perlu ambil peluang ini untuk menyatakan semua barang keperluan asas ini sebagai barang kawalan harga agar dapat meringankan beban terpaksa ditanggung rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Borneo ketika program mengedarkan risalah mengenai misi bantuan DAP Miri sepanjang COVID-19 di Pasar Besar Krokop di sini hari ini.

Alan yang juga calon DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) itu juga berkata beliau menerima banyak aduan mengenai kenaikan harga barang secara mendadak bukan sahaja dari penjaja malah orang awam.

“Saya rasa penjaja tidak mahu menaikkan harga barang tetapi mereka terpaksa melakukannya. Ia adalah kesan berantai, kesan yang meluas yang perlu ditangani segera oleh kerajaan.

“Bagi saya ini satu masalah kecemasan yang harus ditangani serta merta kerana ini akan menjejaskan kualiti kehidupan rakyat,” ujarnya.


utusanborneo.com.my/2021/12/01

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.049585 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list