View: 1775|Reply: 0
|
dUCK Ciplak siapa pulak dah ni??? “Lebih Teruk Dari Kardashian”
[Copy link]
|
|
“Lebih Teruk Dari Kardashian”- Netizen Dedah Jenama dUCK Ciplak Idea Inner Valley
Jenama dUCK dikatakan telah memusnahkan impian perniagaan kecil berulang kali.
Jenama fesyen terkenal, dUCK dikatakan telah meniru idea rekaan sebuah jenama yang dikenali sebagai Inner Valley.
Didakwa Musnahkan Impian Perniagaan Kecil Berulang Kali
Menerusi pendedahan seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @loftsedfaun ,dia mendakwa dUCK telah beberapa kali memusnahkan impian perniagaan kecil.
“Wahai @vivyyusof dan @lilit_woman dan @FashionValet. Saya harap anda mengalami hari yang hebat sekali lagi untuk memusnahkan impian perniagaan kecil berulang kali.
Ia jelas menunjukkan bahawa anda semua adalah kapitalis yang berpakaian sebagai usahawan yang mesra”-tweet @loftsedfaun
Tambahnya lagi, dikatakan tiada sebarang perniagaan kecil yang membawa kes ciplak diantara dari dUCK dan Lilit telah memenangi tuntutan kes mahkamah.
“Setakat ini, tidak ada satu pun perniagaan kecil yang alami ‘plagiarisme’ daripada itik (dUCK) dan lilit pernah memenangi sebarang kes” katanya lagi
Lebih Teruk Dari The Kardashians
Meluahkan rasa kecewa, netizen itu turut beranggapan hanya kerana pihak tertentu mempunyai wang,mereka boleh melakukan apa sahaja. Malah, dia turut menyifatkan sikap mereka lebih teruk dari keluarga selebriti Hollywood, Kardashian.
“adakah kerana anda mempunyai wang anda boleh memijak kepala orang lain? dan ia bukannya sekali? Saya tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan perniagaan anda, tetapi kenapa sering ‘mencuri dan bukannya berkolaborasi?’
“Hanya kerana mereka mempunyai wang. Akan melakukan apa sahaja untuk menghancurkan hati orang lain dan kekal relevan dan kaya. Mereka ini lebih teruk dari Kardashians. Saya tidak akan tipu
Selama bertahun-tahun, mereka melakukannya lagi. Adakah KEASLIAN DIANGGAP BERLEBIHAN UNTUK PEREKA FESYEN YANG DIBAYAR TINGGI OLEH PASUKAN ITIK (dUCK)?” tegasnya
Walaubagaimanapun, sehingga kini pihak yang terlibat masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut. Terdahulu, jenama dUCK pernah terpalit dengan isu ciplak membabitkan beberapa jenama dalam dan luar negara.
Sumber:https://murai.my/2021/132305/tudung-duck-ciplak-idea-innervalley/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|