CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1187|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Abang baiki kereta sepupu yang tertangguh' - Muhammad Amin

[Copy link]
Post time 21-11-2021 09:34 PM | Show all posts |Read mode
'Abang baiki kereta sepupu yang tertangguh' - Muhammad Amin

Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



Muhammad Amin menunjukkan gambar abangnya ketika ditemui di HPP di Georgetown, hari ini. Foto Zuhainy Zulkiffli




Georgetown: "Arwah abang seorang anak yang taat kepada ibu bapa, kehilangannya memang dirasai namun kami reda dengan apa yang terjadi," kata Muhammad Amin Mat Isa, 27, adik kepada Muaz, 31, mekanik yang maut akibat dihempap kereta ketika melakukan kerja pembaikan dalam kejadian di sebuah bengkel di Kampung Bukit, Bayan Lepas di sini, semalam.



Menurutnya, Muaz yang juga anak kedua daripada enam beradik itu sudah hampir 16 tahun berpengalaman bekerja sebagai mekanik.



Katanya, ketika kejadian abangnya berada di sebuah rumah yang dijadikan bengkel dan sedang membaiki kereta milik sepupunya.



Muhammad Amin berkata, sebelum ini Muaz tidak mempunyai masalah bagi membaiki kenderaan pelanggan kerana dia seorang yang menepati masa.



"Kerja membaiki kereta sepupu itu tertunda berikutan anak tunggal dan isterinya tidak sihat disusuli ibu yang berada di Beseri, Perlis juga mengalami masalah kesihatan.



"Dia terpaksa berulang-alik dari Pulau Pinang ke Perlis menyebabkan kerjanya sedikit tertangguh.



"Dia juga berulang-kali meminta maaf kepada sepupu kerana tidak dapat menyiapkan kereta sedangkan sepupu tidak terburu-buru mahu menggunakan kenderaan itu," katanya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, hari ini.



Muhammad Amin berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa abangnya pada 11 malam tadi sebelum bergegas dari Puncak Alam, Selangor ke Pulau Pinang dan tiba pada 9 pagi.



Katanya, Muaz yang mengusahakan bengkel itu sejak enam tahun lalu, setiap hari berulang-alik dari rumahnya di Juru di sini.



"Kali terakhir kami bertemu ketika di rumah ibu di Beseri pada awal bulan lalu dan saya juga menyuarakan rasa risau kerana dia kerja berseorangan di bengkel serta sering pulang lewat malam.



"Kami mengetahui bahawa bengkelnya kerap dinaiki air banjir kerana itulah keluarga berasa risau sekiranya berlaku kejadian tidak diingini," katanya.



Sementara itu, isteri Muaz, Nur Maziah Razak, 31, berkata, suaminya tidak menunjukkan tanda akan meninggalkan mereka sekeluarga.



"Arwah adalah suami yang baik dan kenangan bersamanya akan menjadi penguat semangat bagi menjaga anak kami, Medina berusia empat tahun.



"Jenazah dijangka dikebumikan di kampung halamannya di Beseri, malam ini, " katanya ketika ditemui.



Terdahulu Harian Metro melaporkan mengenai seorang mekanik meninggal dunia selepas dihempap kereta yang sedang dibaikinya.



Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menerima panggilan berhubung kejadian pada 11.45 malam.



Disiarkan pada: November 21, 2021 @ 6:47pm





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.285451 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list