CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1250|Reply: 2

[Terengganu] 112 menara telekomunikasi baharu dibina di Terengganu

[Copy link]
Post time 17-11-2021 08:57 PM | Show all posts |Read mode
112 menara telekomunikasi baharu dibina di Terengganu

Oleh Zatul Iffah Zolkiply dan Baharom Bakar - November 17, 2021 @ 5:58pmbhnews@bh.com.my


Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh semasa sesi ucapan penggulungan Mesyuarat Kedua Penggal Keempat, Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-14 di Wisma Darul Iman hari ini. - NSTP/Ghazali Kori




KUALA TERENGGANU: Sebanyak 112 menara telekomunikasi baharu akan dibina di bawah fasa satu Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Terengganu menjelang hujung tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, selain itu, sebanyak 1,109 stesen pemancar akan dinaik taraf kepada liputan 4G-LTE manakala 123,246 premis akan diliputi gentian optik.

Beliau berkata, ia dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung tahun depan dalam usaha meluaskan liputan rangkaian 4G di negeri ini.

"Sehingga suku ketiga tahun ini, sebanyak 33 menara pemancar baharu dibina di bawah JENDELA manakala 762 lagi menara pemancar juga dinaik taraf untuk tujuan sama sekali gus bakal menggantikan secara tetap liputan rangkaian 3G yang akan ditutup hujung tahun ini.

"Bagi liputan talian tetap, sebanyak 26,398 premis turut diliputi gentian optik yang mampu memberikan liputan internet lebih pantas dan stabil serta berkelajuan sehingga 'gigabit per second' (Gbps).

"Pelaksanaan inisiatif di bawah pelan itu menyumbang kepada peningkatan peratusan liputan rangkaian 4G di kawasan berpenduduk di Terengganu daripada 93.68 peratus pada suku kedua 2020 kepada 94.22 peratus pada suku kedua 2021," katanya ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 (Bajet) di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Dr Mamad berkata, peratusan liputan jalur lebar mudah alih 4G dijangka meningkat kepada 96.18 peratus bagi kawasan berpenduduk di Terengganu sebaik semua projek di bawah pelan JENDELA fasa satu disiapkan.

Katanya, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur komunikasi yang komprehensif merangkumi penyediaan liputan jalur lebar talian tetap dan mudah alih yang dapat memberi perkhidmatan komunikasi yang lebih menyeluruh, stabil dan berkualiti di seluruh negeri terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2021 08:58 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 09:52 PM | Show all posts
naik menara kosong syokla...sape yg nk sewa xtau lg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.973484 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list