View: 3489|Reply: 18
|
Kena Jangkitan Kuman, Semoga Fatimah Cepat Sembuh
[Copy link]
|
|
Kanak-kanak cilik yang pernah tular satu ketika dahulu kerana kepetahannya bercakap dalam loghat Kelantan, Fatimah Omar Mukhlis dimasukkan ke hospital selepas mengalami jangkitan kuman di paru-paru.
Perkara itu dikongsi menerusi Instagram keluarganya, @thefamily.uk yang turut meminta orang ramai supaya mendoakan si comel yang dilahirkan di United Kingdom (UK) itu kembali sihat.
“Tolong doakan Fatimah.
Dia sangat tidak sihat, sakit dada dan sukar untuk bernafas.
"Kini berada di bahagian kecemasan menunggu ambulans untuk memindahkannya ke hospital lain,” katanya, pada Selasa.
Menurut laman sosial itu, paras oksigen kanak-kanak itu juga dilaporkan menurun ketika di dalam ambulans.
Difahamkan Fatimah telah pun dipindahkan ke hospital kanak-kanak dan punca penyakit dialaminya sudah dikenal pasti.
“Fatimah mengalami jangkitan kuman (chest infection).
“Fatimah sudah dipindahkan ke hospital kanak-kanak,” katanya.
Rata-rata netizen mendoakan agar si cilik itu segera sembuh.
Populariti diraih si comel, Fatimah, di laman sosial memang cukup hebat apabila Instagram yang sering menampilkan keletah kanak-kanak perempuan itu dan adik-beradiknya diikuti hampir 600,000 orang seawal usianya empat tahun.
Fatimah yang dilahirkan di Birmingham, England menarik perhatian ramai kerana tidak melupakan bahasa Melayu walaupun membesar di perantauan.
Dia juga fasih ‘kecek kelate’ hasil didikan ibu bapanya yang tidak mahu anak mereka melupakan bahasa ibunda.
Selain bahasa Melayu, Fatimah juga fasih berbahasa Inggeris dan Siam.
Sumber: Awani |
|
|
|
|
|
|
|
Moga cepat sembuh [em:12:] |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga diangkat segala penyakit dik fatimah. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga cepat sembuh Fatimah |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih masa dapat berita kematian pakcik ksygn diorg Chef Adam tu... diorg sgt rapat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga yang baik-baik untuk fatimah & family. |
|
|
|
|
|
|
|
Pakcik dia chef adam tu menninggal sebab jangkitan paru2. Semoga Fatimah cepat sembuh. |
|
|
|
|
|
|
|
siapa budak ini? semoga cepat sembuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan budak yg nyanyi " pkp pkp... |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Fatimah kuat, get well soon fatimah |
|
|
|
|
|
|
|
semoga cepat sembuh fatimahh |
|
|
|
|
|
|
|
kesian fatimah..
hrp x de kena mengena dgn covid sbb dkt UK ramai yg tak ambil endah psl social distancing and wearing mask..
hope fatimah's family ambil berat psl ni..
kesian tgk fatimah..mesti penat nak bernafas bila jd mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
katanya covid negatif,
harap yang baik2 saja, teruk jugak keadaan even lepas discharge hospital pun |
|
|
|
|
|
|
| |
|