CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1300|Reply: 0

[Pahang] FAMA Pahang bantu pasar 10.5 tan roselle

[Copy link]
Post time 15-11-2021 10:04 AM | Show all posts |Read mode

Pengarah Kanan FAMA, Abd Rahman Mahmood (dua dari kanan) dan Pengarah FAMA Pahang, Saiful Sadri (dua dari kiri) ketika melawat kebun roselle di Kampung Desa Murni.- Foto NSTP/Ihsan FAMA



ROMPIN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membantu memasarkan sebanyak 10.5 tan buah roselle tahun ini yang ditanam oleh 46 pekebun terdiri peserta ladang kontrak di dua kawasan di daerah ini.

Pengarah FAMA Pahang, Saiful Sadri, berkata selain untuk bekalan pusat memproses makanan FAMA Rengit, Johor, buah roselle keluaran pekebun Kampung Desa Murni dan Kampung Tebu Hitam, di sini turut dieksport ke Australia.

Katanya, nilai keseluruhan jualan produk pertanian bertaraf antarabangsa itu tahun ini sebanyak RM42,000 dan jumlah berkenaan jauh berkurangan, berbanding beberapa tahun sebelum ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan pekebun mengurangkan keluasan tanaman.

Beliau berkata, roselle keluaran daerah ini terkenal dengan kualitinya hingga mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Kesungguhan dan disiplin tinggi pekebun membolehkan produk berkenaan terus kekal berkualiti sejak projek berkenaan diusahakan pada 2009.

"FAMA akan terus berusaha membantu pekebun di daerah ini dalam memastikan mereka terus mengusahakan tanaman roselle selain beberapa tanaman kontan lain seperti keledek, kacang tanah dan jagung," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengiringi lawatan Pengarah Kanan FAMA, Abd Rahman Mahmood ke Pusat Pengumpulan Ladang Kampung Desa Murni, di sini, semalam.

Saiful berkata, latihan dan kursus juga diberikan kepada pekebun, ia bertujuan memberi peluang kepada mereka terbabit menghasilkan produk hiliran yang berasaskan roselle seperti jus dan halwa.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.062478 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list