Jitra: Polis mengesan satu hantarkan video dan WhatsApp yang tular berkaitan kenderaan dibaling batu oleh individu tidak dikenali ketika melalui bawah jambatan di Kilometer 32.6 Lebuhraya Utara Selatan.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, dalam hantaran video itu dirakam melalui "dashcam" kenderaan terbabit mendapati, terdapat beberapa ketulan batu dipercayai dibaling dari sebuah jambatan yang menyebabkan kerosakan pada cermin bahagian hadapan kereta itu.
Beliau berkata, berikutan itu, pihaknya menerima satu laporan polis dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek kerana mempunyai unsur khianat.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kubang Pasu memandang serius perkara ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi bilik gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di talian 04-9176999," katanya dalam satu kenyataan hari ini.