CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 620|Reply: 0

[Pahang] Pesakit mental ditemukan mati tanpa pakaian

[Copy link]
Post time 8-11-2021 09:06 PM | Show all posts |Read mode
Pesakit mental ditemukan mati tanpa pakaian[size=0.8][size=0.9]Roselan Ab Malek
am@hmetro.com.my


Anggota polis sedang mengangkat mayat seorang lelaki Melayu untuk dihantar ke hospital bagi tujuan bedah siasat berdekatan Kolej Komuniti Jerantut pada kira kira jam 8 pagi hari ini. FOTO IHSAN PDRM



Jerantut: Mayat lelaki tanpa pakaian ditemukan berdekatan Kolej Komuniti Jerantut, di sini, kira-kira 8 pagi hari ini.

Timbalan Ketua Polis Jerantut, Deputi Superintendan Azman Mat Kamis berkata, mayat Muhammad Zawawi Mohamad, 50, itu dijumpai orang awam berdekatan kolej berkenaan.

"Berdasarkan maklumat, lelaki ini berasal dari Kampung Doja, Jerantut yang masih bujang dan seorang penganggur.

"Dia (Muhammad Zawawi) mengalami komplikasi sakit mental sejak 10 tahun lalu akibat terbabit kemalangan jalan raya dan mendapat rawatan di Hospital Besar Johor Bharu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mayat terbabit dibawa ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat.

"Difahamkan, pihak hospital akan turut menjalankan saringan bagi penilaian Covid-19," katanya.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan ke atas penemuan mayat lelaki berkenaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut menerusi talian 09-2662222.

Disiarkan pada: November 8, 2021 @ 7:56pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.051485 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list