CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 741|Reply: 2

[Pahang] Percayakan jiran pegang kad ATM, wang RM26,060 warga emas 'lesap'

[Copy link]
Post time 6-11-2021 09:42 PM | Show all posts |Read mode
Percayakan jiran pegang kad ATM, wang RM26,060 warga emas 'lesap'
| | 06 November 2021




KUANTAN - Tindakan seorang warga emas yang mempercayai jirannya dengan menyerahkan kad pengeluaran wang automatik (ATM) membawa padah, apabila wang simpanannya berjumlah RM26,060 dikeluarkan tanpa kebenaran.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa seorang peneroka berusia 80 tahun mendakwa, menyerahkan kad ATM kepada suspek wanita itu pada pertengahan Februari lepas.


“Lelaki itu mendakwa tujuannya menyerahkan kad itu supaya suspek dapat membantu menyemak baki akaun, memandangkan dia sukar keluar ke bandar kerana tiada ahli keluarga yang tinggal berhampiran.


“Mangsa mahu menyemak baki akaunnya selepas anak saudara lelakinya memaklumkan wang pampasan daripada projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah dimasukkan ke akaun,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.


Mohd Wazir berkata, mangsa mendakwa suspek tidak memulangkan kad ATM mililknya selepas itu, dan sering memberikan pelbagai alasan apabila ditanya mengenai status wang pampasan tersebut.


Mangsa mendakwa mengetahui baki akaun banknya berkurangan apabila anak saudaranya pulang ke kampung hujung Julai lepas, dan semakan di bank mendapati terdapat 23 transaksi pengeluaran wang dibuat menggunakan kad ATM itu.


“Anak saudara mangsa cuba berbincang dengan suspek untuk memulangkan semula wang itu, namun suspek dikatakan berkeras menyatakan semua wang yang dikeluarkannya telah diserahkan kepada mangsa,” katanya.


Menurut Mohd Wazir, mangsa akhirnya membuat laporan di Balai Polis Jaya Gading di sini pada Jumaat, selepas mendakwa suspek enggan memulangkan wang itu walaupun telah memberikan tempoh secukupnya.


Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM150,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... 60-warga-emas-lesap
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2021 10:12 PM | Show all posts
dua dua salah...ypjp
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2021 02:22 PM | Show all posts
ada je anak saudara. yg pi bg kt jiran dah kenapa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.056701 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list