CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1207|Reply: 0

[Kedah] Baling dilanda banjir ketiga dalam tempoh seminggu

[Copy link]
Post time 2-11-2021 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Baling dilanda banjir ketiga dalam tempoh seminggu[size=0.8][size=0.9]Safuri Kamarudin.
[email protected]


RUMAH penduduk di Kampung Bendang Sera dinaiki dalam kejadian banjir malam tadi. FOTO Ihsan PENDUDUK.



Baling: Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kali ketiga dalam tempoh seminggu.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim, berkata hujan lebat bermula jam 8 malam tadi menyebabkan berlaku limpahan air Sungai Ketil ke kediaman penduduk.

Katanya, berikutan itu pihaknya terpaksa memindahkan seramai 162 penduduk yang terjejas ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka mulai jam 1 pagi tadi.

"Antara lokasi terjejas adalah di Mukim Siong, Baling/Bongor dan Teloi Kanan berikutan air Sungai Ketil yang melimpah terutama ke kawasan yang rendah.

"Berikutan itu penduduk kampung terpaksa dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Siong dan SK Tunku Putera," katanya.

Rasidah berkata, setakat jam 5 pagi tadi seramai 162 penduduk masih berada di dua PPS berkenaan.

"Bagi Mukim Siong kawasan yang terjejas adalah Kampung Siput, Bandar, Bandar, Bukit Sebelah dan Kampung Baru sementara bagi Mukim Teloi Kanan pula membabitkan Kampung Guar Tinggi dan Kampung Tembak B.

"Manakala Mukim Baling/Bongor adalah Kampung Rambong Batu, Padang Cicar, Kaki Bukit,Teluk Sanau, Batu 7 Jalan Kroh, Bendang Sera,Lubuk Pedati dan Banggol Derom," katanya.

Rasidah berkata, sehingga pagi ini aliran Sungai Ketil masih berada pada paras berbahaya dengan pihaknya menjangkakan kemungkinan berlaku limpahan lagi hari ini.

"Jika cuaca hujan berterusan, limpahan lebih besar boleh berlaku.

"Setakat ini anggota APM masih melakukan pemantauan sekitar tebing sungai dan penduduk diminta berada dalam keadaan berjaga-jaga," katanya.

Disiarkan pada: November 2, 2021 @ 9:09am






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.495813 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list