View: 481|Reply: 3
|
[Sarawak]
Latihan melawan tumpahan minyak
[Copy link]
|
|
KUCHING: Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak menganjurkan Latihan Melawan Tumpahan Minyak Peringkat Negeri Sarawak di Senari Synergy Port Sdn Bhd, Jalan Bako baru-baru ini.
Jabatan Alam Sekitar dalam kenyataan berkata, seramai lebih 80 peserta terdiri daripada agensi kerajaan persekutuan dan negeri, agensi swasta, pihak industri dan orang awam telah menyertai latihan tersebut.
Latihan dianjurkan dengan kerjasama pihak Senari Synergy Sdn. Bhd. dan Independent Oil Terminal (IOT) bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara yang akan disambut pada 21 Oktober setiap tahun.
Sebelum itu, satu Bengkel Pengemaskinian Pelan Kontigensi Kawalan Tumpahan Minyak dan Pelan Tindakan Pembersihan Pantai (PTPP) telah diadakan pada 12 Oktober.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
LATIHAN MELAWAN TUMPAHAN MINYAK PERINGKAT NEGERI SARAWAK SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA TAHUN 2021
14 Oktober 2021, Kuching- Seramai lebih 80 orang peserta terdiri daripada agensi kerajaan persekutuan dan negeri, agensi swasta, pihak industri dan orang awam telah menghadiri satu latihan tumpahan minyak yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dengan kerjasama pihak Senari Synergy Sdn. Bhd. dan Independent Oil Terminal (IOT) bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara yang akan disambut pada 21 Oktober setiap tahun.
Sebelum itu, satu Bengkel Pengemaskinian Pelan Kontigensi Kawalan Tumpahan Minyak dan Pelan Tindakan Pembersihan Pantai (PTPP) telah diadakan pada 12 Oktober 2021.
Program selama dua hari ini adalah bertujuan untuk mengemaskini pelan kawalan dan tindakan sedia ada, meningkatkan kesiapsiagaan dan mengukuhkan strategi komunikasi di antara agensi kerajaan dan swasta, mempraktikkan pelan tindakan yang telah diwujudkan serta menambahbaik prosedur dan tatacara sedia ada dalam menangani kejadian tumpahan minyak.
Program berjalan dengan lancar dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak KKM dan MKN.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|