View: 294|Reply: 0
|
[Sarawak]
23 rumah panjang terima Skim Pinjaman Perumahan Rumah Panjang
[Copy link]
|
|
MIRI, 15 Oktober: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datu Dr Penguang Manggil berkata sebanyak 23 buah rumah panjang melibatkan 485 keluarga mendapat Skim Pinjaman Perumahan Rumah Panjang Kerajaan Sarawak (HDC) sejak beliau menjadi wakil rakyat di kawasan itu pada 2016 lalu.
Beliau yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan dalam catatan di laman Facebooknya hari ini berkata kemudahan itu melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM14.55 juta.
Jelasnya, ia tidak termasuk dua rumah panjang iaitu Rh Langat Anthony Collins dan Rh Jeff Anchum yang musnah dalam kebakaran masing-masing pada Februari 2018 dan April tahun ini.
Datu Dr Penguang dalam pada itu mengucapkan tahniah kepada semua yang terpilih untuk tahun ini dan berharap ia akan membantu dalam pembinaan rumah panjang baru masing-masing.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|