View: 296|Reply: 0
|
[Sarawak]
58 Petugas Kesihatan Serian Terima Dos Penggalak Vaksin COVID-19
[Copy link]
|
|
TEBEDU: Seramai 58 orang petugas barisan hadapan dari Pejabat Kesihatan Bahagian Serian menerima suntikan dos penggalak vaksin jenis Pfizer BioNTech pada Rabu.
Penerima suntikan vaksin kali ini adalah merupakan golongan terawal yang menerima suntikan dos penggalak di bahagian Serian.
Golongan yang akan diberikan keutamaan adalah golongan ‘immunocompromise’ atau yang mempunyai sistem imun yang lemah akibat penyakit atau rawatan perubatan, warga emas termasuk petugas barisan hadapan.
Untuk individu dan remaja berumur 12 hingga 17 tahun yang belum menerima suntikan vaksin dos pertama di bahagian Tebedu boleh berhubung terus dengan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Tebedu di talian 01131750913 untuk membuat temujanji. –EDISI UKAS
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|