CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 275|Reply: 0

[Sarawak] Cari kaedah hasilkan produk inovasi menerusi R&D

[Copy link]
Post time 15-10-2021 08:59 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Penjawat awam perlu mencari kaedah atau langkah menghasilkan produk dan perkhidmatan lebih baik sama ada pengubahsuaian atau peningkatan dengan menerusi proses Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, R&D memainkan peranan penting dalam proses inovasi, kerana hasilnya memberi kesan serta peningkatan kualiti kepada organisasi dan kehidupan masyarakat.

"Bagi Sarawak untuk menjadi sebuah negeri inovatif, sangat penting untuk meningkatkan kemampuan dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) terutama mengenai proses inovasi melalui pelaburan teknologi untuk mengembangkan proses, produk dan perhidmatan yang ke arah lebih baik.

"Untuk kerajaan memahami jenis inovasi yang perlu dilakukan, mereka perlu mencapai pemahaman lebih baik kepada mereka yang terkesan dengan kerja mereka iaitu rakyat dan perniagaan," katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan Majlis Anugerah Konvensyen Inovasi SCSICA bersempena Penutupan Rasmi Bulan Inovasi Perkhidmatan Awan Sarawak 2021 di Dewan Santapan DUN di sini, hari ini.

Tambah Abang Johari, sehubungan itu beliau menyokong cadangan Setiausaha Kerajaan Negeri agar Sarawak mempunyai pertubuhan tertentu atau badan pusat yang bertanggungjawab mengurus dan mendorong penyelesaian inovatif dapat dikembangkan.

Katanya, idea inovasi ini dapat diperoleh dari pelbagai sumber sama ada dari dalam atau luar organisasi atau melalui proses R&D.

"R&D sangat penting bagi organisasi untuk membuat produk baru dan membuat inovasi produk yang ada agar dapat disesuaikan dan digunakan sesuai dengan keperluan jabatan atau agensi.

"Inovasi yang dihasilkan seharusnya dapat memberi nilai tambah kepada output semasa serta membawa transformasi kepada budaya kerja yang ada," katanya.

Beliau berkata inovasi dan transformasi adalah antara perkara yang diberi perhatian khusus oleh kerajaan negeri  dalam usaha mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2030

Katanya inovasi dalam perkhidmatan awam penting kerana dapat meningkatkan daya saing negara.

"Penjawat awam adalah jentera penting dalam mencapai setiap aspirasi kerajaan. Maka adalah keutamaan bagi kita untuk terus meningkatkan usaha dalam memajukan budaya inovasi, memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih cepat, lebih cekap dan berkesan," katanya.

Sementara itu Abang Johari pada majlis berkenaan turut melancarkan Logo Bulan Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak selain menyampaikan hadiah Anugerah Konvensyen Inovasi SCSICA kepada pemenang.

Hadir sama Speaker DUN, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion dan Setiausaha Kerajaan Persekutuan Sarawak Dato Amir Omar.


credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.049880 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list