CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 284|Reply: 0

[Sabah] Jangan abai SOP walaupun tiada sekatan pergerakan

[Copy link]
Post time 15-10-2021 08:53 AM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Ketua ARMADA BERSATU Bahagian Putatan, Mohd Isquzawan Israq Arsit berharap rakyat di negeri ini tidak mengabaikan peranan masing-masing terutama dalam soal pematuhan prosedur operasi standard (SOP) memandangkan kerajaan negeri telah memberikan kebenaran untuk merentas daerah bermula hari ini.

Jelas beliau, orang ramai perlu mematuhi SOP yang telah digariskan semasa melaksanakan sebarang aktiviti memandangkan kes jangkitan wabak masih belum reda sepenuhnya dan kadar vaksinasi masih belum mencapai tahap yang disasarkan.

Tambahnya, sebarang kelalaian sudah pasti akan membawa kepada risiko jangkitan dan kemungkinan akan menyukarkan usaha-usaha untuk mengekang penularan wabak pandemik.

Justeru masyarakat terutama orang ramai perlu sentiasa berwaspada sepanjang masa lebih-lebih lagi ketika berada di tempat awam dan tumpuan ramai kerana virus COVID-19 amat merbahaya kerana mudah menular.

"Pesan saya kepada masyarakat, pakai pelitup muka dengan betul. Kerap sanitasi diri dengan penyembur pembasmi yang diiktiraf, gunakan cecair nyahkuman (sanitizer) pada tangan sekiranya kerap menyentuh apa-apa permukaan ditempat awam.

"Jangan ambil mudah kebenaran yang telah diberikan ini. Inilah masanya rakyat meningkatkan lagi tahap pematuhan SOP dan bukan sebaliknya bagi memastikan kita dapat meneruskan kehidupan seharian dalam suasana norma baharu.

"Patuhilah SOP yang disarankan. Manfaatkanlah kebenaran ini dengan sebaik mungkin. Ingatlah jangan sesekali leka walaupun sudah mendapat vaksin lengkap kerana risiko tetap tinggi, " katanya.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, kebenaran rentas daerah di Sabah dibenarkan bermula hari ini (14 Oktober) dan rentas negeri bermula 1 November depan.

Keputusan berkenaan dibuat selepas kerajaan negeri berpuas hati dengan laporan peratus vaksinasi lengkap negeri Sabah setakat 11 Oktober oleh Jawatankuasa COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) yang melebihi 70 peratus.


credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.086781 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list