CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 330|Reply: 0

[Sarawak] Tak makan ubat, pesakit mental amuk di pasar raya

[Copy link]
Post time 14-10-2021 10:31 PM | Show all posts |Read mode
Tak makan ubat, pesakit mental amuk di pasar raya[size=0.8][size=0.9]Melvin Joni
[email protected]


Barangan pasar raya di Sibu Jaya yang dipecahkan dan (gambar kanan) suspek berjaya ditahan orang ramai sebelum diserahkan kepada polis semalam. Foto Melvin Joni



Sibu: Lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental mengamuk di sebuah pasar raya di Sibu Jaya di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintendan Collin Babat berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 1.15 tengah hari semalam, apabila suspek berusia 37 tahun itu masuk ke dalam pasar raya berkenaan dan mengamuk dengan bersenjatakan sebilah pisau.

"Suspek bertindak memecahkan barang-barang di dalam kedai sebelum mengacukan pisau ke arah dua juruwang wanita yang berada di kaunter pembayaran.

"Dua pekerja itu kemudiannya melarikan diri sebelum suspek menghempaskan mesin wang ke lantai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan berani orang awam yang berada di tempat kejadian berjaya menahan suspek sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Collin berkata, tindakan suspek itu tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada orang ramai dan jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM2,500.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek merupakan memegang kad psikiatri.

"Dia dipercayai tidak mengambil ubat untuk kesihatan mentalnya seperti yang dijadualkan," katanya.

Collin berkata, pisau yang digunakan suspek juga berjaya dirampas dan suspek turut direman untuk siasatan lanjut mengikut Sesyen 393 Kanun Keseksaan.



Disiarkan pada: Oktober 14, 2021 @ 6:36pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.326266 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list