CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5750|Reply: 20

Skim Cepat Kaya Tumpas....macam kenal jer ...bukan one of the top MLM ke?

[Copy link]
Post time 29-7-2010 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Skim cepat kaya tumpasOleh ASSIM HASSAN
[email protected]





KUALA LUMPUR 28 Julai - Hanya berbekalkan risalah-risalah dan memandu kenderaan mewah, satu skim cepat kaya di Lembah Klang, bergerak aktif menipu orang ramai sejak lebih setahun lalu.

Sepanjang tempoh itu, mereka licik mencari mangsa supaya melabur dalam skim terbabit dengan jumlah minimum RM10,000 sehingga RM41,000  (figure sounds familiar ) .

Malah bantuan mendapatkan pinjaman daripada bank dan koperasi turut diatur oleh skim terbabit bagi bakal-bakal pelabur yang berminat.Namun skim pelaburan haram itu akhirnya tumpas diserbu penguat kuasa semasa beroperasi di beberapa restoran di Mentari Court, Bandar Sunway (macam kenal ), Petaling Jaya dekat sini malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam itu, 59 ejen skim terbabit ditahan ketika cuba menyakinkan kira-kira 80 bakal pelabur baru.
Serbuan dilakukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, polis Selangor dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ekoran laporan-laporan polis yang dibuat mangsa.
Kesemua ejen ditahan berusia 20-an hingga 30-an dengan kebanyakan mereka terdiri daripada golongan muda yang baru tamat pengajian di peringkat universiti.

Ketua Penolong Pengarah Operasi JSJK Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa berkata, polis turut memburu dalang skim terbabit yang dipercayai masih berada di dalam negara.Menurut beliau, setiap ejen akan menyakinkan bakal-bakal pelabur baru dengan memandu kereta mewah seperti BMW, Nissan Fairlady, Toyota Alphard dan Mercedes-Benz. (macam kenal je siapa kan)



"Syarikat skim cepat kaya itu turut dikesan memaparkan logo-logo media rasmi termasuk Utusan Malaysia pada risalah sebagai penaja bersama."enggunaan logo media itu dilihat sebagai bukti skim itu diiktiraf dan boleh dipercayai," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.Tambah Rohaimi, siasatan mendapati skim itu menjanjikan pulangan di peringkat awal sebanyak RM2,500 kepada pelabur dalam masa tiga hari."Semua pelabur di peringkat awal benar-benar memperoleh pulangan dijanjikan tetapi mereka yang lambat akan menghadapi masalah."Selain itu, semua ejen menggunakan nombor pendaftaran kenderaan mewah 8282 dan 925 sebagai tanda ahli skim terbabit yang telah berjaya," katanya.Beliau berkata, kesemua mereka terbabit kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


p/s - akhirnya sedarlah wahai kaum melayu..sudah terang lagi bersuluh.. aku bukan nak tuduh2 and i think most of korang have a very good idea who this organization (or which MLM) this might be...harap artikel yang baru keluar semalam nie, will give you a very good idea what to do next.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2010 10:46 AM | Show all posts
dah ada dah ni... thread FC
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2010 11:01 AM | Show all posts
hehe..saje je..nak bagi highlight sikit :-)
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 03:02 PM | Show all posts
i have no idea.
sape?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 05:41 PM | Show all posts
ni kat rumah aku ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 03:02 AM | Show all posts
Askm...nak tanya, MLM apa tu yeaa??? apa namanya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2010 08:48 AM | Show all posts
ah hakssss....

akhirnya tumpass jua..
sib baik aku tak join...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 09:00 AM | Show all posts
Askm...nak tanya, MLM apa tu yeaa??? apa namanya....
Taayun Post at 30-7-2010 03:02



    http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=497160&highlight=
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2010 09:40 AM | Show all posts
bukan geng june bunga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 10:59 AM | Show all posts
geng Friends Club la ni, kalu port kat sunway memang depa la
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 11:02 AM | Show all posts
ni jenis beli pangkat punya, RM 41k, dapat le jadik Marquis la tah apa2
kalau masuk level bawah2 depa brainwash orang supaya beli pangkat cepat2
takde duit depa uruskan loan koperasi ke, bank ke
target utama depa orang gomen (sebab senang buat loan)
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 11:33 AM | Show all posts
ni jenis beli pangkat punya, RM 41k, dapat le jadik Marquis la tah apa2
kalau masuk level bawah2 de ...
heihachi Post at 30-7-2010 11:02


betul tu seratus peratus.....mana yg pandai mengayat mmg lah dapat habuannya. janji kata upline akan tolong downline kalo depa x dapat cari downline kepada downline2 depa. haram. dpt downline yg tak beberapa nak pandai nak mengayat terkontang-kanting lah. bila downline yg terkontang-kanting tu merungut pandai lak kata si downline tu pemalas lah, x pandai nak berusaha lah. Apesal x masukkan sekali pra-syarat bakal2 pelabur nie ayat kena power. baru boleh masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 12:07 PM | Show all posts
betul,betul, betul...
masuk MLM kalau tak pandai mengayat orang memang cari sakit
(sakit tak dapat-dapat downline lagik)
nak main MLM salesmanship kena power, baru leh jual barang
kalau yang jenis takde barang mcm Friendsclub ni tak yah masuk le,cari penyakit je (memang sah pun dapat penyakit)...kang dah kena reman Polis, siap kena extend lagi yg 59 orang tu,dok ler dalam lokap dulu sampai siasatan habis/Polis puas hati ko tak salah,
Now Polis tengah cari leader dia yang bernama Amalina..ada sape2 kenal ke kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 12:35 PM | Show all posts
bukan geng june bunga ke?
izzuddin Post at 30-7-2010 09:40



    betul ler tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 12:41 PM | Show all posts
Askm...nak tanya, MLM apa tu yeaa??? apa namanya....
Taayun Post at 30-7-2010 03:02



Mari La Menipu
Meniaga Larut Malam
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 12:42 PM | Show all posts
ni jenis beli pangkat punya, RM 41k, dapat le jadik Marquis la tah apa2
kalau masuk level bawah2 de ...
heihachi Post at 30-7-2010 11:02



  drpd beli pangkat baron la, moron la, marque la, maki hamun la, duke la, lebih baik korang g beli pangkat Datuk
kat pahang, busuk2 RM30,000 dah boleh beli pangkat datuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2010 04:04 PM | Show all posts
drpd beli pangkat baron la, moron la, marque la, maki hamun la, duke la, lebih baik korang g ...
cmf_premierleag Post at 30-7-2010 12:42



Hmmm rm30K beli pangkat Datuk, tak dapat Boss. Pengalaman/pengetahuan saya range dia dalam RM250-300K bolehla kawtim.
OR kalau Boss boleh arrange at that price of RM30K, nak jugak saya tahu camne......
(baik beli pangkat Datuk dari beli marquis ke,duke ke yang ngarut2 ni...ada Datuk senang sikit projek jalan)
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 04:20 PM | Show all posts
Hmmm rm30K beli pangkat Datuk, tak dapat Boss. Pengalaman/pengetahuan saya range dia dalam RM2 ...
heihachi Post at 30-7-2010 16:04



ye, lebih baik beli pangkat datuk kan, drpd beli pangkat moron, baron, maki, duke nih.
bleh gak jadik vvvvip kalau ada pangkat datuk nih
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 06:17 PM | Show all posts
bukan geng june bunga ke?
izzuddin Post at 30-7-2010 09:40


lucky bukan tehbunga..
aku memang tak sekufu dgn MLM ni..

baik aku concentrate buat trading..hati senang, takyah pikir nak achieve point, nak kejar pangkat..rezeki memang betul2 drp titik peluk sendiri, pasang khemah sendiri, gi ambik barang sendiri, pikul bungkusan sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 01:17 AM | Show all posts
lucky bukan tehbunga..
aku memang tak sekufu dgn MLM ni..

baik aku concentrate buat tra ...
tehbunga Post at 30-7-2010 18:17


yela even profit mcm slow, sekurang-kurangnya kita tahu hasil rezeki tu dtg dari mana
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.705589 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list