KULIM: Gerak-geri mencurigakanseorang lelaki yang sering berlegar dikawasan perumahan di sekitarTaman Teknologi Tinggi Kulim, denganmembawa sebuah beg pakaian sejakbeberapa minggu lalu, terjawab apabiladia dicekup orang ramai ketikamenceroboh rumah didiami penuntut wanitakerana mencuri seluar dalamwanita dan coli, Khamis lalu.Lelaki berusia36 tahun dan sudah berumah tangga itu mengakui memilikihobi pelik iaitumenghidu seluar dalam wanita yang sudah dipakai yangdicurinya.
KetuaPolis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkatalelakiterbabit ditahan orang ramai kira-kira jam 1 pagi selepastindakannyamenceroboh rumah sewa sekumpulan penuntut perempuan itudisedari jiran.
“Seorangjiran yang kebetulan berada di dapur rumahnya ternampak kelibatseoranglelaki mencurigakan masuk ke kawasan rumah penuntut itu sebelumdiamenghubungi jiran lain.
“Selepas melakukan pemerhatian selamabeberapa minit, suspek kemudiandilihat mencuri beberapa helai pakaiandalam wanita sebelum penduduk dikawasan itu menyergah,” katanya ketikaditemui selepas Program DialogKetua Polis Kedah Bersama PendudukKampung Sedim di kawasan rekreasiSungai Sedim, dekat sini, semalam.
Hadirsama Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan. Ghuzlanberkata,suspek yang terkejut cuba melarikan diri, namun gagal apabiladicekuppenduduk yang sudah mengepungnya.
Ketika ditahan, pendudukmenemui beberapa seluar dalam wanita dan colidi dalam beg dan poketsuspek sebelum diserahkan kepada polis. “Hasilsoal siasat suspekmendakwa dia mencuri seluar dalam wanita dan coliyang belum dibasuhitu semata-mata mahu menghidunya. “Dia mengaku dengantabiat peliknyaitu dan selain rakyat tempatan, dia juga mencuri pakaiandalam milikwanita warga asing,” katanya.
Menurutnya, ujian saringan airkencing yang dijalankan mendapati suspeknegatif dadah dan kes disiasatmengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaankerana menceroboh.