CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11201|Reply: 38

MASIH MAHU MAKAN UDANG GERAGAU?????????

[Copy link]
Post time 16-4-2010 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Wowww .... menjijikkan !!!!!!

Selama 3 hari , aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.




Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.





Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba  di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.





Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.





Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.





Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.





Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.





Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.





Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60


Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!







SUMBER=http://remie.typepad.com/blog/2010/04/masih-mahu-makan-udang-geragau.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2010 01:31 PM | Show all posts
uwekkkkkk...sib baik mmg x minat udang geragau ni..x penah guna dlm masakan....tp makanan yg beli kat luar tu wallahualam....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 01:43 PM | Show all posts
mak aku suka masak campur udang geragau nei...
cammner nak sug stop nei....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2010 03:10 PM | Show all posts
eeeeiiiiyyyeeekkk
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 09:39 PM | Show all posts
udang geragau ni ape ek?hehehe udang kecik2 yang masin tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 09:56 PM | Show all posts
udang geragau ni ke yg org wt cencaluk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2010 10:21 PM | Show all posts
belacan pakai geragau kah?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2010 01:37 AM | Show all posts
ooo udang ni orang guna buat cencaluk...kadang2 cucur udang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2010 05:28 PM | Show all posts
pernah kuar nih.. tp ok sbg peringatan kpd semua.
ok, berkenaan dgn makanan yg dikilangkan, rata2 tahap kebersihan amat diragui. pegeluaran dlm skala besar utk tujuan keuntungan ni slalunya aspek kebersihan tidak diutamakan langsung, entahlah kenapa, tak pasti samada kelemahan pihak yg berwajib dalam menyediakan atau melaksanakan undang atau mng kedegilan pengusaha itu sendiri. bukan sahaja kilang2 kecil spt pengusaha Udang geragau, malah pengusaha atau kilang2 besar juga berbuat sedemikian. contohnya pernah dulu panas dgn keadaan maha hazab satu kilang pengeluaran roti yg ternama.. tak faham kemana perginya kesedaran, adakah mereka harnya memikirkan keuntungan semata2?....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2010 05:53 PM | Show all posts
ha ha ha ha ha
hidup udang geragau
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2010 06:00 PM | Show all posts
Itu baru geragau... bayangkan pulak ikan bilis, udang kering, sotong kering, ikan kering, bla-bla-blaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2010 08:14 PM | Show all posts
motif? dah berapa ratus kali dah kuar mende ni...dah nak termuntah dah aku membacanya!
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2010 08:49 PM | Show all posts
ada link dia tak pygmalion???kalau ada aku nak merge
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2010 11:39 PM | Show all posts
brader. tu blog ko ke? apsal tak sertakan sos blog mana dicedok. penat je empunya gambar ambik.last2 credit tadak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 08:41 AM | Show all posts
ee gelinye..seb baik aku xsuka makan udang
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 09:13 AM | Show all posts
mak aku wat udang geragau sendiri..n org kg aku pon..
but ni geragau melaka la...dijamin halal serta kebersihannye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2010 09:14 AM | Show all posts
kalau dah tau kena lah elakkan makan benda nie....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 09:17 AM | Show all posts
bukan sekadar udang geragau.. ikan masin, ikan bilis,  sotong kering.. pergilah sendiri siasat
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 10:54 AM | Show all posts
Patut la lepas makan rasa macam nak menyalakkk jer..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 11:36 AM | Show all posts
Reply 12# Pygmalion

bgla support kat mbr nih nk share something cik....
Akupun tak tau n baru tau nih... Thanks pada TT

~~Wow udang~~
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.059660 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list