View: 3182|Reply: 11
|
...yang indah itu bahasa
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by renjer at 30-3-2010 12:42
Banyak faktor yang mempengaruhi kita menggunakan bahasa yang kurang sopan dalam pertuturan
seharian contohnya "WEII.. apalah korang ni.. Aku dah tunggu korang lama giler?.
Nenek aku pun lagi laju daripada korang lah...Pe kelanciow ni...
Ingat mak bapak korang bayar aku untuk tunggu korang ke??
Faktor emosi serta cara didikan keluarga dan persekitaran boleh menimbulkan permulaan
kepada perlakuan ini. Seseorang yang sering melafazkan perkataan yang tidak baik,
kasar atau mencarut merupakan gambaran situasi jiwanya yang resah, kusut dan memberontak.
Penggunaan bahasa rojak,bahasa kasar atau bahasa pasar di dalam SMS dan blog juga tidak terlepas daripada menjadi punca kepada permasalahan ini. Kadang kala, akibat menjadi mengambil mudah akan hal ini,
sensitiviti orang lain tidak dijaga. Selain itu, media juga berperanan besar dalam hal ini.
Penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan di dalam drama,
filem dan juga lagu-lagu sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Akibatnya,
remaja terbawa-bawa dalam kehidupan seharian.
Disimpulkan bahawa anak-anak terutamanya pada peringkat umur kanak-kanak sememangnya amat mudah mempelajari
ungkapan baru daripada orang di sekeliling mereka. Mereka kemudiannya akan berusaha menggunakan
ungkapan tersebut dalam pergaulan seharian, walaupun pada dasarnya mereka tidak memahami apa yang
dipertuturkan. Maka ibu bapa perlu menegur dan menegah anak-anak kecil daripada menggunakan
perkataan yang kasar atau kesat sejurus perkara tersebut berlaku agar tidak diulangi lagi.
p/s: bahasa menunjukkan bangsa
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau mahukan diri dihormati
kena menghormati
sebab itulah adanya perkataan
hormati-menghormati |
|
|
|
|
|
|
|
nak bercakap depan anak2 kecil knala bertapis sbab budak kecik snang terikut gaya orang dewasa |
|
|
|
|
|
|
|
org yg sakit hati & jiwa
akan berrtambah sakit (hati & jiwa) bila melihatkan kesenangan org lain |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by renjer at 30-3-2010 12:42
Banyak faktor yang mempengaruhi kita menggunakan bahasa yang kurang sopan dalam pertuturan
seharian contohnya "WEII.. apalah korang ni.. Aku dah tu ...
renjer Post at 30-3-2010 12:38
betul tu.
kalau dengar iklan radio tu, semua jenis bahasa atau tone suara yang ala2 mcm nak gaduh je. tak paham la, agaknya mesej diaorang lebih sampai ke kalau buat cara mcm tu.
hari tu kalau tak silap, saya terbukak radio suria kot, angin juga rasa bila dj gunakan "korang", "kitaorang". bukan sekali ataupun gurau2, tapi memang diulang2, mcm dah jadi bahasa standard . pada saya, kalau nak santai pun jangan la on air pun guna korang korang korang. sakit je telinga. |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu.
kalau dengar iklan radio tu, semua jenis bahasa atau tone suara yang ala2 mcm nak gaduh je. tak paham la, agaknya mesej diaorang lebih sampai ke kalau buat cara mcm tu.
hari tu kal ...
batricia Post at 30-3-2010 21:02
aku pun perasan suria cakap macam tuh. walaupun aku cakap takde la perfek bm tapi aku takde la guna bahasa camtuh. cuma ayat aku jek yang tunggang langgang |
|
|
|
|
|
|
|
nak bercakap depan anak2 kecil knala bertapis sbab budak kecik snang terikut gaya orang dewasa
kusaka_masato Post at 30-3-2010 13:09 ai setuju with u... {:2_76:} |
|
|
|
|
|
|
|
... satu ketika dahulu, adalah amat jerih untuk memperkenalkan diri dalam bahasa melayu.
Melalui perjalanan masa, bahasa juga mengalami perubahan. Soalnya adakah perubahan ke arah yang baik atau peralihan ke tahap pelik?
Secara peribadi, Zam amat kagum dengan penggunaan bahasa di Indonesia. Bahasa Melayu seorang buruh kasar di sana lebih halus dan petah dari bahasa guru bahasa di sini. Bukankah bahasa di sana juga telah melalui perjalanan perubahan yang sewajarnya?
Bahasa adalah ungkapan atau tindak balas pemerhatian kita kepada keliling. Jika orang sekitar berbahasa rojak, maka rojaklah ucap kita. Jika orang keliling fasih berbahasa inggeris, maka lancarlah bahasa inggeris kita.
Zam berpendapat kita harus biarkan bahasa kita mengalami perubahan yang sesuai dengan persekitaran kita kerana mana2 yang tidak elok akan dengan sendirinya tersisih dan yang serasi akan sediri menjadi betah.
Bahasa yang beku tidak akan menjadi baku... |
|
|
|
|
|
|
|
Abis tu org Melaka? Walaupun kata2 sesetengah diorang tu penuh dengan carut & maki tapi hati diorang baik. Maksudnya jiwa diorang resah, kusut dan memberontak...?? |
|
|
|
|
|
|
|
aku takda masalah lansung penggunaaan bahasa macam
AKU< KAU
wehh..
dan sebagainya
itu mmg cara penggunaan bahasa aku
tapi aku tak pernah mencarut
contohnya
dulu2...org slalu ckp
mana ko pergu syiyaaallll
babi dsbnya
dah mcm kelaziman sgt
esp kt budak2 skola
annoying gile aku dgr
kepala aku terus sakit kalau dgr org carut2 tak tentu pasal ni
macam tak berkat je nak belajar
tapi mmg pun..dak2 kelas hujung2 je suka ckp mcm ni
ada plak yg menjijikan aku bila
pompuan ckp..
kte dah makan..
kte nk g mid..
kte kan..kte tak suka la dia tu
motep nak ber KITE..KITE
bajet sopan hapa
boleh pula ckp..
kite tak suka la ckp AKU, KAU kasar..
kte tak biasa (sambil tersipu2)
isk..
bagi aku
KAU, AKU tu mcm lagi dekat dan rapat...
lagi senang nk menunjukkan betapa isu tu dkat dgn diri kita..
lagi satu yang aku rasa menjengkelkan
bila orang ckp
APACER... ( apa cerita )
waklu...
dsbnya... |
|
|
|
|
|
|
|
weii.. lahanat ko.. aku ingat dah mampos! (ungkapan classic zaman berzaman di melaka) = hello, how r u?
melaka merupakan antara tamadun terawal.
bahasa berkembang mengikut pengguna/penerimaan majority. yg mana majority? pengguna abad 18, 19, 20, 21? kalau aku ada barang classic kat umah, dah rosak, x bleh pakai, x pakai lagi dah, aku jual kpd org yg hobinya mengumpul barang classic, kalau sesaper x nak beli, aku buang je.. semak aa taruk kat umah..
aku download movie 600mb... dah tengok.. delete.. semak aa dlm harddisk.
gambar gf, dah clash, pulang bailk, buang atau bakar..
some ppl, hobinya menyimpan.. hobi aku, explore yg baru... salahkah aku? |
|
|
|
|
|
|
|
lek luuuuuuuuuuuuuuu dialog utama watak kawan farid kamil dlm cite baru stiletto ke apa... pasal kasut merah tu...... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|