CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 33068|Reply: 42

Pendarahan semasa Hamil - Camner cara solatnya?

[Copy link]
Post time 1-10-2009 10:59 AM | Show all posts |Read mode
salam,

nak tanya.  pendarahan yg terjadi semasa hamil bukan dikira sebagai darah haid kan?  kalau dikira sebagai darah penyakit (istihadah).. ni ada beberapa kemusykilan.. harap ada yg sudi menjawab..

1.  perlukah tunggu sehingga 15 hari baru boleh solat?  
2.  perlukah mandi hadas?
3.  wuduk yg diambil utk solat fardhu boleh guna utk solat sunat tak?
4.  boleh pegang/baca quran ke dlm tempoh pendarahan berlaku?

tu aje buat masa nih.. nanti ada soklan lain.. saya tanya lagi...

sekian... wasalam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2009 11:20 AM | Show all posts
soklan bagus ni....

aku tgh ada spotting jugak...kecoklat-coklatan....hari tu..lagi byk keluar pada masa period kita patut keluar....

cemana ye?...kita baca kat net....cycle ni biasa berlaku bila tiba time period...

so kira...period kan?....hubby pun takut nak 'bersama' sbb...pada dia...period...kita peknen 2 bulan.

*garu kepala* tolonnnnn...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 11:24 AM | Show all posts
penah trjd pd seron 2,3thn lepas,...
bleeding..2bulan jgk ,last2 xada rezeki jgk...

time tgh bleeding tu seron masih sembahyang cm biasa..tapi msti kena pakai pad..
dan kena tukar setiap x nk solat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2009 11:26 AM | Show all posts
saya pun tengah ngandung 2 bulan lebih nih (10 minggu).. ada yg kata tak leh solat.. ada yg kata boleh.. pening jugak dibuatnyer..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 12:51 PM | Show all posts
mandi bersih, pakai pad.. ambik wuduk , solat macam biasa..

wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 01:20 PM | Show all posts
mesti solat..jgn tinggalkan solat..unless dah betul2 keguguran...solat mcm biasa kalau takut bila berdiri darah keluar solat lah duduk or baring...cuci bersih sblm solat ambil wuduk dan terus solat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2009 05:39 PM | Show all posts
Saya pun nak tumpang tanya jugak...

Darah yang kuar tu (darah wanita mengandung sebab nak bersalin atau keguguran) diistilahkan darah apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2009 05:57 PM | Show all posts
6# sunsuria3

tenkiu.. tenkiu... bertambah yakin saya nak solat...

wat about mengaji?  pegang quran?  dibolehkan ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2009 06:56 PM | Show all posts
Saya pun nak tumpang tanya jugak...

Darah yang kuar tu (darah wanita mengandung sebab nak bersalin atau keguguran) diistilahkan darah apa?
bintang Post at 1-10-2009 17:39


nifas?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 06:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 08:29 PM | Show all posts
nifas?
redz85 Post at 1-10-2009 18:56


Kalo nifas dah takleh solat, pose.. etc
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 10:05 PM | Show all posts
mesti solat..jgn tinggalkan solat..unless dah betul2 keguguran...solat mcm biasa kalau takut bila berdiri darah keluar solat lah duduk or baring...cuci bersih sblm solat ambil wuduk dan terus solat...
sunsuria3 Post at 1-10-2009 13:20



Kak sun... (saya lum nikah) masa saya hadiri satu kuliah agama, ada seorang makcik ni tanya pasal keguguran ni bagi pihak anak dia. Kira kira camni lah pertanyaannya, anaknya keluar darah macam darah haid lah tapi anak dia memang sah mengandung 3 bulan.

Ustaz tu cakap darah tu di kira darah haid dan dia takleh solat mengikut pusingan haid biasanya lepas tu kena solat biar pun masih bersadarah...

Ada sape sape leh perbetulkan atau buat penambahan tak? konpius ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 09:36 AM | Show all posts
baru ni ada rakan sekerja dia pregnant tapi turun darah..dia tanya sorang ustazah..ustazh tu pun ckp mcm akak tulis tu..selagi blm terjadi keguguran wajib solat....perempuan yg hampir bersalin pun biasa akan keluar darah kadang sampai 24 jam sblm bersalin tu kan...wajib juga solat...
saya ke empat2 pregnancy memang bleeding...masuk ward lagi..tetap solat...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 10:48 AM | Show all posts
13# sunsuria3


So, darah itu nak diistilahkan darah apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2009 04:06 PM | Show all posts
alamak!  bertambah konpius plak bila baca pasal pertanyaan makcik tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 04:22 PM | Show all posts
ada darah  haid, semua org tau kan
istihadah...ni darah yg saja2 nak keluar di luar waktu haid..kalau baca lanjut darah ni juga di sebabkan syaitan yg menedang pintu rahim prempuan...supaya suami tak dpt bersama..nak bersama geli..sb ada darah..dan tujuan syaitan laknak tu nak memecah porak perandakan hubungan suami isteri...pnjg lah kisah ni
darah wiladah ialah darah yg mengiringi bayi semasa lahir..then ada darah nifas..darah selepas wiladah ni lah..

ada gak darah penyakit...turun 24jam...sampai kena remove rahim tu..

saya dah tanya sorang lagi ustazah ni...kalau turun darah semasa hamil wajib solat..blh mengaji dan seterusnya...selagi blm keluar darah wiladah..yg mengiringi bayi waktu bersalin atau keguguran...ok gtg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2009 07:19 PM | Show all posts
tima kaseh suria..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 08:54 PM | Show all posts
ada darah  haid, semua org tau kan
istihadah...ni darah yg saja2 nak keluar di luar waktu haid..kalau baca lanjut darah ni juga di sebabkan syaitan yg menedang pintu rahim prempuan...supaya suami tak ...
sunsuria3 Post at 2-10-2009 16:22


Saya mula rasa akak dah bawa citer israeliyat pulak kat sini ... (sori) pasal syaitan yang menendang pintu rahim pompuan tu kita bincang pada masa yang lain aje.

Saya kena ambik masa sikit untuk memberi penjelasan detail berkaitan hal keluar darah semasa mengandung... saya masih berpegang ia tidak boleh sembahyang dan dikategorikan darah haid kerana ustaz yang memberi kuliah tersebut cukup memberi dalil dan dengan rujukan dari kitab muktabar.

Seperti posting saya di atas, dia tidak perlu sembahyang mengikut kitaran haid biasanya dan mulakan sembahyang sehabis kitaran biasa haidnya walaupun masih berdarah.

Saya harap kak nori boleh membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 09:02 PM | Show all posts
Saya cuba tanya pakcik google hasilnya ini:


Hukum darah yang keluar sebelum bersalin.

    {mosimage}  Soalan : Jika seorang wanita sudah hampir bersalin, lalu terkeluar darah sebelum bersalin. Bolehkah ustaz jelaskan apakah jenis darah yang keluar itu, adakah ia darah haid atau nifas? Saya keliru kerana sudah tentu jenis darah akan berikan hukum berbeza. Terima kasih uztaz.

Dijawab oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Ulama berbeza pendapat dalam menentukan jenis darah yang keluar itu, seperti berikut :-

Mazhab Hanafi & Hanbali : Ia adalah darah istihadah. Justeru solat masih wajib.

Sebahagian ulama Hanbali : Ia adalah darah nifas jika keluar sehari atau dua hari sebelum melahirkan anak. Jika demikian bermakna, tidak lagi wajib puasa (jika pada bulan Ramadhan) dan solat.

Mazhab Syafie : Ia adalah darah haid dari sudut tidak perlu solat, puasa dan haram untuk digauli suaminya.

Mazhab Maliki : Ia adalah darah haid jika keluar pada bulan pertama dan kedua mengandung, namun jika keluar darah itu pada bulan ketiga, keempat dan kelima serta berterusan lebih dari 20 hari, jelaslah ia darah istihadah.

Bagi penduduk Malaysia yang bermazhab Syafie, bolehlah bertaqlid dengan pendapat mazhab Syafie dalam hal ini. Iaitu ia darah haid. Pendapat mazhab Syafie ini boleh dirujuk dari kata-kata Imam An-nawawi di dalam kitabnya :-


Ertinya : “Apabila seorang wanita yang sedang hamil melihat darah (keluar), yang sesuai untuk dihukum sebagai darah haid maka terdapat dua pendapat yang masyhur (dalam mazhab Syafie), berkata pengarang kitab Al-Hawi (Al-Mawardi), Al-Mutawalli dan Imam Al-Baghawi dan lain-lain :

“Pendapat Syafie yang baru adalah ia Haid, pendapat Syafie yang lama, ia bukan haid. Telah sepakat ulama Syafie pendapat yang paling sohih ia adalah DARAH HAID” ( Al-Majmu’, 1/412)

Sekian,

Sumber : Zaharuddin Abd Rahman, http://www.zaharuddin.net/, 1 Mei 2008


Yang ni pulak boleh baca di sini :  http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2005/ic32_2005.htm
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 09:04 PM | Show all posts
Ini pendapat aku dari segi perubatan ya.

Perdarahan semasa mengandung yg tidak membawa keguguran dianggap sebagai BUKAN lah darah period.

Darah tersebut datangnya dari pecahan saluran darah antara janin/bayi dgn placenta.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.071845 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list