CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9437|Reply: 27

Produk,Aksesori atau cara anda modified kereta sepunya lebih jimat minyak

[Copy link]
Post time 13-9-2009 09:41 AM | Show all posts |Read mode
Sekarang ni banyak produk yg keluar untuk menjimatkan minyak dan macam2 cara atau petua digunakan untuk menjimatkan minyak..memang kepada sesiapa yg bkan heavy foot, minyak akan jimat..disini saya nk minta pada forumer...apa produk atau modifikasi yang sesuai untuk menjimatkan minyak kereta...

kita selalu jumpe iklan produk jimat minyak seperti magsaver,surbo,magnet yg ntah ape2...minyak2 yg di letak dlam tank minyak untuk jimat...

ada yg ckap tukar plug iridium n cable plug ley jimat minya..betul ker?
berkesan ke...ada cara lain x...produk or modifikasi yang kita leh share rmai2....

hidrofuel x pyh le nk recommed sbb ramai masih was2..klu ada forumer yg guna hidrofuel..betul2 jimat ker??

brape peratus leh jimat gne produk pr modifikasi....n brape kos nk buat...tahan lama x...mcm ner dgn maintain...

hope ada forumer yg sudi bg pendapat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2009 10:02 AM | Show all posts
entah ekk...ramai kata cam gitu..tp akunye step..ntuk keta aku...yg ade dalam checklist aku adalah
1.cam pully adjustable
2.crank pully
3.spark plug volker double iridium
4.spark plug cable
5.k&n drop in filter

aku rasa nie kot...pada pandangan aku le...kalu keta tue pegi dier tak memaksa n smooth jerk...maybe minyak tak parah la....tp yg penting kaki kanan ada yg menentukannya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2009 10:19 AM | Show all posts
tq bro...4 info!
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 11:45 AM | Show all posts
for me,

penjagaan enjin lebih baik untuk penjimatan minyak,
penggunaan minyak pelincir seperti mineral, semi-synthetic dan full synthetic memainkan peranan dalam mengurangkan geseran, pelinciran yang baik, penghamburan kuasa yang efisien dan pembakaran yang lebih baik,

minyak mineral ada dua yang saya tahu:-
single gred dan multigred,

single gred : SAE 40
minyak ini adalah minyak asas dalam pelinciran, ia hanya memberi perlindungan sahaja dan penghantaran kuasa dan kegelinciran adalah biasa. Walaubagaimanapun, ini bergantung pada formula pembuatnya.

multigred : 20W-50, 15W-40
minyak ini adalah minyak yang ditingkatkan kualitinya dan ditambah berbagai aditif lain bagi memberi pelbagai kesan kebaikkan kepada enjin. Sesetengah formula ini pada sesetengah produk mampu mengawal pembentukan deposit pada enjin, menjimatkan minyak dan juga mengurangkan geseran.

Semi-Synthetic multigred : 10W-40, 15W-40
minyak ini adalah campuran minyak pelincir mineral yang dipertingkatkan kualiti dan juga dengan penambahan minyak pelincir yang disintesiskan secara kimia. Mengikut sesetengah sumber mengatakan kandungan minyak semi-synthetic hanya mengandungi 30% atau kurang pada campuran minyak pelincir ini. Namun itu, kelebihannya banyak. Ia jauh lebih baik dari minyak pelincir mineral di mana daya geseran bahagian enjin adalah minima, hamburan kuasa jauh lebih efisien, penggunaan bahan bakar yang sedikit, minyakk pelincir stabil pada suhu dan penggunaan yang ekstrem, dan kegelinciran yang baik.

Full-synthetic Multigred : 0W-30, 5W-30
minyak ini adalah 100% dihasilkan dari bahan kimia yang disintesiskan. Penghasilannya ditambah dengan aditif2 bagi memberi kesan hebat pada prestasi enjin. Penggunaan minyak ini jauh lebih baik dari mineral dan semi-synthetic. Daya geseran jauh lebih minima dari semi-synthetic. Hamburan kuasa lebih lancar, penjimatan petrol yang baik, ketahanan pada suhu dan keadaan ekstrem yang terbaik (contoh Castol Edge), penghantaran kuasa yang lebih baik, dan kegelinciran yang sangat baik.

hipotesis bagi minyak pelincir ini adalah:-

semakin menghampiri ke minyak sintetik, semakin mahal harganya

semakin menghampiri ke minyak sintetik, semakin berkuasa kereta

semakin menghampiri ke minyak sintetik, semakin jimat minyak

semakin menghampiri ke minyak sintetik, semakin tahan lama enjin

alasan kenapa minyak sintetik mahal?
sebab minyak sintetik perlukan bahan lain dan beberapa teknik tindakan kimia bagi menghasilkannya dan ini memerlukan kos yang lebih berbanding menghasilkan minyak mineral.

sumber:-
wikipedia, castrol, dan beberapa website lain..tak ingat dah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 11:53 AM | Show all posts
kalo letak flip flap...leh jimat minyak tak???
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 11:58 AM | Show all posts
kalo letak flip flap...leh jimat minyak tak???
mycos79 Post at 13-9-2009 11:53 AM


eh, jimatnye..sebab mata mesti tengok flip-flap..
pedal minyak pon tak bape nak tekan he4..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2009 12:15 PM | Show all posts
kalo letak flip flap...leh jimat minyak tak???
mycos79 Post at 13-9-2009 11:53


ini barang baik punyaaaa......... f.c 100km cuma 3.4 litre jerk..huhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2009 12:27 PM | Show all posts
kalo letak flip flap...leh jimat minyak tak???
mycos79 Post at 13-9-2009 11:53


hehe...letak flip flap keta jd lebih power...jgn letak seketul...letak la 10 biji trus...lg jimat minyak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2009 12:30 PM | Show all posts
4# dune19s89

klu cam keta sebelum ni x guna fully sintetik..die kena maintain gne fully ke lepas da gune fully..brape anggaran rega minyak fully sintetik sekali servis?dan brape KM....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 12:44 PM | Show all posts
4# dune19s89

klu cam keta sebelum ni x guna fully sintetik..die kena maintain gne fully ke lepas da gune fully..brape anggaran rega minyak fully sintetik sekali servis?dan brape KM....
necromaninside Post at 13-9-2009 12:30 PM


selalunya yang saya tahu,
elok la maintain full-sintetik,
sebab minyak pelincir ini memang terbaek dari ladang woo,
benefit2 dia macam saya cakap tadi la,
selalunya ada sesetengah individu claim 15000KM baru tukar minyak hitam,
dan ada sesetengah manufacturer kata leh tahan smpai ke 40000KM,
kena rujuk balik kat mana2 website minyak pelincir cam castrol,
minyak pelincir mineral every 5000KM baru servis tukar baru,
minyak semi pula every 10,000KM..
minyak full-syntetik kalau brand2 cam syntium nih saya jumpe mau kat RM180-RM190..
mahal2 gak, tapi RM190 = 15000KM..
lagi jimat minyak dan petrol..
kira macam investment la..
enjin pon baik aje..
performance mantop..
tapi poket kena tebal la..
namun begitu ada sesetengah kereta tak sesuai pakai full syntetic..
saya tak ingat dah..saya ada rujuk wikipedia sebab minat nak tahu pasal minyak pelincir hu4..


saya ulas sket harga2 yang penah saya lihat:-

Mineral :- RM 50-RM70
Semi- sintetik :- RM70-RM90
Full - sintetik :- RM150-RM190

harga bergantung pada pengeluar,
sebab lain pengeluar lain formula dan lain prestasi,
ada buatan tempatan macam Hyrax oil, tapi saya tak tahu berapa harganya..
kena tanye otai2 sini utk harga..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 12:49 PM | Show all posts
so minyak pelincir mn yg lagi elok?aku guna pertronas jer...ok tak?ke caltex or shell yg elok?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 12:50 PM | Show all posts
kalo gen2 pakai fully sintetik ok tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 12:54 PM | Show all posts
so minyak pelincir mn yg lagi elok?aku guna pertronas jer...ok tak?ke caltex or shell yg elok?
eikaz Post at 13-9-2009 12:49 PM


perbandingan antara brand saya tak bley komen kak,
saya tak try lagi,
tapi secara teori yang saya faham melalui artikel dan website,
minyak pelincir full-sintetik jauh lebih baik dari minyak2 sebelumnya..
maaf ye..

tapi kalau kita dah pakai full-sintetik,
itu dah terbaik la..even harga dia bakal koyakkan poket,
tapi enjin sihat..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 12:56 PM | Show all posts
kalo gen2 pakai fully sintetik ok tak?
eikaz Post at 13-9-2009 12:50 PM


bagi saya ok sangat2 lah tuh..
try la, mesti ngaum punye..
akak tak mo try castrol edge tu?
bro fast pon pakai full-sintetik utk keta dia..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 01:33 PM | Show all posts
5# mycos79

x abis2 flip flop bodoh ni.
aku tgk pun dah menyampah bnd ni.
buat semak kete jerk.
hasil x de.
buat penat kereta je taruk bnd ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 01:42 PM | Show all posts
5# mycos79

x abis2 flip flop bodoh ni.
aku tgk pun dah menyampah bnd ni.
buat semak kete jerk.
hasil x de.
buat penat kereta je taruk bnd ni.
otai_g Post at 13-9-2009 01:33 PM


marah bebeno ye mike nih,
apo khabo yeop?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2009 01:55 PM | Show all posts
sensitip woo...member dah sentap...wakaka.....
kesan negatif flip flap....huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 01:58 PM | Show all posts
haha, myb ade orang tak suke hias2 kereta,
mungkin ada orang suke,
keta kadang2 tempat kite duduk lama2 gak hu4..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 02:01 PM | Show all posts
....kadang kala hiasan akan menenangkan fikiran cam letak gambor awek ker...so bawak pong tak laju2...hati tenang...tak der nak pecut2...faktor gak tuh utk nak jimat minyak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 02:03 PM | Show all posts
....kadang kala hiasan akan menenangkan fikiran cam letak gambor awek ker...so bawak pong tak laju2...hati tenang...tak der nak pecut2...faktor gak tuh utk nak jimat minyak...
mycos79 Post at 13-9-2009 02:01 PM


he4, segan la pulak letak gambar awek,
tapi camne ek klu dah tinggal kenangan,
hu4, mesti bawak slow gak..
punca penjimatan minyak..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.530107 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list