CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9884|Reply: 18

Bersalin dalam air / waterbirth

[Copy link]
Post time 23-6-2009 07:45 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 23-6-2009 19:49

Hospital Pantai Cipta Sejarah Lahir Bayi Dalam Air


KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL) mencipta sejarah dengan menjadi hospital pertama di Lembah Klang yang menjalankan kaedah melahir bayi di dalam air.

Bayi pertama yang dilahirkan secara kaedah itu merupakan bayi perempuan seberat 3.6 kg pada 14 Jun lalu, iaitu bayi kepada pasangan Dinesh dan Joanna Cheryan.

Bayi itu merupakan anak ketiga kepada pasangan tersebut.

"Ia merupakan satu lagi kejayaan kepada PHKL dan kami berbangga menjadi hospital pertama di Lembah Klang yang melakukan kelahiran bayi di dalam air," kata Ketua Pegawai Eksekutif PHKL, Tan Suet Guan dalam satu kenyataan Selasa.

Beliau berkata kaedah bersalin di dalam air merupakan kaedah alternatif di mana si ibu akan berendam di dalam air suam yang bertujuan mengurangkan kesakitan dan memberi keselesaan pada ibu berkenaan semasa melahirkan bayi mereka.

Tan berkata kaedah tersebut masih baru di Malaysia tetapi banyak diamalkan di banyak negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand.

"Ia lebih selamat dan selesa serta semula jadi untuk ibu dan bayi,' katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2009 07:52 PM | Show all posts
aha di amerika syarikat dah lama guna kaedah ni...untuk mengurangkan kesakitan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2009 08:33 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 10:13 PM | Show all posts
tak lemas ke bayi tu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 12:10 AM | Show all posts
ku sllu tgk cara bersalin dlm air kat channel astro..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 09:22 AM | Show all posts
baby tak lemas la...
kan lam perut pon baby dok lam amniotic fluid...

penah baca article.. among the cons adalah..kena cepat2 potong tali pusat baby.
sebab minah saleh kan branak lam water bath yg suam. so... kalo biar lambat2 sangat...takut blood mengalir balik kat tali pusat from mummy to baby..kind of poisonous.

should be soothing lah bersalin lam air nih...ngan air suam2 nya...kurang rasa sakit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2009 09:47 AM | Show all posts
yerp, my freind said d sem too
its kinda soothing...
tp dia kat NZ..not ere....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 09:47 AM | Show all posts
aku selalu tgk kt youtube...mmg bnykla video ni...
mmg menarik gak bersalin dlm air ni...nampak relax...
tp lg 2 minggu aku kena czer....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2009 10:27 AM | Show all posts
kalu kat mesia nih baru lagi...misti mahal fee dia...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 12:22 PM | Show all posts
Kodok pon teringin nk bersalin dlm air ni..
Mcm calm je, tgk cite DHH kt Astro tu..midwife yg pakai spek besa tu..

Tp dalam syok tu ada gak takutnye..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 12:39 PM | Show all posts
mcm best lah bsalin dlm air.. penah tgok kat astro.. tenet.. hubby lebih berkomitmen dlm proses nieh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2009 11:07 AM | Show all posts
Bersalin di dalam air kurang sakit

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL


Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas.

SECARA umumnya kita mengetahui tentang kelahiran di dalam air menerusi dokumentari yang disiarkan di kaca televisyen. Penulis juga pernah melihat satu dokumentari di mana seorang ibu yang memilih untuk bersalin di dalam air berkongsi pengalaman tersebut bersama sanak saudara dan jiran-jirannya, sungguh mengagumkan.

Jika dilihat dari sejarah kelahiran bayi di dalam air ini, ia bermula pada tahun 1960-an apabila seorang penyelidik dari Rusia, Igor Charkovsky melakukan kajian tentang kebaikan kelahiran di dalam air. Pada penghujung tahun tersebut seorang pakar perbidanan dari Perancis, Frederick Leboyer mencuba kaedah kelahiran di dalam air untuk membiasakan bayi yang sebelum ini berada di dalam uri.

Seorang lagi pakar perbidanan Perancis, Michel Odent, menambahbaikkan lagi kajian Leboyer dengan menggunakan kolam bersalin sebagai salah satu cara mengurangkan rasa sakit bersalin. Odent juga mencari kebaikan bayi yang dilahirkan di dalam air dan di penghujung tahun 1990, ribuan bakal ibu telah memilih untuk bersalin di Pusat Bersalin Odent di Pithivier dan sejak itu, kaedah bersalin di dalam air mula digemari.

Kini, kaedah bersalin di dalam air menjadi satu perkara yang biasa di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Ramai yang mempraktikkan kaedah ini mengakui bersalin di dalam air lebih merehatkan dan umpama spa yang memberi kelegaan serta ketenangan fikiran.

Pakar perbidanan dan kelahiran, Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur Dr. Choong Kuo Hsiang berkata, di Malaysia, kaedah ini tidak begitu diterima rakyat Malaysia memandangkan ia agak bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di negara ini.

"Memang ada permintaan untuk kelahiran cara ini di Malaysia tetapi kebanyakan yang memilihnya adalah wanita Inggeris yang menetap di Malaysia kerana mengikut suami bertugas di sini," jelasnya ketika ditemui di kliniknya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Justeru, katanya, Pusat Perubatan Pantai telah merasmikan pusat kelahiran air yang pertama di Lembah Klang awal tahun ini. Sejak dari tarikh tersebut sebanyak tiga percubaan melahirkan anak di dalam air, namun hanya dua yang berjaya dilahirkan dengan kaedah ini.

"Terdapat dua aspek bersalin di dalam air, pertama sewaktu sakit di dalam air dan bersalin di luar serta kedua, bersalin dan melahir anak di dalam air. Semuanya terpulang kepada ibu. Pihak doktor tidak akan memaksa,'' kata Dr. Kuo Hsiang yang telah mempunyai 17 tahun pengalaman sebagai doktor pakar perbidanan.

Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas.

Kondisi seorang ibu pula mestilah sihat, tidak mempunyai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi atau kencing manis.

"Ibu juga bebas untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka berasa ringan kerana apungan air. Jadi mereka boleh bertinggung, melutut semuanya mengikut keselesaan mereka ketika waktu bersalin. Malah, suami juga boleh turut sama berada di dalam kolam untuk memberi sokongan kepada si isteri," jelasnya.

Apabila bercakap tentang kelahiran di dalam air, ramai yang menggeleng kepala kerana membayangkan risiko bayi akan lemas di di dalam air selepas dilahirkan.

"Ramai yang bertanggapan bahawa kemungkinan bayi yang dilahirkan akan lemas di dalam air, tanggapan tersebut salah kerana bayi yang baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor," katanya.

Bagi yang menganggap geli kerana kolam akan berlumuran darah juga perlu membetulkan tanggapan tersebut kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja.

"Jadi air di dalam kolam bersalin akan bersih sahaja dan uri ibu biasanya akan dikeluarkan oleh bidan atau doktor selepas dia keluar dari kolam," jelas Dr. Kuo Hsiang lagi.

Dr. Kuo Hsiang menambah kelahiran di dalam air sebenarnya hanyalah salah satu alternatif tambahan bagi ibu yang tidak mahu menggunakan sebarang intervensi.

"Kelebihan kelahiran di dalam air hanya memberi ibu rasa relaks terutama apabila berhadapan dengan kontraksi kelahiran. Falsafah saya apabila seorang ibu mahu bersalin, keselesaan adalah keutamaan yang perlu diberi kepada mereka.

"Berdasarkan kajian saya, posisi bersalin yang paling baik untuk si ibu ialah dengan bertinggung," ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 12:25 PM | Show all posts
teringin nak beranak lam air..huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 01:30 PM | Show all posts
kene tgk movie APOCALYPTO..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 11:20 AM | Show all posts
cita2 ku nk beranak dalam air...
tp hubby kate "ala g j spital lg senang"
xde moral support lgsung...huwaaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 11:30 AM | Show all posts
aku masa first baby dulu mmg dah plan dgn gynea nak buat waterbirth.. tapi nasihat aku, jgn terlalu mengharap okeh. Ada org yang dah plan awal2 nak bersalin dlm air, tapi at the end kena bersalin czer gak sebab pelvic bone sempit (mcm kes aku la..)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2013 12:37 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 02:25 PM | Show all posts
Dr halina bini angkasawan pun bersalin dlm air..kat hospital pantai gak..ms kat anak sulung derang si bella tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 01:57 PM | Show all posts
next baby nk beranak dalam air jugak...kene kompol duit mulai sekarang walaupon taktau bila nk beranak nya tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.076273 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list