View: 3089|Reply: 10
|
Misteri Ramai Kembar di Kg Kodinhi, India -
[Copy link]
|
|
Kampung paling banyak kembar
KELAHIRAN kembar di Kodinhi dikenal pasti
secara perubatan sejak lebih 60 tahun lalu.
DI sebuah perkampungan India yang terpencil, Kodinhi di Kerala, terdapat hampir enam kali ganda kelahiran kembar berbanding purata dunia.
Kira-kira 250 pasangan kembar telah didaftarkan di kampung yang dihuni 2,000 keluarga itu.
"Berdasarkan pengalaman perubatan saya, terdapat kira-kira 300 hingga 350 pasangan kembar di Kampung Kodinhi," kata Dr. Krishnan Sribiju yang menambah, masih banyak kelahiran yang belum didaftarkan.
Sebagai doktor setempat dan pengikut setia perkembangan kelahiran kembar, Sribiju sudah menghabiskan masa sehingga dua tahun untuk mengkaji fenomena kembar kampung itu.
"Perkara yang menakjubkan adalah peningkatan jumlah kembar setiap tahun begitu banyak sehingga saya merasakan sejak 10 tahun yang lalu bilangan pasangan kembar di Kodinhi sudah berganda.
"Berdasarkan pengetahuan saya, penemuan perubatan ini bermula sekitar 60 hingga 70 tahun lalu."
Jadi mengapa ada begitu banyak pasangan kembar di kampung itu? Barisan doktor sendiri masih buntu.
Sribiju menolak sebarang cadangan bahawa ia terjadi berikutan faktor genetik atau pencemaran, memandangkan kesemua pasangan kembar di situ dilahirkan dalam keadaan sihat.
Rawatan kesuburan seperti semaian in vitro pula tidak digunakan di kampung itu kerana kosnya yang tinggi.
"Saya fikir ia ada kaitan dengan aktiviti dan makanan serta minuman yang diambil oleh penduduk kampung," kata Sribiju.
"Malah, kembar lazimnya dilahirkan wanita yang lebih berusia, sedangkan di Kodinhi senarionya berbeza. Penduduk di kampung ini kebanyakannya kahwin muda pada usia sekitar 18 hingga 20 tahun dan mereka berkeluarga tidak lama selepas itu."
************************************************************************************
..teringat cerita kembar di brazil early this year - ramai kembar juga -
kalau kawin sesama sendiri - mesti ada yang tak berapa 'sihat' sebab
kawin sesama keluarga - tapi yang ni mungkin bukan berkeluarga
so sebab tu doctor kata - genetic is out then -
interesting kalau reasons cuz of activities and f & b, eh - |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dari peringkat awal family tu memang ade anak kembar,
pastu family len pon ade genetik same,
jadinya memang la kawasan tu ramai kembar.
|
|
|
|
|
|
|
|
wahhh...ramainye kembar....dlm family sy ada 1 je pasangan kembar seiras....mmg tak ramai le....antara kwn2 sekolah & kolej pulak ada sepasang kembar tak seiras..... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 namharnimsak\ catat
tak semestinye kalo genetik ader kembar, generasi akan dtg ader kembar. btw info ni mmg bagus dari segi sains dan kesihatan. |
|
|
|
|
|
|
|
okay laa tuu...semua mende kat kg nie boleh wat 2 set...copy nyer,,,sama jer... |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh.....byk ler anak mcm nih.......
5 taun kawen...10 anak....kembar jer....mcm padi malinja..... |
|
|
|
|
|
|
|
fuhhhh...ramainya...tp misteri ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
kalu mcm 2, dua kali beranak je, dah riuh satu rumah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Takder apa yg misterinyaa... faktor pemakanan tue.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|