CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3529|Reply: 20

PROJEK BERHAMPIRAN PLAZA PHOENIX

[Copy link]
Post time 18-4-2009 10:01 AM | Show all posts |Read mode
Salam semua....
(Gambar2 berkenaan akan dipost dalam jangkamasa yang terdekat dan jika aku berpeluang untuk snap kawasan projek)

Plaza Phoenix terletak berhampiran Taman Connought, Taman Segar dan Pusat Latihan Polis serta Ibu Pejabat PGA di Cheras. Plaza Phoenix ni dulu merupakan sebuah shopping komplek yang agak masyur tetapi tidak lagi sekarang. Apa yang nak aku ceritakan kat sini ialah mengenai projek JALANRAYA lanjutan dari GRANDSAGA tu... rasa2nya macam dah terlalu lama projek jalan depan plaza phoenix tu dan sehingga sekarang masih belum siap lagi. Akibat dari itu, setiap pagi, pengguna dari arah Kajang menuju ke KL akan mengalami kesesakan yang teramat sangat yang bermula dari selepas tol RM1 tu... kadang2 kesesakan tersebut bermula dari sebelum memasuki plaza tol RM1. Bagi penunggang motorsikal, kesesakan tersebut adalah dikira baik berbanding dengan pemandu2 kereta.

Aku tak tahulah kenapa projek berkenaan mengambil masa yang agak lama sedangkan laluan tersebut merupakan laluan utama. Apa yang aku nampak sewaktu melalui kawasan projek tersebut, bilangan pekerja tu adalah kurang memberansangkan... pemerhatian melalui mata kasar aku mendapati pembinaan projek tersebut SANGAT LEMBAB... tidak macam projek membina bangunan2 perniagaan di ibu negara. Alasan kekurangan pekerja tidak boleh diterima kerana projek tersebut telah bermula agak lama sebelum kerajaan mengumumkan pengurangan pengambilan pekerja asing.

Kesesakan teruk yang berlaku adalah disebabkan permukaan jalan yang buruk. Pernah berlaku kesesakan yang teramat teruk dan apabila aku melalui jalan tersebut, rupa2nya kesan turapan di atas jalanraya itu telah mendap dan semua kenderaan terpaksa memperlahankan kenderaan masing2. Semalam pun sewaktu aku pulang dari KL, jalannya tidak rata dan lubang besar tetapi tidak dalam telah membantutkan perjalanan kenderaan dari arah KL menuju ke Kajang.

Pada aku, jika permukaan jalanraya itu bagus walaupun projek tak siap lagi, operasi perjalanan mungkin berjalan lancar. Ini tidak, projek tak siap, permukaan jalan teramat teruk. Sesiapa yang melalui kawasan tersebut mungkin akan bersetuju dengan pendapat aku nih.

Kepada pihak yang berkenaan, harap disegerakan projek penting tersebut.

Cepat siap projek, cepat dapat payment, cepat la kami sampai ke pejabat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2009 11:30 AM | Show all posts
Originally posted by JERONG_GERGASI at 18-4-2009 10:01
Salam semua....
(Gambar2 berkenaan akan dipost dalam jangkamasa yang terdekat dan jika aku berpeluang untuk snap kawasan projek)

Plaza Phoenix terletak berhampiran Taman Connought, Taman Seg ...



btol2.....
coz syer nie org kajang....
kalo nak ke kl msti akan lalu stu,jln sempit,dan mungkin akan mengudang bahaya....
agak lama proses itu dilaksanakan....
dr sye berade di sekolah rendah,smpailah skrg....da nak konvo....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2009 11:52 AM | Show all posts
fuhhh... lamanye yerk.... aku pun skrg dah jarang lalu kat situ since tol salak tu dimansuhkan.. skrg ni ikut BESRAYA ajer laa.... tp jem jugakk.... no hal la sbb kriss ada disisi sepanjang perjalan tersebut...

rasa2nya klu projek tu diberi priority, mungkin dah lama siap kott... ni musti ada masalah dalaman kann....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2009 05:25 PM | Show all posts
Uish.... baca posting jerung cam baca skrip karam singh walia... hehehe!! ko ni layak jd wartawan tv3 ni... hehehe!!

aku dok JB so tak baper tau sgt keadaan di kL... dtg KL sesekali jerk... tu pun pasal nk makan steak... hehehe!! anyway... kalu nk ckp pasal projek wat bangunan ker... wat jalan ker... wat jambatan ker... aper2 jer laa... kat msia ni aku tgk mmg LEMBAB sket... bukan nk puji negara org... tp negara tempat aku keje ni... cepat jerk projek siap.... pastu siap ngan kualiti... bukan siap cincai2 jer.... kat msia ni ntah laa... susah nk ckp... hmmm... tp walau camner pun.... aku tetap nk tunggu posting mammavoque... hehe!
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 08:32 AM | Show all posts

Reply #1 JERONG_GERGASI's post

aku amat2 setuju dgn apa yg ko criterkan tu JG.....laluan tu ( selepas Tol Grand Saga RM1 dr Kajang Menghala Ke KL ) merupakan laluan harian aku.....kalau xsilap aku....projek pembinaan meluaskan jalan tu dah masuk tahun ke3 atau ke4 ...tp x siap2 kekdahnya..:@ :@ :@ :@ :@ :@

Dan laluan tu...kalau hari2 keje...start dr pukul 6.45 am dah mula jem teruk.....dan jem tu bertambah teruk start dr kul 7.15....bygkan..lepas tol tu dah jem...jarak kete dr bumper ke bumper....Motor pun mmg susah bangat nak lepas....walaupun laluan alternatif dibuat dimana kete boleh melalui jalan bertentangan ...tp trafik jem yg teruk masih tak dapat dielakkan....

ye lah....laluan dr 8 lane....bertukar mejadi 5 lane...dan seterusnya 3 lane...dgn lencungan yang dibuat....trafik Jem mmg tak dapat nak dielakkan....pembinaan yg terlalu slow...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2009 09:45 AM | Show all posts
MEDTAMANG - wartawan erkk.... hehehehe

MEDMRU - thanks BRO....

ermmm... kalu dapat byk feedback pasal topik nih, leh la aku forwardkan ke pejabat PM kott...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2009 10:06 AM | Show all posts

Reply #6 JERONG_GERGASI's post

Errrrrr...lg satu kan JG...ko pasan tak ada projek baru nak bukak.....pasan tak ada satu hutan sebelah kiri jalan tu yg dah gondol...sbelah maktab Polis tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2009 11:07 AM | Show all posts
perasan.. dia nak wat ape pulak tuh.....

petikan utusan online:
ARKIB : 26/12/2008
Jalan Cheras bebas sesakOleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR


LUAS... Jalan Cheras yang sudah dilebarkan kepada empat lorong memberikan kelegaan kepada pemandu kerana tidak perlu lagi mengharungi kesesakan yang teruk .
- Gambar ZAINI HUSIN

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Jalan Cheras dan Jalan Loke Yew merupakan antara jalan yang sering sesak di ibu negara berikutan jumlah kenderaan yang meningkat menggunakannya setiap hari.
Suka atau tidak, penduduk yang menggunakan laluan tersebut terpaksa keluar rumah awal bagi memastikan mereka sampai tepat pada waktunya di tempat kerja.
Berdasarkan statistik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sebanyak 77,900 kenderaan menggunakan laluan itu setiap hari menuju ke pusat bandar pada waktu pagi dan pada waktu petang pula, sebanyak 55,600 kenderaan menggunakan laluan itu.
Jalan Loke Yew sebelum ini hanya mempunyai dua lorong sehala dan ternyata jumlah itu tidak mampu untuk menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah setiap hari.
Keadaan itu memaksa DBKL menambah satu laluan tambahan pada setiap pagi menggunakan laluan dari arah bertentangan yang kurang digunakan kenderaan pada waktu tersebut.
Langkah itu merupakan sebahagian daripada tindakan proaktif yang diambil oleh DBKL untuk membantu melancarkan pergerakan kenderaan tetapi ia tidak menyelesaikan masalah sesak itu sepenuhnya.
Akhirnya, DBKL mengambil keputusan menambah baik beberapa bahagian kritikal di Jalan Cheras dan Jalan Loke Yew menerusi projek melebar dan membina susur keluar yang baru.
Terdapat tiga skop berasingan diberikan penekanan dalam projek melebarkan Jalan Loke Yew itu antaranya, membina jambatan baru susur keluar ke Jalan Chan Sow Lin, menaik taraf empat jambatan daripada dua lorong kepada empat lorong dan membina jalan bawah dari Taman Miharja menyeberangi Jalan Loke Yew.
Projek berkenaan menelan belanja sebanyak RM70 juta dan dibiayai sepenuhnya Kerajaan Pusat serta DBKL.
Pembinaan projek tersebut dimulakan pada September 2004 dan siap sepenuhnya pada Oktober lalu.
Pengarah Jabatan Kerja Awam DBKL, Ir. Siti Saffur Mansor berkata, terdapat empat lagi projek pembangunan yang sedang dilaksanakan sebagai usaha untuk mengurangkan kesesakan trafik di Kuala Lumpur terutamanya di sekitar Cheras menghala ke ibu kota.
Jelasnya, kelima-lima projek pembangunan itu bernilai RM300 juta dan kesemuanya dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat dan DBKL.
"Empat pakej projek berada di jajaran yang sama bermula dari Jalan Loke Yew menghala ke Jalan Cheras hingga ke jalan keluar dan masuk ke Taman Len Seng.
"Secara amnya projek tersebut dilaksana untuk tiga tujuan utama iaitu menambah baik kapasiti lalu lintas sepanjang Jalan Cheras ke pusat bandar, menjadikan aliran bebas laluan pergi dan balik untuk laluan berkenaan dan menyuraikan trafik ke kawasan-kawasan perumahan yang berada di sekitar Jalan Cheras," katanya.
Beliau memberitahu, keseluruhan projek berkenaan dilaksanakan bukan sahaja untuk menangani kesesakan jalan raya tetapi juga untuk menyediakan kemudahan jalan raya yang seiring dengan kepesatan pembangunan Kuala Lumpur.
Selain itu, DBKL juga sedang menaik taraf Bulatan Jalan Cheras berhampiran Velodrom Kuala Lumpur sebagai langkah untuk menangani masalah pertembungan antara jalan-jalan yang berlainan arah pada waktu puncak.
DBKL juga sedang menaik taraf laluan motosikal dan juga akan membina jejantas pejalan kaki yang bersifat mesra orang kurang upaya (OKU).
Projek tersebut telah mula dibangunkan pada Mei tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada November tahun depan.
Selain itu, DBKL juga telah membina persimpangan bertingkat di Jalan Cheras menghala ke Taman Taynton melalui Taman Segar bagi mewujudkan aliran bebas trafik di kawasan berkenaan.
Projek yang menelan belanja RM60.5 juta telah mula dibuka untuk lalu lintas pada Disember 2006.
Seterusnya, kata beliau, ialah projek pembinaan persimpangan bertingkat di persimpangan Jalan Cheras ke Taman Len Seng iaitu di hadapan Plaza Phoenix yang dijangka siap sepenuhnya untuk kegunaan orang ramai pada penghujung 2009.
Siti Saffur berkata, projek berkenaan juga mengandungi dua jalan bawah (underpass) yang menghubungkan Jalan Cheras dari arah Batu 9 terus ke Taman Connought dan tiga jambatan bertujuan mewujudkan aliran bebas trafik untuk penduduk yang menggunakan laluan itu.
Beliau menjelaskan, projek tersebut dijangka mampu untuk memberikan kesan positif kepada aliran trafik di kawasan itu apabila ia siap sepenuhnya.
"Bagaimanapun DBKL sedang menghadapi sedikit kesukaran untuk menyiapkan laluan underpass di kawasan berkenaan kerana terdapat bongkah batu yang besar yang perlu dipecahkan bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan dijalankan.
"Tetapi DBKL hanya boleh melakukan kerja-kerja berkenaan hanya pada waktu tengah hari kerana ia melibatkan proses meletupkan batu berkenaan dan ia merupakan antara masalah kenapa laluan di hadapan Plaza Phoenix masih lagi sesak sehingga ke hari ini," katanya.
Projek terakhir DBKL adalah melibatkan pembinaan jalan sambungan dari Taman Alam Damai ke Lebuh Raya Perhubungan Timur-Barat di Cheras sepanjang tiga kilometer.
Jalan tersebut merupakan alternatif bagi menyuraikan lalu lintas dari Taman Alam Damai dan kawasan perumahan sekitarnya ke Lebuh Raya Perhubungan Timur Barat, Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Bandar Tun Razak sebelum ke pusat bandar.
Beliau berkata, kesemua projek berkenaan akan disiapkan secara berperingkat-peringkat mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
"Setelah projek terakhir siap pada penghujung 2009, orang ramai akan menikmati aliran bebas lalu lintas Jalan Cheras secara total dan dijangka tiada lagi masalah lalu lintas kepada para pengguna di kawasan itu," katanya.

aku rasa jln loke yew yg dekat dgn bulatan tun razak tu lagi cepat dr projek kat phoenix nih.... klu aku silap, tolong betul kan yerk....

[ Last edited by  JERONG_GERGASI at 20-4-2009 11:18 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2009 11:18 AM | Show all posts

Reply #8 JERONG_GERGASI's post

aku rasa dia nak wat taman perumahan baru kot...takpun...Maktab Polis tu diperbesarkan....

Aku rasa...mende tu pun menyumbang ke arah kesesakan jalan gak nanti....ye lah...lori kuar masuk...pehtu dgn segalam Jalan rosak dan berlubang....dan tentu kete pun slow je...akibatnya ...trafik jam lah...

Siyes JG...aku mmg nyampah tul ngan trafik jem kat situ...cuma rasa lapang kalau ikut jalan tu hari Sabtu ( pagi ) ...tenang dan lapang jerkkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2009 11:22 AM | Show all posts
hari sabtu lapang ker jalan tuh .... macam sama jerkk..... hari ahad je ok kott jln tuhh....
klu la dia wat perumahan, ermmmm bertambah la pengguna jalanraya....
klu dia wat macam terowong smart pun ok kat situ..
dengan syarat, kerajaan dapat banyak duit la....

p/s: JANGAN LUPA BAYAR CUKAI, dah nak due dah nih... hehehehe   (pesanan ikhlas dari JG )
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 11:36 AM | Show all posts

Reply #10 JERONG_GERGASI's post

Sabtu Pagi JG.....dlm kul 7.00 am cam tu...mmg lapang wo....tapi masuk t/hari...mmg dasat jem nya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 12:43 PM | Show all posts
biasanye kalo dah lame tertangguh ade la yg songlap duit nih.... ...hb aku skang nih pun ade problem duit ngan satu kampeni nih...datin nih (owner da kampeni) wat pelari duit 1.2bil...kekdahnye...:@ :@ projek patut siap last year...tp dpt tempoh tambahan smpi bulan 6taun nih...mampus pement hb aku x dpt2 lagi...aku sbg batu api merangkap penjaga kewangan dah pesan kat hb aku...pement x dpt jgn p wat keje...kang nganga jek penat jek dpt..duit harem jadah....hampun ler aku op topik JR

suke tul aku op topik nih ...tp berkaitan gak psl kegagalan menyiapkn projek pd ms yg telah ditetapkn...aku kompom la duit dah abeh wat joli pastuh tinggal utang jek la..biasanye gomen bayo berperingkat kalo owner of da projek is gomen....nih misti kampenih yg dpt projek nye hal...joli katak pastu mati kene lenyek....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 02:05 PM | Show all posts

Reply #12 mammavoque's post

tu arr mamma...projek tak le sebesar mana kat Plaza Phoenix ni...tp makan tahun2 ....kalau 1-2 tahun takper le sgt...ini lebih dr 3 tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 03:02 PM | Show all posts
Originally posted by medangmru at 22-4-2009 02:05 PM
tu arr mamma...projek tak le sebesar mana kat Plaza Phoenix ni...tp makan tahun2 ....kalau 1-2 tahun takper le sgt...ini lebih dr 3 tahun...



projek2 wat2 jalan bagai nih bajet beso med...kwn hb aku siap suh apply lesen B kontraktor sbb dia leh tlg dptkn projek...kompom dpt projek sbb dia jaga bab nih...aku yg x kasi sbb byk pakai duit dan perlu pakai pekerja yg ramai gak...bukan senang nak handle..tambah2 bukan bidang hb aku kerja wat jalan atau constraction nih...aku ngan hb aku polak jenis x nak amek risiko smpi jatuh pd tamak..semua mende nak tp x leh nak buat...tuh leh bg bad reputesen kat hb aku...tang tuh aku mmg jaga...


ala med...aku yakin la duit dah abeh nih..jd projek terbengkalai la..peh tuh gomen kene kuar tender lg atau direk nego...kene gune duit lagi..dan lagi.... kalo projek x beso ape masalah yg smpi bertaun x siap...biasa kalo kes cam nih... kes yg sll jd la..sbb gomen dah cukup baek kekdg bayor upfront gtu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 04:03 PM | Show all posts

Reply #14 mammavoque's post

sedey kan....rakyat jugak yg kene tempias nyer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2009 05:53 PM | Show all posts
tunggu la ada pilihanraya kecil kat area tuhh... gerenti cepat siap.... huhuhuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2009 04:53 PM | Show all posts
Originally posted by JERONG_GERGASI at 23-4-2009 05:53 PM
tunggu la ada pilihanraya kecil kat area tuhh... gerenti cepat siap.... huhuhuu




pilihanraya beso baru jek lepas JR....kalo yg beso pun x membantu..yg kecik salur kat poster2 ngan cari org2 susah jek...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 03:45 PM | Show all posts
tensen je everytime lalu jalan tuh

line2 oren ada yg takdak.. menyampah betul..

pastu kalo datang dari taman connought nak ke kajang...takde la dia nak letak temporary signboard ke kata pertukaran exit.. iyelah.. minggu sbelum tuh belah kanan ke kajang..alih2 minggu ni exit belah kiri lak ke kajang.. takdok signboard awal2 nak inform arah... banyak kali la nampak kereta tersadai kat tgh divider..tgh confuse arah mana nak pegi

accident prone betul simpang tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 11:47 AM | Show all posts
Cuma minggu ni aku perati dan dibuat pembesaran jalan kat situ.....tak lama lagi 2 lorong akan dibukak dan harap2 akan krgkan kesesakan kat sana...dua2 arah tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2009 02:48 PM | Show all posts
betul tu medang..... jalan menghala ke kajang depan phoenix tu sudah diturap dengan indah..... tak lama lagi jadi lurus la gamak nye jalan tuh...... skrg ni pun, lencongan yg menghala ke kajang tu, BAHAYA laaaa....... banyak kete makan jalan..... bikers macam aku ni la yang jadi mangsa rakusan mereka.... hahahhahaha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.105176 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list