CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15265|Reply: 33

Ilmu tundukkan suami

[Copy link]
Post time 5-4-2009 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Minum darah haid  Oleh FUAD HADINATA YAACOB
  [email protected]




KUALA LUMPUR: Seorang isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan cecair yang dikatakan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.

Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah Allah) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.

Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu,ia yang dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup di dalam minuman suami.

Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.

Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.


Dia yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.

Katanya,dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan dirumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.

“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jad imalas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.

“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasi lpencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang diasimpan rapi di dalam sebuah kotak.

“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya.

Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apacara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya.

Halim berkata, dia ada bertanya isterinya mengapa sanggup berbuatdemikian, tetapi seperti diduga wanita itu menafikan dia melakukanperbuatan berkenaan.

“Menurut sepupu saya, sebelum kami berkahwin lagi isteri saya sediakan sejenis air untuk saya yang tidak diketahui tujuan. Rakan yang pernah datang ke rumah kami juga berasa tidak sedap hati apabila hendak masuk.

“Apabila saya bertanya isteri, dia tak mengaku dengan memberi pelbagai alasan. Saya tidak tahu mengapa dia sampai hati menyihir saya,” katanya.

Menurut Halim,akibat perbuatan isteri, kerjayanya sebagai perunding dana amanah terjejas sehingga bayaran bulanan rumah tertunggak sembilan bulan.

Hutang kad kredit juga bertimbun, manakala keretanya hanya menunggu masa untuk ditarik kerana ansuran bulanan tidak dijelaskan.

“Kerja saya terjejas teruk. Jika dulu pendapatan mencecah RM20,000 tetapi sekarang jauh merosot, malah pernah dapat tidak sampai RM2,000sebulan. Apabila hendak jumpa orang, saya malas pergi apabila tiba masanya.

“Sebaliknya isteri saya yang bekerja bidang sama mampu memperoleh RM20,000 ke RM50,000 sebulan, malah dalam bidang ini dia terkenal antara yang berjaya mencatat perolehan tertinggi,” katanya.

  Halim berkata, apabila keadaan itu berlaku isterinya hidup dalam serba kemewahan, tetapi dia sebaliknya.

“Apabila isteri hidup dalam keadaan bertuhankan duit, dia mula berubah,rasa diri hebat, bongkak, meninggi diri serta sombong. Saya seperti orang suruhan dia. Begitupun sebagai suami, saya masih menjalankan tugas dan tanggungjawab saya,” katanya.

Menurutnya, selepas mengetahui dirinya disihir, dia menemui empat bomoh, termasuk pakar perubatan Islam, untuk membuang sihir berkenaan.

“Ada yang saya jumpa beritahu, saya sudah lama kena (sihir). Melalui seorang ustaz,saya diberitahu, dalam satu tangkal, isteri saya menggunakan darah haidnya manakala tangkal lain menggunakan minyak kelapa, kertas wafak yang didakwa ada jin serta tulisan jampi serapah. Ada juga memberitahu,tangkal itu dihasilkan daripada air mani gajah,” katanya.

Menurutnya, tangkal berkenaan diserahkan kepada pengamal perubatan Islam untuk ‘dimatikan’ sihirnya dan dia kini masih mendapatkan rawatan pemulihan berterusan.

“Saya masih sayangkan isteri demi anak kami yang berusia tiga tahun dan dia pula kini mengandung tiga bulan.Malah kami masih tinggal bersama meskipun tidak sehaluan.

“Namun, melihat isteri semakin jauh menyimpang, saya tiada pilihan selain memfailkan permohonan nusyuz di mahkamah dalam masa terdekat,”katanya.

Halim yang berharap akan pulih segera daripada ilmuhitam itu merancang membina kembali kerjayanya, selain hidup dalam keadaan tenang dan bahagia.

[ Last edited by  Syd at 5-4-2009 12:20 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2009 12:16 PM | Show all posts
mana laa dorang dapat air mani gajah nih?

ada jual ke?

sebotol berapa?


aku tgh dok bayangkan..mcm mana nak dapatkan benda alah tu

nak ckp amek waktu gajah mengawan, tak mati kena rogol ngan gajah tu..mmg confirm kena pijak...

abes tu...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2009 12:17 PM | Show all posts
mmg ada dgr pasal kasi laki tedarah darah head ni...yucks!!

tu blom lagi nasik kangkang laaa (itu taik kasik wap sama nasik nak kasik laki makan)

ntah memacam stail lagi laaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 12:36 PM | Show all posts
disgusting mmg laknat la pompuan nie
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 12:39 PM | Show all posts
masa baca pagi tadi, baru je lepas sarapan....
terus kembang tekak, baru baca je tu.......
sapa le u\yang zalim sgt buat org cam gitu.....
dasar iblis nyer makhluk
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 12:42 PM | Show all posts


cane la orang sampai hati nak wat kat orang len camtu..

huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2009 12:45 PM | Show all posts
ieewww kotornya,,dosa besar satu hal...
baca separuh je,
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 12:45 PM | Show all posts
kan da ader thread nih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2009 05:20 PM | Show all posts
Syd...................

Muntah ijauuuuu !!!!!!!!!!!!!1
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 05:34 PM | Show all posts
dok egk darah sendiri pun aku tak tahan, macam mana ler si suami tuh boleh minum darah tuh ek? dia tak rasa apa2 ker? bau busuk ker?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 06:02 PM | Show all posts
isteri ni tak takut balasan ker.

nikmat dunia hanya sementara .

ada lagi nikmat yang lebih kekal.

darah haid
mani gajah
uwekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk......
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 06:13 PM | Show all posts
Darah haid rasa dia macam sos ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 06:33 PM | Show all posts
halim? forumer board nie?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 11:20 PM | Show all posts
kotor laaa...eiiiiiiiiiiii....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 11:45 PM | Show all posts
adeh x bau hanyir ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 11:47 PM | Show all posts
teruk betul la pompuan ni
menakutkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2009 12:07 AM | Show all posts
air mani gajah katanya



揗ani Gajah Putih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2009 01:40 AM | Show all posts
arian Metro : Sampai hati isteri
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Amir Abd Hamid
[email protected]

KUALA LUMPUR: Marah kerana suami 慴uas
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 08:04 AM | Show all posts
gile betul laaa
sanggup bersekongkol ngn setan tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 08:25 AM | Show all posts
Nauzubillah...mintak dijauhkan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.090828 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list