CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 34436|Reply: 28

Bayi kembung perut

[Copy link]
Post time 20-2-2009 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Bayi kembung perutBagaimana menangani gejala yang lazimnya berlaku di kalangan bayi?



SATU perlima daripada bayi akan mengalami kembung perut.

SI manja yang asyik meragam dan menangis sepanjang hari pastinyamenimbulkan kebimbangan si ibu. Walaupun cuba dipujuk berkali-kalidengan memberi susu, namun tangisannya masih berterusan.

Keadaan itu mungkin disebabkan si manja berasa tidak selesa sama adalapar, membuang air besar, lampin yang basah atau ingin dibelai.

"Tetapi, jika tangisannya berbeza daripada biasa seperti menjeritdengan wajahnya berubah menjadi merah, perut kembung dan kakinyaditarik ke bahagian perut sehingga tangisannya tidak reda selepasdibelai serta kerap mengeluarkan angin, kemungkinan besar dia mengalamikembung perut atau colic.

Begitulah penjelasan Profesor Pediatrik, Kolej Universiti SainsPerubatan Cyberjaya (CUCMS ), Datuk Dr. Musa Mohd. Nordin kepada Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Musa, seperti kebanyakan penyakit lain punca sebenar kembung tersebut masih belum diketahui.

"Tiada satu rawatan yang mutlak. Mungkin disebabkan terdapat udaraberlebihan di dalam usus, kecutan otot-otot usus ataupunketidakmatangan urat saraf di bahagian usus.

"Malah, bagi bayi yang minum susu ibu, ia mungkin disebabkansensitiviti atau alahan terhadap apa yang dimakan si ibu," jelasbeliau. Kata Musa, bayi akan berhadapan dengan situasi kembung perut diantara pukul 6 petang hingga 12 malam.

Bagaimana dengan gejalanya? "Ia terjadi sewaktu bayi berusia tigaminggu selepas kelahiran dan mungkin berlanjutan sehingga bayi berumurtiga bulan.


"Kebiasaannya, satu perlima daripada bayi akan mengalami kembung perut antara dua hingga empat minggu.

"Kembung perut akan hilang apabila bayi berumur tiga bulan," jelas Musa.

Bagi mengatasi simptom kembung perut agar tidak berlarutan sehinggalewat pagi, ibu seharusnya mengelakkan produk-produk yang bolehmerangsang kembung perut.

"Jika ibu memberi susu badan, cuba elakkan produk yang mengandungikafein. Seeloknya, berilah bayi minum susu ibu kerana ia merangsangtumbesaran otak bayi.

"Jika ibu memberi bayinya susu formula, mereka seharusnya menukarnyakepada produk tanpa susu lembu seperti susu soya atau formula HAhypoalergenic.

Katanya, ibu bapa masa kini tidak didedahkan secara terperincimengenai kaedah terbaik sekiranya berdepan dengan gejala tersebut.


KEMBUNG perut mungkin disebabkan  udara berlebihan.


MUSA MOHD.  NORDIN


BAWA bayi anda berjalan seperti kanggaru bagi melegakan keadaan dirinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2009 11:24 AM | Show all posts
gambo pertama tu bukan bayi kembong perot, tu gambar bayi mati ... tengok la mukanya tu .... lidah pun dah nak terjelir
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 10:59 AM | Show all posts

Balas #2 joe_sniper\ catat

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 03:31 PM | Show all posts
klu pas susukan baby, gosok perlahan2 belakang baby bg dia buang angin
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 10:59 AM | Show all posts
Ada petua org tua kata angkat baju baby dr jemuran sblm senja. sbb klu baju tu berembun, baby akan kembung.

Letak minya angin di perut, betis n tapak kaki. Dan sedikit di ubun2.

Ini yg saya amalkan masa anak me baby dulu. Alhamdulillah anak me jarang kembung perut.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 08:12 AM | Show all posts

Balas #2 joe_sniper\ catat

sempat lagi nak wat lawak     
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2009 08:16 AM | Show all posts
nie petua saya lak ambik minyak angin gosok kat perut bayi sekitar pusat tu then sapukan baby powder kat area perut tu insyaallah baik le kembung perut tu nanti.kalau anak2 saya 2 org dah n yg baru 2 bln nie pun saya amalkan macam tu mmg mujarab.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 05:09 PM | Show all posts
petua dari emak dan abah....sapukan minyak di betis bayi..dah urut2kan selepas mandi..insyaaLLah..takkan kembong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2009 07:51 AM | Show all posts
letak minyak yuyi kat tapak kaki,punggung cikit,betis n perut...n mummies elakkan makan makanan yg sejuk,dr tumbuhan yg menjalar or berminyak..elakkan tea nih..buat kembung..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2009 11:24 AM | Show all posts
betul tu letak minyak yuyi kat tapak kaki, perut, punggung, betis, and belakang sket....
tiarapkan bayi.... gosok-gosok belakang.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 01:51 PM | Show all posts
anak ummi dh setahun..masih alami colic yg agak teruk..dh hbs idea dibuatnya...dh pg urut .n tukar susu..masih kembung lg..lately nie rasanya dia kembung sbb nk tumbuh gigi....kesian si ammar
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 06:00 PM | Show all posts
saya anak pertama hari2 kembung tak kira masa petang, malam, tengah malam sampai ke pagi pun ada. memang penat sgt. masa tu saya tak tahu apa2.
anak kedua saya jadikan yg pertama sebagai pengajaran selalu berdoa supaya anak tak kembung masa lahir
nanti.. fobia laa.. takut tau..

syukur anak kedua tak kembung langsung dlm pantang.. senang sgt jaga tak mcm yg pertama..
cara saya setiap kali bagi susu pastikan jgn sampai kering takut dia hisap angin yg last2 tu. kedua
mesti sendawakan setiap kali lepas menyusu. yg ni mesti wajib kalau tidak kembunglah perut dia.

lepas mandi sapu minyak baby oil amway.. minyak ni wajib pada saya.. pada perut, belakang, betis dan
lepas pakai baju kayuhkan kaki mcm bawa basikal tu dlm 5-6kali berkayuh masa dia berbaring.
bukan apa nak bagi usus dia bergerak supaya angin lancar nak keluar.. itu jerlah cara saya. mcm2kan
idea supaya anak tak kembung.. hehe

ni skrg mengandong lagi.. mengenangkan anak pertama kembong hari2 takutlah rasanya nak
jaga anak yg ke-3 ni plak.. apala ragam lepas..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 04:53 PM | Show all posts
Salam sumer... Kesian tau kalau bb kembung nih, biase yg saye buat/amalkan :

1. Kalau ibu menyusukan anak, pemakanan haruslah dijaga. contoh : air sejuk takle minum, makanang yg berangin tak leh main bedal jerk.
2. Baju, lampin, kain2 kepunyaan bb jangan dibiarkan tersidai / berembun di luar (lau tak kering bawak masuk dlm rumah yer)
3. Orang yg hendak memegang/menjaga bayi haruslah tidak terkena hujan, apatah lagi si ibu.
3. Tuam kan bb selepas mandi dibahagian perut, pinggang, tapak tangan & kaki. Kalau bb boy tuam sekali bahagian kemaluan utk megelakkan angin pasang.
4. Sapukan minyak yu yi atau telon dibahagian perut, pinggang, betis/pelipat kaki, tepi dan bahagian tapak kaki setiap kali menukar pampers atau lampin.
5. Kalau bagi bb menyusu dalam botol, make sure jgn biar dia hisap bila susu dah habis.. angin/udara leh masuk dalam badan dia.. susu juga salah satu penyebab kembung perut ni, biasenya pakai susu soya utk elakkan kalau bb selalu kembung.
6. Sendawakan bayi setiap kali selepas minum susu, urutan lembut bahagian belakang bb bagi susu tu lalu dan angin keluar.
7. Kalau rase susah/lambat baik, bagi dia minum ubat dentinox.. sejenis sirap utk rawatan bb yg kembung, boleh campur dgn susu atau bg camtu jer.. ade dijual di farmasi

Takat ni tu lah yg diamalkan... alhamdulillah bb susah dapat kembung ni...

[ Last edited by  rose_adik7 at 13-4-2009 16:56 ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 03:54 PM | Show all posts
anak ku pun selalu kembong..memang kesian..kata org guna daun sirih letak kat pusat baby...agak mujarab la..doktor pulak suh beli gripe water..tu lagi mujarab..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 10:06 AM | Show all posts
anak sy jarang jgk kembung...(agaknye la..sbb x nangis..nangis nk susu jer..).. tp dia mmg kuat & slalu kentut.. pantang menggeliat atau angkat kaki mesti ader bunyi boom.. kuat lak tu... semua org gelak...  tp kdg2 risau jgk...mcm banyak angin jer bdn dia..sbb asyik kentut..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 04:17 AM | Show all posts
selalu nya aku buat

tuam perut kaki dan belakang lepas mandi kemudian sapu minyak telon. bagi dia gripe water.
urut perut dia sambi seawat 3 kali doa jgn dia kembung. kalau dia kembung sapu minyak dan urut kat betis dan belakang aku tak tahu kenapa tapi it always works dan tak nangis lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2009 08:42 AM | Show all posts
Anak aku pun selepas mandi aku tuamkan perut, kaki,belakang badan then letak minyak telon. Alhamdulliah kedua-dua anak aku x pernah kena kembong sampai diorng besar.

Aku juga x bagi diorang isap puting kopek since dari baby. Mak aku ckp x elok. Ntahlah aku ikut cakap mak aku je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2009 02:44 AM | Show all posts
anak aku dua2 sejak lahir, aku sapu minyak kayu putih (petua mak aku)... tiap kali tukar lampin tau lepas mandi, sapu ckit... memg dia akan selalu kentut... itu baik sebab kluarkan angin dlm badan dia, so dia x kena kembung perut
alhamdulillah, anak2 aku x de la msalah kembung2 perut ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 12:16 PM | Show all posts
selalu akak tuam perut bb, belakang, ari2 bb, betis, tapak kaki & celah2 lipatan.. lepas tu sapu minyak (tak kira la minyak apa yg u all guna.. yg penting utk bb).. kalau bg susu badan, maknya x leh makan sebarangan yg angin.. kalau isap botol, jgn biar bb isap botol kosong.. berenti isap bila susu tinggal sikit dlm puting.. jgn sampai abis semua. sendawakan bb selepas menyusu... mcm ni la selalu akak buat sampai hari ni.. skg umar dah 3 bulan lebih.. jarang dia kembung, kalau npk dia kembung sikit walau pun x nangis.. cepat2 bg gripe water...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 09:26 AM | Show all posts
aku pernah gi berubat ngan bidan kg...katanya...jgn sesekali bagi baby kita tu minyak YUYI tu..buatan cina satu hal..lagi satu katanya ada satu akar kayu yg tak SERASI ngan baby buat lagi perot baby makin kembong + kuat nangis=lagilah kembung2...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.081734 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list