CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7407|Reply: 75

All about Isu FT merajuk, berehat, bersara whatsoever

[Copy link]
Post time 19-1-2009 11:55 AM | Show all posts |Read mode
Faizal nekad bersara menyanyi?  
      Oleh WAHIDA ASRANI


TATKALA peminat-peminatnya gembira dengan kemenangan manispenyanyi popular ini di malam Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) malamtadi, cukup mengejutkan apabila Faizal Tahir meluahkan hasratnya dihadapan media berkemungkinan untuk mengundurkan diri dari bidangnyanyian.

Satu keputusan yang pastinya akan menimbulkan ketidakpuasan hatipeminat-peminatnya selepas ini, andai kata Faizal nekad dengankeputusan itu.

Masakan tidak, karier seni penyanyi berusia berusia 30 tahun ini memang dilihat sedang memuncak naik.

        Mungkinkah AJL23 yang terakhir buat Faizal?


Malah kegagalan beraksi pada Anugerah Juara Lagu tahun lalunampaknya berjaya ditebus semula oleh Faizal apabila dia berjayamengaut tiga kemenangan menerusi lagu dendangannya, Sampai Syurga iaituVokal Terbaik, Persembahan Terbaik dan juara kategori Balada pada AJL23yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Lagu ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Faizal sendiri itu merangkulhadiah wang tunai RM12,000 dan trofi bagi kategori Balada manakalapenyanyi itu juga turut memenangi RM10,000 bagi Vokal Terbaik danRM10,000 lagi bagi Persembahan Terbaik.
Sambil erat memegang tiga buah trofi kemenangannya itu, Faizal akuihasratnya itu mungkin tidak dipersetujui oleh penyokong-penyokong yangtidak putus-putus memberi sokongan sepanjang kira-kira dua tahun diamenyusuri industri hiburan.

Namun, tutur penyanyi berusia 30 tahun ini, dia mempunyai alasantersendiri untuk berbuat demikian dan bagi memastikan keputusannya itutidak akan disesalinya kelak, Faizal bercadang untuk 'berehat' sebentardari bidang nyanyian dan berfikir tentang halatuju karier seninya itu.

"Bukan disebabkan merajuk. Saya tidak ada sebarang masalah denganindustri ini malah saya cukup gembira dengan arah perkembangan muzikMalaysia sekarang ini.

"Hasrat saya ini memang sudah lama saya fikirkan. Tidak ada sesiapapun yang mempengaruhi niat saya ini. Susah untuk saya jelaskan di sini,tetapi apa yang boleh saya katakan, usia saya bukannya masih muda lagi.Saya ingin berehat.

"Banyak perkara yang ingin saya lakukan. Saya ingin beri lebihtumpuan kepada keluarga serta beberapa perkara lain. Kalau ada yangperasan, sebelum AJL pun saya agak 'diam' juga, kerana masa saya memangbanyak dihabiskan di rumah bersama anak-anak dan isteri.

"Tetapi, perkara ini masih belum saya bincangkan dengan pihakpengurusan lagi dan saya sendiri belum putuskan arah karier seni sayaini.

"Saya mungkin akan bercuti panjang dari bidang nyanyian terlebihdahulu...mungkin untuk beberapa bulan untuk saya pertimbangkan sama adaterus bergerak sebagai penyanyi atau tidak," kata Faizal yang sedangmenantikan kelahiran cahaya mata ketiganya bulan hadapan.

Tutur Faizal lagi, meskipun kelak dia nekad untuk meninggalkankarier nyanyiannya, dia tetap akan berada di dalam industri muzik danmeneruskan kerja-kerja di belakang 'tabir'.

"Minat saya tetap dalam bidang muzik. Bukan bermaksud jika sayatidak menyanyi lagi, saya memang akan terus tinggalkan bidang ini.Banyak perkara yang ingin saya capai dalam arena ini.

"Saya rasa, banyak sudah pengalaman yang saya kutip selama dua tahunsebagai penyanyi. Kalau boleh, saya ingin teruskan dengan kerja-kerjabelakang tabir seperti penciptaan lagu dan lirik," jelas Faizal sambiltersenyum.

[ Last edited by  JAY-Z at 26-1-2009 03:04 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2009 12:01 PM | Show all posts
xkn merajuk kot..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 12:06 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

ngengada je nih...nak kena babab.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 12:14 PM | Show all posts
baru 2 tahun jadi penyanyi dia kata dah lama & dah cukup kutip pengalaman....itu belum tolak 3 bulan kerja mal
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 12:16 PM | Show all posts
sorry...typo error

kerja amal ye....bukan kerjakan si mal
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 12:21 PM | Show all posts

Balas #1 Syd\ catat

ok lah...berenti..klu lama sgt menyanyi nanti wat mnambah dosa dia dan org yg mgutuk dia jer... ....
mcm citi & mawi..ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-1-2009 12:21 PM | Show all posts

Reply #6 khoirulfatihin's post

tak nyanyi

nak makan apa?

hehe

dalam industri nih, lagi ko kena kutuk..maksudnya ko makin laku
mesti ada job

sbb orang sentiasa nak tunggu citer ttg hang

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 12:24 PM | Show all posts
gimik..gimik..gimik

pooodaahhh!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2009 12:25 PM | Show all posts
bukan alasan pasai tewas juara lagu kowt..maybe personal matters...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 12:26 PM | Show all posts
BYE..BYE..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 12:27 PM | Show all posts
baguslah kalau niat dia nak berenti nyanyi....dah tak sesuai umur2 cenggitu terkinja2 atas pentas...anak2 kat umah tercangak tgk bapak dgn mata bercelak bagai, kuku itam, baju kilat2, rambut gerbang2, nyanyi lagu cintan...aduh...tak sesuai....
pulak tu org asik dok kata...penyanyi nasyid jadi gitu...

so aku puji usaha mu..at least ada kesedaran...undur sebelum terlajak dan terjerumus...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 12:35 PM | Show all posts
YES...ITU YANG KU TUNGGU...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 12:38 PM | Show all posts
aik, masuk juara lagu karoke jamban pun nak ngajuk ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 12:42 PM | Show all posts
jgn kata dia ngade2.....dia mesti ada sbb yg kukuh...apapun tahniah to faizal tahir...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 12:43 PM | Show all posts
dia berhenti nyanyi banyak lagi peluang yang menunggu tapi klau mawi berhenti nyanyi (dah lah suara macam s**l) memang bungkuslah
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 12:44 PM | Show all posts
sukanya korang ni ek... alamak tak menjadi ler kelab anti ft tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2009 12:55 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post


Tak abih-abih nak attention

Berenti terus la Ft wei, jadi penjual shampoo
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 12:55 PM | Show all posts
itu keputusan dia.. xperlah.. tp sayanglah bg industri music kehilangan bakat hebat bertaraf superstar
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 12:57 PM | Show all posts
Ala mamat ni suka buat isu......takut hilang glamer kot....dah cukup kaya ke dia tak nak nyanyi.......lain kalu dah ada steady company berbelas-belas buah..........
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 01:01 PM | Show all posts
bukan apa, ni mesti nak test tengok ada tak peminat yang pujuk jangan berhenti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.122464 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list