CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30768|Reply: 241

LAGENDA : Julia Juli

[Copy link]
Post time 5-12-2008 12:24 PM | Show all posts |Read mode
Misha ingin gunakan peluang sebaik mungkin dan mencuba pelbagai cabang seni



Bergelar pelakon drama

Tatkala albumnya itu baru menjengah di pasaran, Misha tidak mahumelepaskan peluang untuk turut mendalami bidang lakonan menerusi dramabersiri 20 episod berjudul Julia Juli Bintang Tiga yang akan disiarkandi slot Legenda di TV3 dan TV9 awal tahun depan.

Misha yang baru saja memulakan penggambaran bagi drama arahan AdamHamid itu berkata, tawaran tersebut diterima kerana dia sendiri cukupmerindukan bidang tersebut setelah beberapa kali berlakon filem dansitkom sempena Hari Raya.

Memandangkan jadual penggambaran yang tidak mengganggu kariernyanyiannya, Misha nekad untuk mencuba watak Julu yang ditawarkankepadanya bersama pelakon-pelakon hebat lain seperti Dynaz, Abby Abadi,Nik Sayyidah, Danny X-Factor, Zed Zaidi dan Aqasha.

"Sejujurnya, saya memang meminati bidang lakonan, tetapi saya tidakboleh nak harapkan tawaran filem saja kerana pastinya produser-produserfilem ingin memilih mereka yang benar-benar boleh berlakon.

"Banyak ilmu lakonan yang masih perlu saya pelajari. Jadi, saya rasabagus juga jika saya kutip pengalaman menerusi drama," kata Misha yangsebelum ini pernah muncul di dalam filem Gerak Khas 3 (GK3) danMain-Main Cinta.

Tutur Misha, dia menceburi bidang seni lakon ini bukan keranaterdorong oleh sikap tamak, namun katanya sebagai artis, tidak salahmencuba pelbagai bidang seni lain jika mempunyai minat dan kesungguhandan lantaran itu boleh dilabelkan sebagai artis serba-boleh.  


Penyanyi ini juga sudah mula berjinak-jinak dengan bidangpengacaraan menerusi program hiburan, Skrin Video yang sedangditayangkan di RTM2 sebanyak 20 episod.

Bercerita tentang drama tersebut serta watak Jula yang dipegangnyaitu, kata Misha, Jula mempunyai sedikit persamaan dengan dirinya.

"Drama ini berkisarkan tentang tiga beradik yang berasal dari kayangan iaitu Jula, Juli dan Julu.

"Jalan ceritanya cukup menarik dimana kami adik-beradik curi-curiturun ke bumi dan bila di bumi dan sebagai contoh, saya menjadi seorangpenyanyi apabila turun ke bumi manakala kakak saya, Jula lakonanDynazakan menjadi pereka fesyen.

"Macam-macam yang akan berlaku sepanjang episod drama ini.Memandangkan watak Julu itu tidak jauh bezanya dengan diri saya sendiriyang memang merupakan seorang penyanyi, jadi saya rasa tidak salahuntuk terima.

"Mungkin agak kekok sedikit di awalnya, tetapi Insya-Allah, sayarasa saya mampu lakukan yang terbaik," katanya yang akan bergandinganbersama Danny sebagai pasangan kekasih di dalam drama tersebut.

[ Last edited by  jac_diehard_fan at 7-4-2009 11:33 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2008 01:16 PM | Show all posts
eww....her teeth
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 01:51 PM | Show all posts
Abby pun ada....
bagusle...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2008 03:33 PM | Show all posts
jula juli bintang tiga....mengingatkan kita kat citer bulan bintang capricon (kalu x silap la) tv7 tu x nak ulang ke ek, cite yg aida aris pekebun bunga kulit itam mcm kiwi kasut, kawen ngan arwah hani mohsein. da lamaaaaa tunggu repeat cite ni haram ada...
kompeni arwah hani n tiara la yg produce, masa mula2 ntv7 bersiaran.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2008 05:25 PM | Show all posts
jln cite cam menarik
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2008 06:49 PM | Show all posts

Reply #4 yellowtulip's post

aku tgk rasanya cite Bulan Bintang Capricon tu.. Aku igt ada cite Aida Aris jd hitam legam..pastu kawen ngan hani mohsin..die putih kan lepas tu?

Jula Juli ok da..tp cm kelako nama Julu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2008 12:16 PM | Show all posts
wallllaoouuuweeee kape gigi ko tuhh... erkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2009 10:40 AM | Show all posts
Lakonan uji Misha
Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Rap
BIDANG lakonan bukanlah asing bagi penyanyi popular, Samihah @ Aisah (Misha) Omar, 26. Sebelum ini bakatnya itu pernah diuji membintangi dua filem, Gerak Khas 3 dan Main Main Cinta.

Asalnya hanya mencuba, namun ramai memberikan komen positif terhadap lakonannya itu. Bagaimanapun, kerana sibuk dengan kerjaya nyanyian, bidang lakonan terpaksa dilupakan Misha buat sementara.

Hampir empat tahun menyepi, tiba-tiba bintang yang mencipta nama menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta itu memberitahu dia baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri Julia Juli Bintang Tiga.

Selain Misha, Julia Juli Bintang Tiga arahan Adam Hamid, terbitan 10 View Production itu turut dibintangi Nik Saida, Danny, Dynaz, Abby Abadi, Rahim Jailani dan Zed Zaidi.

Ketika ditemui baru-baru ini Misha menjelaskan, sejak terbabit dalam dunia seni dia tidak pernah mengehadkan aktiviti seni, malah kalau boleh mahu melakukan semuanya termasuk bidang pengacaraan.

"Selain menyanyi, ramai tidak tahu, saya pernah menjadi pengacara mengendalikan rancangan Skrin Video yang diterbitkan 10 View Production. Rakamannya dilakukan tahun Mac lalu.

"Di situlah segalanya bermula apabila penerbit program itu bertanyakan adakah saya mahu berlakon drama ? Oleh kerana saya pernah berlakon filem, saya katakan kepadanya, mengapa tidak.

"Pada waktu sama keinginan hati begitu kuat mahu mencuba kembali bidang lakonan dan impian melakukannya sudah lama sangat disimpan. Persetujuan secara lisan dibuat waktu itu juga," katanya.

Kata penyanyi yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini, dua filem pernah dibintangi sebelum ini kurang berjaya menonjolkan bakatnya.

"Hati saya kuat mahu melakukannya lagi di filem. Bagaimanapun, kalau dilihat dunia perfileman kita ada banyak pelakon pelapis. Bagaimanapun, pada saya bukan peluang berlakon filem yang dicari sebaliknya medium yang lebih sesuai untuk mengasah bakat.



"Pada saya, sudah tentulah berlakon drama jalan terbaik kerana ia membolehkan seorang pelakon bebas memilih watak dan bereksperimentasi. Lebih penting keseronokan sewaktu bekerja.

"Kualiti drama sekarang kian baik apatah lagi penulis skrip kini lebih kreatif mengetengahkan isu berbeza. Pada saya, Julia Juli Bintang Tiga ibarat pucuk dicita ulam mendatang," katanya.

Bercerita pengalamannya, kata Misha, berlakon drama ternyata jauh berbeza dengan filem, namun apa yang lebih penting banyak perkara dapat dipelajari.

"Dengan berlakon filem, saya hanya perlu hadir pada babak membabitkan diri sendiri tetapi tidak drama kerana ia terikat dengan percaturan jadual. Dalam 20 episod itu 160 babak membabitkan watak saya.

Ia menguji kesabaran kerana sewaktu menyanyi tidak banyak perkara perlu difikirkan. Selain menepati masa, saya datang mengadakan latihan dan beberapa jam kemudian tampil di pentas.

"Untuk drama bersiri pula saya perlu menunggu apabila produksi mahu membuat penggambaran untuk watak lain sebelum babak membabitkan saya dilakukan.

"Sepanjang membintangi Julia Juli Bintang Tiga saya tidak sangka sebenarnya saya mampu bersabar kerana hendak diikutkan saya ini cerewet dan mudah hilang tumpuan.

"Saya gembira bekerja dengan produksi drama ini kerana kerja mereka sangat teratur dan kami semua seronok sepanjang penggambaran. Saya sendiri tidak sedar yang masa begitu cepat berlalu," katanya.

Misha turut meluahkan jika ada tawaran yang bagus dia tidak keberatan menerimanya.

"Begitupun saya tahu, pendakap gigi digunakan menjadi halangan dalam memilih karakter sesuai memandangkan apabila berlakon banyak babak membabitkan ekspresi wajah. Ia sudah tentunya tidak nampak molek apabila terpapar di televisyen.

"Saya ingin cuba lagi, cuma kalau boleh janganlah sampai kerjaya lakonan mengatasi karier nyanyian memandangkan ia masih menjadi keutamaan saya. Pada saya biarlah kedua-dua bidang ini bergerak seiring. Mungkin saya boleh berlakon dalam tiga projek untuk setahun," katanya.

Mungkinkah dengan pembabitannya dalam drama, Misha sudah bersedia untuk ke layar perak?

"Saya tidak memikir sejauh itu tetapi jika ada rezeki, saya tidak menolak," katanya.

Sebaliknya Misha menyimpan impian mahu bekerja dengan pengarah berkaliber seperti Datin Paduka Shuhaimi Baba, Afdlin Shauki, Yasmin Ahmad dan Khabir Bhatia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2009 10:45 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 5-12-2008 12:24 PM
http://www1.mstar.com.my/archives/2008/12/5/mstar_hiburan/misha11.jpgMisha ingin gunakan peluang sebaik mungkin dan mencuba pelbagai cabang seni



Bergelar pelakon drama

Tatkala albumnya  ...



Dynaz, ada, suka sgt kat dia.
yucksss...misha tak cukup best utk jadi pelakon. Abby..huh....bosan kat  dia
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 02:15 PM | Show all posts
jula juli bintang tiga..
kalo ikut citer dedulu pasal org bunian.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 12:56 AM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

waaahh..misha nak blakon plak ker???

arap ok la...dr pilem die ngan adam yg ntah paper tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 03:05 PM | Show all posts

Reply #6 fa_stellar's post

OT.... aku memang gila siot kat drama nie.. lepas dia kawen ngan hani dia pergi haneymoon pastu kulit dia bertukar jadi putih... terkujat si Arwah Hani tengok Wife dia putih.....

Aida Aris gigi je putih yg lain legam je.... citer nie kat Cameron Highlands kan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 03:17 PM | Show all posts
nex week..stat
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 08:37 AM | Show all posts

Reply #13 flyzpiz's post

yeh
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 12:37 PM | Show all posts
nak layan ke tak nak layan ke tak.
ade misha mcm tak bernafsu laa
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 03:43 PM | Show all posts

Balas #15 meow_tompok\ catat

Jgn lah begitu....
Try tgk 1st episode lu...then only u can judge...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2009 01:44 PM | Show all posts
ada tertgk iklan cter ni kt tv3...
x sangka plak cik misha pun join drama ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 11:35 PM | Show all posts
ok gak sesekali tgk cite dongeng ni...tak la tension mcm spaQ
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 09:54 AM | Show all posts
comel jee dynas dlm tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 11:36 AM | Show all posts
Ala misha ni bikin spoil la...takkan puteri kayangan pun pakai braces!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.301360 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list