Dalam Buletin Utama 8 November 2008 yang lalu ada memberitakan mengenai teguran ibu bapa kepada Video Sajak Kematian bahawa video tersebut terlalu ekstrem untuk dipertontonkan kepada kanak-kanak sekolah. Kandungan video boleh memberi kesan psikologi dan emosi kepada anak mereka.
Oleh yang demikian, ada beberapa pandangan telah diberikan, termasuk Menteri Pelajaran dan Timbalan Menteri Pelajaran bahawa tayangan video tersebut tidak sesuai dan boleh dipersoalkan. Ibubapa berpendapat bahawa kaedah ini lebih kepada menakut-nakutkan anak mereka, bukan untuk mendidik anak-anak. Sajak Kematian merupakan sebahagian program bertujuan untuk mengalakkan anak-anak agar menunaikan solat. Ianya turut menyampaikan mesej akibat daripada keangkaran tuntutan agama. Asas lakonan semula ialah memupuk kesedaran. Kalau nak tengok, download http://www.youtube.com/watch?v=L9eVrmMdo5Y
So...apa pandangan grassroot CARI forumers? Moga dapat percambahan fikiran semuanya!
pada hemat aku arr .... bukan tang mati tu yg perlu ditakutkan .. dan bila ingat mati ngan takut mati .. kita jadi hebat .. jadi pandai .....
tetapi feeling .. nak buat the best di dalam ape jua field .. dan mengsimulasikan kematian sebagai titik henti dan cuba membuat yg terbaik seolah2 .. esok dah tadak daaaa ...
tang sajak kematian ...
mungkin ada positif valuenya .. tetapi kene tengok target groupnya ...
aku stuju kalau mereka yg baligh .. didedah dengan sajak kematian .. tetapi bebudak yg masih belum baligh ... bebudak skola rendah .. jiwa mereka ini perlu ditatang dengan cara yang berbeza. Korang leh ajar jenis yg brutel .. iaitu menakutkan bebudak skolah rendah ni .. tetapi hakikatnya .. bila mereka dewasa .. mereka akan menjadi manusia yang penakut... bukan sahaja takut kepada benda yg x nampak cam hantu .. .tetapi takut untuk mengambil risiko
termasuk takut untuk mengambil risiko dipulaukan dek kengkawan yang gemar ponteng, lepak isap rokok .. dan x rap sbb tak join layan syabu...
Semua ada pro ngan cons .. tetapi hit at the right place .. adela yg mungkin cikgu2 kat skola korang x ajar .. sbb tu .. seme main tala aje ... mungkin ni la mnyebabkan gejala homosexual menjadi2 dewasa ini!
Originally posted by matabelalang at 16-11-2008 14:58
Sajak Kematian
Dalam Buletin Utama 8 November 2008 yang lalu ada memberitakan mengenai teguran ibu bapa kepada Video Sajak Kematian bahawa video tersebut terlalu ekstrem untuk dipertontonkan k ...
Aku rasa memenda berat camni boleh ditayangkan kepada kekanak walaupong belum akil baligh... Syaratnya kena ada guidance daripada worang dewasa... Bukan men tunjok jer... Lagi pong kalau tengok citer kartun sekarang banyak pengaruh tak elok tapi tak pulak jadi isu besar... Tengking worang lebih tua... Budaya 'memaki' hapa semer dalam kartun tu elok ke...? Yang tengoknya budak belom akil baligh tu jugak...
Sesiapa yang sokong penayangan video ni, maknanya dah ditipu olehal-Arqam dan Aurat Muhammadiyah, penciptanya. Mufti Perlis sudahpunmembantah video ni dan mendedahkannya sebagai khurafat. Bertaubatlah
Originally posted by medangmru at 28-11-2008 09:27
Errrrrrrr...aku lum tgk lagi la mende ni....adalink...youtube ke??
Kan dah ada link kat atas tu... Aku tengok pong kat situ gak... Aku akui ia agak 'berat' untok kekanak... Paleng tak logik bila dia kaitkan dengan 'ekonomi' lar pulak... Hapa salahnya kalau intipatinya 'diringankan' siket sesuai ngan 'kekanak' ni...? Contohnya taat kepada ibu bapa dan guru ke... Sekarang ni pong banyak kes 'anak' tak hormat worang 'lebih tua' kan...?
pd pendapat saya.. keadaan nya berbeza untuk setiap manusia.. jika banyak amal kita akan di alu-alukan mengadap Allah... jika tidak keadaannya tidak dapat digambarkan dengan video ini malah keadaannya tidak serupa sama sekali.. hanya imaginasfikiran manusia sahaja...
AZAB ALLAH AMAT KERAS UNTUK YANG MENDERHAKA NAMUN ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN, MAHA MENGASIHANI...DAN MAHA PENYANYANG..
SAMA-SAMALAH KITA MENJADI MANUSIA YANG MUKMIN... UNTUK KESENANGAN DUNIA DAN AKHIRAT..
amalan ... tingkahlakukita .. pilihan kita .... bukan sbb video kita jadi baik ...
the drive should come from within ...
ape ka kalau tengok video tu baru kita nak jadi baik ...
camna zaman dulu xde video ... ? mesti seme jadi jahat ...
nape peringatan datang melalui bende yg leh dibaca .. nape x datang dalam bentuk ilham?
sbbnyer nak jadi baik patut dan tunduk ... kene datang dari dalam ...
dan yg penting IKHLAS. Bukan sebab pengaruh2 lain.
nak jadi baik .. sebb sedar diri tu hamba Allah ...
sedar segala2nya hak Allah .. dan ape yg ade cuma pinjaman...
kalau dah pinjam tu termasuk badan tu .. jaga la elok2 ... bukan dengan hisap rokok ngan nagih dadah ...
yg penting .... kita hidup bukan berseorangan ... dalam membuat kebaikan .. biar ramai2 .. ajak kengkawan lain ...