CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159226|Reply: 631

Raja Lawak 3 [ Juara SEPAH ]

[Copy link]
Post time 23-10-2008 09:25 AM | Show all posts |Read mode
malam tadi ke, subuh tadi
ternampak promo kat astro

RJ musim baru akan datang
now sesi ujibakat.

ada tempat, date ujibakat tu semua.

nanti tepek infor, kalau dah jupe

[ Last edited by  Syd at 6-3-2009 22:53 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2008 03:13 PM | Show all posts
Naper ek RJ 3 nih depa wat audition x bnyk tempat

dah tuh kat jb tuh tempat dia x sesuai ler
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 11:51 PM | Show all posts
Originally posted by fantasy_gurl at 26-10-2008 03:13 PM
Naper ek RJ 3 nih depa wat audition x bnyk tempat

dah tuh kat jb tuh tempat dia x sesuai ler


Kat JB dia buat kat mana? Promo dia laju sangat tak sempat aku dengar... aku nak join ni..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 08:36 PM | Show all posts

Reply #3 sadiq_segaraga's post

mmg sesuwei ler ko join nama ko jer dah menunjukkan lawak

kat plaza seni depan ngn kota raya tuh la

selamat berjaya bro ko org jay bee ka?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 08:26 PM | Show all posts
Originally posted by fantasy_gurl at 1-11-2008 08:36 PM
mmg sesuwei ler ko join nama ko jer dah menunjukkan lawak

kat plaza seni depan ngn kota raya tuh la

selamat berjaya bro ko org jay bee ka?


Yep.. memang orang JB. So memang aku 100% akan masuk... dah prepare dah bahan-bahan lawaknya.
So.. bagilah sokongan pada aku kalau aku berjaya masuk ya..

22hb November aku akan join.. nantikan lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2008 10:45 AM | Show all posts
Zaibo dipilih Ketua Juri Raja Lawak 3

SITI AZIRA ABD AZIZ

SELEPAS menobatkan Nabil sebagai juara Raja Lawak Astro pada musim kedua, Astro meneruskan lagi inisiatifnya mencari pelapis dalam bidang komedi menerusi satu-satunya pertandingan realiti untuk mencari bakat lawak di Malaysia menerusi Raja Lawak Astro yang kini memasuki musim ketiga.

Menurut pengurus saluran Astro Prima; Encik Khairul Anwar Salleh, ”Selepas program Raja Lawak Astro berjaya menyumbang bakat-bakat komedi baru atau barisan pelapis pelawak ke persada hiburan tanahair sebanyak dua musim, kami tidak teragak-agak untuk menyambung program ini ke musim ketiga kerana percaya masih ada banyak lagi bakat-bakat komedi yang belum dicungkil di luar sana.

”Pada musim yang lalu, sepuluh lagi pelapis pelawak tanahair berjaya dicungkil dan kehadiran mereka ternyata telah memeriahkan lagi industri hiburan tanahair.

"Menerusi program Raja Lawak Astro, kami mengangkat hiburan komedi ke satu peringkat yang lebih tinggi lagi dan mahu meneruskan inisiatif ini melalui pencarian bakat-bakat baru pelawak di musim ketiga pula.

Penyertaan dari orang ramai tidak kira bangsa dan agama adalah amat dialu-alukan dan ganjaran lumayan seperti sebiji kereta KIA OPTIMA, peralatan elektrik bernilai RM25,000 dan wang tunai bakal menanti juara baru bagi Raja Lawak Astro musim ketiga ini.”


Shamsul Ghau Ghau (kiri), Khairul Anwar Salleh, Fauziah Nawi dan Zaibo ketika majlis pelancaran Raja Lawak 3 di Bangsar baru-baru ini.- foto The Star VICTOR K.K.NG

Sesi ujibakat akan menjelajah ke empat negeri bermula pada bulan November ini pada setiap minggu (Sabtu dan Ahad). Tempat-tempat yang akan dikunjungi oleh pasukan produksi Raja Lawak ialah:

Tarikh: 8 & 9 November 2008Lokasi: Megamall, Kuantan, Pahang

Tarikh: 15 & 16 November 2008 Lokasi: TESCO Pasir Putih, Ipoh, Perak

Tarikh: 22 & 23 November 2008 Lokasi: Plaza Kotaraya, Johor Bahru, Johor

Tarikh: 28 & 29 November 2008 Lokasi: Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor

Selain dari empat lokasi utama yang telah ditetapkan, mereka yang berminat untuk menyertai Raja Lawak Astro musim ketiga ini juga dijemput untuk memuat naik klip video persembahan lawak dengan durasi maksimum tiga minit ke laman web www.murai.com.my dari 10 November 2008 sehingga 22 November 2008 atau menghadiri sesi pra ujibakat di lokasi-lokasi Gempak Desa Astro yang terpilih.

Mereka yang berkelayakan, akan dipanggil semula dan diberi keutamaan untuk diujibakat di hadapan panel juri rasmi di sessi ujibakat terakhir pada 28 dan 29 November 2008 di Plaza Alam Sentral, Kuala Lumpur.

Lokasi-lokasi Gempak Desa Astro yang dimaksudkan ialah:

Tarikh: 26 Oktober 2008 Lokasi: Dewan JKKK Kampung Felda, Semenchu, Kota Tinggi, Johor

Tarikh: 1 November 2008 Lokasi: Dewan Felda Serbaguna, Felda Jengka 3, Jengka, Pahang

Tarikh: 8 November 2008 Lokasi: Dewan Syahbandar Felda Chini, Pekan Pahang

Tarikh: 15 November 2008 Lokasi: Bandar Tun Razak, Felda Keratong, Rompin, Pahang

Tarikh: 22 November 2008 Lokasi: Dewan Felda Kahang Timur, Kluang, Johor

Pertandingan realiti bakat lawak, Raja Lawak Astro (musim ketiga) ini terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan haruslah mempunyai bakat dan minat di dalam bidang komedi.

Mereka haruslah membuat persembahan pentas secara spontan dan menarik perhatian pihak juri dalam tempoh maksima tiga minit.

Pertandingan ini terbuka kepada peserta solo mahupun berkumpulan tidak melebih tiga orang.

Para juri yang terlibat dalam proses pemilihan semasa sessi ujibakat pada musim ini terdiri dari pelawak dan pelakon terkenal; Zaibo, pelakon wanita yang berpengalaman; Fauziah Nawi dan pengacara serta pelawak terkenal; Shamsul Ghau Ghau.

Para juri akan menilai para peserta berdasarkan beberapa kriteria pemilihan seperti kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti, bakat dan kemahiran lakonan dan sama ada para peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak terkenal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2008 06:31 AM | Show all posts
Originally posted by sadiq_segaraga at 4-11-2008 08:26 PM


Yep.. memang orang JB. So memang aku 100% akan masuk... dah prepare dah bahan-bahan lawaknya.
So.. bagilah sokongan pada aku kalau aku berjaya masuk ya..

22hb November aku akan join.. na ...



:pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom:

cahiyok! chaiyok! chaiyok!

gud luck bro:pompom:

ko pakai name aper nanti

cam ner aku nak tua tuh ko?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 06:33 AM | Show all posts

Reply #6 Syd's post

Fan rasa RL 1 la juri paling x gud

RL 3 sepa pengacara?

zaizan, johan n nabil eah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2008 08:33 PM | Show all posts
Originally posted by fantasy_gurl at 8-11-2008 06:31 AM



:pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom:

cahiyok! chaiyok! chaiyok!

gud luck bro:pompom:

ko pakai name aper nanti

cam ner aku nak tua tuh ko?


Camna nak kenal ya? Tengok ajalah.. aku akan sebutkan perkataan Sadiq Segaraga dalam persembahan aku..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 09:56 PM | Show all posts

Reply #8 fantasy_gurl's post

harap jozan lagi....dorang mmg best
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 03:04 PM | Show all posts

harap kekalkan pengacara

aku pun suka jozan.....tp kalau tmbah nabil....lagi bergegor pentas.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2008 12:45 PM | Show all posts
Sukarnya mencari pelawak
Oleh Farihad Shalla Mahmud

WALAUPUN membuat persediaan pada saat akhir, namun tuah menyebelahi kumpulan Sepupu.


Sesi uji bakat Raja Lawak 3 yang berlangsung di Berjaya Megamall, Kuantan, saksikan peserta kurang bersedia

SELEPAS dua musim bersiaran dan kini sedang dalam peringkat awal memulakan misi mencari pengganti kepada juara nombor duanya, Nabil, ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang dicari program realiti Raja Lawak ini.

Kalau dilihat dari segi objektif asal, program realiti yang disiarkan menerusi Astro Prima ini memang khusus untuk mencari individu atau kumpulan yang pandai berjenaka. Maka disebabkan itulah dia dinamakan Raja Lawak

Namun persoalannya, pelawak bagaimanakah yang dicari mereka? Apakah kriteria utama yang perlu ada dalam diri seseorang pelawak itu? Jika mereka mengatakan lawak itu adalah penting, namun selepas mengikuti perjalanan program dua musim terdahulu, kebanyakan lawak yang dipersembahkan kepada penonton masih lagi di takuk lama.

Lawak lucah dan slapstik masih lagi menjadi pegangan kebanyakan peserta. Dan kalau dilihat, hanya beberapa peserta saja yang mampu menggeletek hati penonton dengan bahan lawak ciptaan mereka manakala yang lain sama ada lawak yang tak menjadi ataupun kehadirannya sekadar mencukupkan kuota.

Itu belum lagi termasuk penganjur lebih mengutamakan rupa paras fizikal. Kalau tidak masakan juara musim pertama, Yus bagai dipinggirkan. Jarang dilihat dia muncul di kaca televisyen, walaupun hanya sekadar menjadi juri undangan untuk program Raja Lawak musim terdahulu.

Sebaliknya, pemenang naib johan dan tempat ketiga, Zizan dan Johan diberi peluang untuk menjadi hos program terbabit. Jika ditanya, alasan mereka tetap sama, Zizan dan Johan lebih menyerlah sebagai pengacara manakala Yus lebih mahir dalam bidang lakonan.

Justeru, untuk musim ketiga ini, apa yang cuba penganjur ketengahkan? Sewaktu menyaksikan sesi uji bakat Raja Lawak 3 yang berlangsung di pusat beli belah Berjaya Megamall, Kuantan, petang Sabtu lalu, apa yang penulis lihat, rata-rata mereka yang hadir kurang bersedia.

Malah, kebanyakan mereka datang dengan impian yang sama iaitu ingin menjadi klon Nabil. Muda dan menggunakan kaedah bercerita sebagai menyampaikan jenaka. Malangnya, tidak semua mampu melakukan seperti yang dilakukan jejaka yang terkenal dengan tagline Lu Pikirlah Sendiri ini.

Dan perkara ini diakui sendiri Pengurus Saluran Prima, Khairul Anwar Salleh. Jelas Khairul, sikap tidak bersedia peserta menyebabkan mereka gagal menyerlah di atas pentas.

“Untuk bergelar pelawak, mereka perlu ada keyakinan di atas pentas. Dan ada kala, apabila seseorang itu berada di atas pentas, kita sudah boleh mengagak sama ada dia mempunyai bakat atau sekadar ingin mencuba saja.

“Pun begitu, ada juga beberapa peserta yang menyerlah. Sebagai contoh, peserta yang tampil dengan imej YB tadi, nampak dia mempunyai bakat melawak semula jadi. Begitu juga dengan seorang peserta ini yang mempunyai wajah cukup ganas tetapi boleh berlawak. Peserta beginilah yang kita cari,” ujarnya.

Mengulas persoalan kononnya program Raja Lawak lebih mementingkan paras rupa, Khairul menafikan perkara itu. Tegasnya, kemahiran berjenaka masih menjadi perkara pokok dalam program realiti itu.

“Tidak berlaku masalah meminggirkan sesiapa dalam hal ini. Apa yang ingin saya jelaskan di sini adalah, saluran tidak mempunyai kuasa untuk memilih siapakah yang layak untuk diketengahkan. Semuanya terpulang pada Maestro. Kami hanya menyediakan platform saja,” tegasnya mempertahankan diri.

Uji bakat tertutup untuk peserta wanita

RASANYA selama dua musim, belum pernah lagi melihat ada peserta wanita yang tersenarai sebagai finalis. Apakah kerana tidak ada yang berminat kerana tidak mahu dipandang serong ataupun perkataan Raja Lawak itu sendiri tidak mengizinkan wanita menyertainya.

Saat diajukan persoalan ini kepada Khairul, dia juga menyedari situasi itu. Justeru, untuk mengatasi masalah itu serta mahu musim ketiga ini ada kelainan, maka pihaknya dengan kerjasama portal hiburan, www.murai.com.my akan mengadakan uji bakat secara tertutup semata-mata untuk mencari peserta wanita.

“Untuk mana-mana wanita yang ingin menyertai pertandingan ini tetapi malu untuk menghadiri uji bakat secara terbuka, maka kami sediakan peluang ini untuk mereka. Mereka yang berminat boleh menghantar klip video mereka yang mereka sifatkan paling lucu untuk dinilaikan.

“Mana peserta yang bertuah, akan berpeluang bersama-sama peserta lelaki lain untuk menghadiri sesi uji bakat berpusat di Kuala lumpur nanti,” cerita Khairul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2008 12:46 PM | Show all posts


Kumpulan Sepupu





Mohd Saiful




Fazrie sungguhpun cacat tidak menjadi halangan bagi beliau mencuba kembangkan bakat dalam bidang lawak
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 02:30 AM | Show all posts
Aku rasa walau lawak camne pun..
Kena ada at least penampilan yg sedap mata memandang la..unsur2 komersiol pun penting gak skang nih..
Tgk je la nasib Yus..
Harap2 Jozan jd pengacara lg, x kisah la tambah Nabil ke x, Nabil leh tgk lam pilem2 yg akan dtg..heheh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2008 02:53 PM | Show all posts
2 Peserta Wanita Cabar Raja Lawak 3



Teks oleh Haswari Ali


KUALA LUMPUR, 18 DIS 2008:  Seramai 2 peserta wanita berjaya dipilih sebagai 12 finalis pertandingan Raja Lawak 3 yang akan memulakan tayangannya di saluran Astro Prima (saluran 105), bermula 24 Disember ini.

Mereka adalah Nuur Jihan Musa, 25,  atau Jihan yang berasal dari Shah Alam dan Rafizzan Yaacob, 32, (Yann) dari Petaling Jaya.

Pengumumannya dibuat di Restoran Saloma Bistro, di sini, sebentar tadi bersempena pelancaran dan sidang media musim terbaru Raja Lawak 3.

Program dalam usaha mencari pelapis pelawak terbaik negara itu turut menampilkan 3 peserta berkumpulan iaitu kumpulan Chot, LJN dan Sepah.

Sementara itu 7 lagi peserta individu lain iaitu Adam, Am, Amir, Manbelot, Mat, Syem dan Talam turut di pilih sebagai yang bernasib baik untuk mara ke peringkat seterusnya program berkenaan.

Kehadiran 2 peserta wanita dalam  Raja Lawak 3, mungkin sebagai satu kelainan yang ingin ditunjukkan oleh produksi program musim ini dalam satu cara menghargai bakat semulajadi peserta wanita khususnya.

Jihan dan Yann akan ditempatkan di sebuah akademi bersama 10 finalis Raja Lawak 3 yang lain untuk diberikan latihan dan bimbingan sebelum mempersiapkan diri untuk membuat persembahan secara langsung.

Turut diumumkan 3 pengkritik tetap Raja Lawak 3 iaitu pelakon terkenal Zaibo, pelakon wanita berpengalaman, Fauziah Nawi dan Shamsul Ghau Ghau. Mereka akan dipertanggungjawabkan menilai persembahan peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani, berkata penganjuran rogram itu tahun ini menunjukkan kelebihan tersendiri apabila buat pertama kalinya mendapat penyertaan sebanyak 300 peratus lebih banyak berbanding 2 musim sebelumnya.

Jumlah itu katanya, diperolehi berdasarkan sesi ujibakat yang diadakan di 4 buah negeri iaitu Pahang, Perak, Johor dan Selangor bermula 4 November lalu.

"Selepas kejayaan di musim kedua yang berjaya menobatkan Nabil sebagai juara, kami terus terpanggil untuk meneruskan program bagi musim ketiga kerana percaya ada lagi banya bakat komedi di luar sana yang perlu diberi peluang.

"Ini terbukti apabila sesi ujibakat yang diadakan baru-baru ini mendapat sambutan yang hangat dan di luar jangkaan apabila menerima peningkatan penyertaan sebanyak purata 300 peratus.

"Kami percaya, peningkatan ini dapat menyumbang kepada usaha membawa komedi ke satu peringkat yang lebih tinggi dan mewarnai lagi industri tanah air dengan program-program berkualiti," katanya.

Nizam berkata, musim kedua berjaya meraih 1.1 juta penonton setiap minggu. Untuk itu katanya, prestasi yang membanggakan itu dijadikan sebagai testimoni pihaknya bagi meneruskan Raja Lawak 3.

Menyerikan penganjurannya musim ini, Raja Lawak 3 memilih Radio SINAR FM sebagai radio rasmi dan murai.com.my sebagai portal hiburan rasmi program berkenaan.

Maklumat lanjut mengenai Raja Lawak 3 boleh diperolehi dengan melayari laman web rasmi, www.astro.com.my/rajalawak3 serta menekan butang merah 'R' yang terdapat di alat kawalan jauh Astro.

Sementara itu, untuk mengundi secara SMS, taip LAWAK atau LAWAK <3/5/10> untuk undian secara pukal 3,5 atau 10 ke 32999.

Bagi undian ke talian tetap pula, undian boleh dibuat dengan mendail 13701/13703/13705/13710 untuk undian pukal 1,3,5 atau 10 undian dan mengikut arahan yang disertakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2008 02:53 PM | Show all posts


muka depa pun lawak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2008 02:55 PM | Show all posts
Jozan Kekal Sebagai Hos Raja Lawak 3




Teks oleh Haswari Ali


KUALA LUMPUR, 18 DIS 2008: Dua bekas pengacara program pencarian pelawak terbaik Malaysia, Raja Lawak 2 - Johan dan Zizan (Jozan) - sekali lagi dipilih untuk mengemudi rancangan itu untuk musim ketiga.

Ia keberhasilan daripada aksi dan celoteh mereka yang mampu menarik perhatian penonton ketika ini.

Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani, berkata pemilihan Jozan itu bertepatan sekali atas keupayaan mereka mengendalikan program Raja Lawak 2 yang diharap dapat menyerlahkan kemunculan Raja Lawak 3.

"Kami percaya, selain kehadiran Nabil yang bergelar juara Raja Lawak 2, kedua-dua hos ini juga banyak membantu menarik perhatian penonton menyaksikan program ini. Oleh kerana itu kami mengambilnya untuk musim ketiga," katanya kepada portal murai.com.my.

Raja Lawak 3 secara rasminya akan bersiaran di saluran Astro Prima (saluran 105) bermula 24 Disember ini menerusi Gelanggang Raja Lawak Astro (setiap Jumaat, 9 malam).

Al-Kisah Raja Lawak Astro terlebih dahulu akan menemui penonton sebanyak 3 episod pada setiap Rabu, jam 9 malam bermula 24 Disember ini dan disusuli dengan Ceritera Raja Lawak Astro pada setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam.

Nizam berkata, keserasian kedua-dua pemenang Raja Lawak musim pertama itu ketika mengendalikan Raja Lawak 2, membuatkan pihaknya tertarik untuk mengekalkan Jozan.

Katanya, bukan tidak mahu menambah bilangan pengacara atau mengurangkan salah seorang daripada mereka, namun kredibiliti yang ditunjukkan oleh Jozan berjaya menyebelahi kedua-dua pelawak generasi baru itu.

"Setahu saya, Johan dan Zizan memang tidak boleh dipisahkan. Mereka serasi disepadankan berdua dan kalau ditambah seorang lagi hos iaitu bertiga, saya percaya keadaan akan menjadi tidak tersusun atau berebut-rebut.

"Seperti Nabil, saya percaya dia bagus. Tapi untuk mengacarakan rancangan ini sendirian, saya rasa setakat ini dia belum bersedia. Oleh yang demikian, kami merasakan mereka berdua adalah kombinasi paling sesuai untuk program ini," katanya.

Tambahnya lagi, dia bagaimanapun mengharapkan sesuatu yang lebih baik akan berlaku pada penganjuran Raja Lawak 3.

"Untuk musim ini saya mengharapkan sesuatu yang lebih daripada para peserta. Secara peribadi, kita mahu mencari peserta yang memiliki lebih daripada apa yang ada pada Nabil," katanya.

[ Last edited by  Syd at 20-12-2008 07:34 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 04:02 PM | Show all posts
mintak2 le best2
kalo x bosan je tgk
seb bek ade jozan
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 02:13 AM | Show all posts
tula, aku suker tol kombinasi jozan ni
ingat tol tem r.lwk 2
best tol diorg ni melawak tem mengacare
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 11:44 AM | Show all posts
nasib baik diorg jd pengacara klu x selamat jln RL 3 nih......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 1.073406 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list