CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2514|Reply: 19

Tipu melalui internet...

[Copy link]
Post time 9-10-2008 09:49 AM | Show all posts |Read mode
RM30,000 lesap kes tipu internet    KUALATERENGGANU: Seorang pegawai kesihatan adalah antara tiga mangsa kestipu menerusi internet di Terengganu sepanjang bulan lalu yangmembabitkan kerugian hampir RM30,000.
                                Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersiol Terengganu,Deputi Superintendan Ab Rahim Ab Razak, berkata setakat ini polismenerima tiga laporan berhubung kes itu dan percaya lebih ramai lagimenjadi mangsa sindiket berkenaan.

Dalam kes terbabit, pegawai kesihatan itu kerugian wang tunaiRM18,700 selepas dihubungi seorang lelaki yang dikenalinya menerusiinternet serta mendakwa bekerja sebagai juruterbang di London danmenawarkannya beg tangan berjenama pada 11 September lalu.
        
Katanya mangsa, dijanjikan diberikan beg tangan itumelalui perkhidmatan penghantar cepat dan tiga hari kemudian, mangsadihubungi seseorang supaya membayar RM4,700 sebelum dihubungi sekalilagi dua hari kemudian dan dikehendaki membayar RM2,000.
   
揗angsa kemudian diminta sekali lagi memasukkan RM12,000 kedalam akuan lelaki itu tetapi barang berkenaan tidak sampai,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2008 10:02 AM | Show all posts
senangnye bagi orang duit walaupun tak kenal
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 10:16 AM | Show all posts

Reply #1 emera's post

teruja sgt nak dpt branded henbeg, last2 lesap camtu je
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 11:42 PM | Show all posts
sengal gile mamat tue....kene tipu mcm tue je..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 11:53 AM | Show all posts
ni lag satu kes.......

ARKIB : 09/10/2008
Doktor rugi RM18,700 ditipu kenalan Internet

KUALA TERENGGANU 8 Okt. - Seorang doktor wanita kerugian RM18,700 apabila terpedaya dengan tipu helah teman lelakinya yang baru sebulan dikenali melalui Internet.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersiol negeri, Deputi Supritendan Abdul Rahim Abdul Razak berkata, dalam kejadian awal September itu, mangsa yang berumur 32 tahun berkenalan dengan seorang lelaki warga Britain dan dijanjikan dengan hadiah perkenalan.

''Mangsa dijanjikan wang tunai kira-kira RM3,000, sebuah komputer riba dan juga bunga sebagai tanda perkenalan mereka," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Menurutnya, selang beberapa hari berkenalan, mangsa mendapat panggilan daripada temannya itu yang menyatakan hadiah berkenaan telah diposkan menggunakan sebuah syarikat penghantaran laju.

Abdul Rahim berkata, selepas dua hari, mangsa mendapat panggilan kononnya dari syarikat berkenaan yang memberitahu barang-barang tersebut terpaksa ditahan kerana masalah cukai.

''Tidak sabar untuk mendapat hadiah berkenaan, mangsa yang juga seorang doktor perubatan di Jerteh telah memasukkan wang tunai RM700 ke dalam akaun yang diarahkan pada 14 September lepas untuk membayar cukai tersebut," ujarnya.

Jelasnya, tidak cukup dengan wang tersebut, mangsa turut diminta memasukkan lagi duit sebanyak RM14,000 untuk membayar cukai perkhidmatan.

Terkejut dengan permintaan tersebut, mangsa memasukkan wang sebanyak RM2,000 pada 17 September lalu diikuti RM12,000 keesokan harinya ke dalam akaun yang diarahkan.

''Curiga kerana kiriman tersebut tidak juga sampai dan terbaca laporan akhbar mengenai penipuan menggunakan modus operandi yang serupa, mangsa menghubungi syarikat kiriman tersebut untuk bertanya perkara sebenar semalam.

''Syarikat itu memberitahu mereka tidak pernah meminta bayaran tersebut dan menyatakan ramai yang bertanyakan perkara serupa dipercayai menjadi mangsa penipuan kenalan melalui Internet," ujarnya.

Menurutnya, selepas mengetahui kejadian sebenar, mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Jerteh.

Beliau memberitahu, polis turut menerima dua lagi laporan mengenai penipuan oleh kenalan melalui Internet semalam iaitu melibatkan seorang peniaga dari Chabang Tiga di sini dan seorang suri rumah di Chendering.

''Mereka menggunakan modus operasi yang sama melibatkan perkenalan melalui Internet dan menabur janji melalui hadiah-hadiah lumayan menyebabkan mangsa tertipu ," katanya.

Dalam kes melibatkan peniaga itu, dia kerugian RM5,460 apabila dijanjikan hadiah perkenalan oleh seorang kenalan wanita kononnya warga Britain, manakala suri rumah itu kerugian RM3,480 apabila ditipu kenalan lelaki melalui Internet.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan kenalan baru melalui Internet.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2008 12:07 PM | Show all posts
heran betul aku... senang2 masukkan duit....yg bestnya dekat RM20k cash...ada pulak duit cash....baik beli sendiri barang yg diorg hadap sangat tuuuu.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2008 06:09 PM | Show all posts
Trend penipuan sekarang.

AKu tak rasa yg ditipu tu tak cerdik.. tapi sifat segilintir kita manusia yang sukakan anugerah or hadiah dan benda mahal2

Bila kita dah diyakinkan yang kita akan dapat sesuatu, kita takkan kisah untuk membayar sejumlah wang untuk mendapatkannya...

"alahhh.. setakat hilang RM2000 apa lah sangat.. barang tu nilainya berjuta2 lemon... " kita takkan rasa rugi.

Sebab kita rasa kita akan dapat sesuatu yang lebih baik.

Malangnya.. kita sometimes terlupa... Sedangkan orang yang kita kenal in real life bertahun2 pun boleh TIPUS sama kita.. apa lah lagi orang yang kita tak pernah tengok batang hidungnya...

I guess.. once you hit the right spot.. your wish is his command...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 08:43 PM | Show all posts
sedangkan kat dunia realiti ramai penyangak...ni kan pulak kat siber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2008 11:49 AM | Show all posts

Hmmm...

Originally posted by emera at 9-10-2008 09:49
RM30,000 lesap kes tipu internet    KUALATERENGGANU: Seorang pegawai kesihatan adalah antara tiga mangsa kestipu menerusi internet di Terengganu sepanjang bulan lalu yangmembabitkan kerugian hamp ...




Hal tipu melalui Internet ni aku rasa worang tu mesti jenis yang tak tengok berita... Tak kira lar TV ke surat khabar... Kalau dia tengok betapa banyaknya kes penipuan melalui Internet ni sepatutnya dia dah berwaspada... Tapi kalau dah tahu dan maseh nak ambek risk jugak memang bangang dia lar... Kenapa dia fikir dia tu special dan bukan mangsa seperti worang lain tak tahu lar... Kompom sendiri punya bangang...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2008 12:20 PM | Show all posts

Balas #9 AceHand\ catat

Nak skit Esheng....Tak tgk byk briter dan --> tak Join FORUM CARI...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2008 01:58 PM | Show all posts

Hah! Hah! Hah!

Originally posted by medangmru at 21-10-2008 12:20
Nak skit Esheng....Tak tgk byk briter dan --> tak Join FORUM CARI...




Ni aku kasi upah promote CARI... Hik! Hik! Hik!


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2008 07:42 PM | Show all posts
Originally posted by t@t at 10-10-2008 11:53 AM
ni lag satu kes.......

ARKIB : 09/10/2008
Doktor rugi RM18,700 ditipu kenalan Internet

KUALA TERENGGANU 8 Okt. - Seorang doktor wanita kerugian RM18,700 apabila terpedaya dengan tipu helah ...




Alamak, doktor yg sepatut begitu punya intelligent pun boleh kena tipu ke?? aiyoyo
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 12:14 PM | Show all posts

Errr...

Originally posted by kamikazebelacan at 26-10-2008 19:42




Alamak, doktor yg sepatut begitu punya intelligent pun boleh kena tipu ke?? aiyoyo




Kekadang golongan bijak pandai lar lagi senang kena tipu... Sebab hapa...? Sebab mereka tamak... Heh! Heh! Heh!


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 11:10 PM | Show all posts
ni mesti doctor desperet nak laki bangsa lain..bodo punyer pompuan malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 12:43 PM | Show all posts
aku br dengar ada satu kenalan  di offer begini

"mr A nak bg barang, tp sangkut di custom , so kena pay RM **** nak release it. somebody dah call her asking"


cmna kita nak prove this is wrong?

ada numbleh call tak?
like custom ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 01:39 PM | Show all posts
Sebenarnya itulah hakikat urus beli di alam Cyber ni...tak kira samada di lelong, mudah,com ebay dan sebagainya...kitasentiasa terdedah kepadaindividu2 yang tamak dan haloba . Senang criter....nak cari keuntungan secara mudah dan tak perlu byk bicara.

Sebenarnya aku ada beberapa criter yang nak dikongsi perihal jual beli barang di internet ni. Tak kira...samada anda seorang penjual atau pembeli...risikonya adalah lebih krg sama. Cuma risiko sebagai pembeli tu mungkin lebih skit .

Cerita pertama :-

Cerita ni aku dapat semasa nak berurusan jual brg ( kamera ) kat sorang pembeli ni. semasa berurusan tu ( secara pos sbb dia duk jauh ) ..dia ada bgtahu yang pernah ditipu masa nak beli kamera dr sorang penjual tu. Duit dah bayar ( RM550 kalau x silap aku ) ...tp brg tak sampai. Tunggu dekat 6 hari. call pertama, seller mmg angkat call dan bgtahu yang barang akan dihantar selepas 2 hari. DIa juga maklum dah dapat duit tu melalui transfer funds ( thru maybank2u ).

Selepas tunggu sampai 5 hari....brg2 tak sampai2. Bila call balik...Tu dia.." Call Not in services.." cisssssssssss.....penipuan secara terang2an. Report polis dah buat....cuma berbulan2 takder tindakan. Polis tu bgtahu adalah agak sukar nak jalankan siasatan sbb amaunnya agak rendah...

RENDAH!!!!!!!!!!!!!...RM550 tu bukannya skit,...nak2 plak golongan marhain...:@ :@ ....so.....walaupun kita report polis...tp berkenaan hasil siasatan dan tindakan tu....faham2 sendiri la....susah ...susah.....

Kes ke-2:

Aku jumpa sendiri secara COD kat sorang buyer ni. Dia ni mmg jual beli HP melalu internet . Pernah terkena masa COD yang rope2nya...N95 dijual..adalah HP China. Walaupun dia berurusan jual-beli HP...tp tah mcmana....dengan oembeli ni dia kata seakan2 dipukau. Sampai tak kenal yg HP tu HP China. Dalam iklan...tulis N95Ori Set rega RM1300....dia dah buat report Polis....tp...mcm biasa...takder tindakan...

Kes ke-3 :

Sruper mcm kes pertama...cuma jumlah duit yang hilang tu hampir RM1500. Beli HP seller dr Sarawak. tunggu mcm buah tak gugur. Mati2 se siller bgtahu yg barang dah hantar dan siap bgtahu No Siri Poslaju. Bila si pembeli cek dgn poslaju....mmg takder bukti atau data berkenaan urusan pengeposan tu.

So......berurusan menjual beli di internet ni mmg tinggi risikonya. So...beberapa tips kalau nak jugak beli brg yang diidamkan :-

1. Berurusan secara COD. Lebih mudah...boleh belek2 barang dan tentukan samada kita nak beli atau sebaliknya. Tak dinafikan yang ramai seller yg takmo COD. Time Consume la....mcm2 alasan. Plak tu....duit kene dimasukkan dahulu dna brg akan dihantar 3-4 hari kemudian. Pelik gak kenapa 3-4 hari. ada unsur2 penipuan awal kat situ.

2.  Beli drpd penjual yang punya rekod baik. Kat lelong mmg ada rating seller yang baik dgn ramai pembeli2 terdahulu bagi rekod terbaik pd mereka. Jgn beli drpd seller yg IC blum verified. HP belum verified bagai.

3. Beli kat mudah.com mmg terlalu tinggi risikonya. Dah la penjual boleh jual apa sajer barang sebb tak perlu regiter diri. Lagi bahaya.

  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2008 02:17 PM | Show all posts

Reply #16 medangmru's post

aah
setakat ni jual beli internet aku hanya percaya kat lelong jer, tupun selidik2 gegila baru bid..................
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 04:09 PM | Show all posts

Reply #17 hitamputih's post

Kat mana2 [un....berurusan kat internet ni...kalau boleh buat COD...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 04:14 PM | Show all posts

Reply #18 medangmru's post

aku tgh duk CSI kan satu kes ni, nak je tepek receipt tu kat sini, tp ada PnC la plak. this girl claim ada satu UK guy hantar 7 laptop, skrg tgh tersadai di KLIA sbb kastam, so dia kena bayar 3000 + kat sykt delivery tu utk clear kan barang dia.

sykt delivery tu takdak web pun!
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 04:48 PM | Show all posts

Reply #19 hitamputih's post

sruper je kes tuh....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.467564 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list