CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1712|Reply: 6

Ziela tunggu 'peluang' terbitkan filem

[Copy link]
Post time 30-7-2008 02:49 AM | Show all posts |Read mode
29-07-2008 10:44:02 AM

oleh ZANARIAH ABD MUTALIB  

SEMAKIN cantik..ramai yang berkata demikian apabila bertemu dengan pelakon dan penerbit, Ziela Jalil di pelancaran drama terbaru terbitan produksinya minggu lalu. Ziela yang sememangnya daripada dulu tidak lokek dengan senyuman begitu mesra menyapa tetamu dan wartawan yang datang.

Dari luar nampak tenang tapi di hati siapa yang tahu. Senyuman memang sentiasa menghiasi wajah tetapi jauh di sudut hati, Ziela masih lagi berduka atas kembalinya suami tercinta ke rahmatullah, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub kira-kira setengah tahun yang lalu.

Bagaimanapun, ibu kepada dua anak, Puteri Julia Nabillah, 16 dan Megat Jufri Nasrullah, 14 ini tetap tabah meneruskan hidup kerana katanya, hidup mesti tetap diteruskan walau apapun yang terjadi.

“Sedih memang la sedih tapi hidup mesti diteruskan. Memang kami sentiasa terkenangkan allahyarham.

“Kalau dulu, dalam 100 hari pertama pemergian allahyarham, setiap hari kami akan menziarahi pusara. Kalau saya tak pergi pun, anak-anak akan pergi.


Ziela makin anggun...

“Kini, kami tetap meneruskan amalan itu pada setiap hari Khamis dan Jumaat,” kata Ziela.

Kata Ziela yang suatu ketika dahulu begitu ‘mesra’ di kaca TV melalui sitkom 2+1 ini, syarikat produksinya, Pena Kreatif Sdn Bhd kini sibuk menerbitkan drama-drama untuk siaran stesen TV tempatan.

“Siri drama terbaru yang baru sahaja selesai penggambaran adalah ‘Akukah Tanggang’ yang ditunjangi oleh Fasha Sanda, Ady Putra, Wan Hanafi Su dan Fauziah Nawi.

“Drama bersiri 18 episod ini akan mengisi slot Lagenda di TV3 dan TV9 dan akan mula disiarkan pada 28 Julai ini,” kata Ziela.

Ketika ditanya mengapakah dia memilih kisah Tanggang anak derhaka untuk diadaptasi ke dalam bentuk drama bersiri, Ziela berkata, itu adalah pilihan TV3 sendiri kerana produksinya telah menghantar tiga sinopsis untuk dipertimbangkan.

“Produksi telah menghantar tiga sinopsis iaitu kisah Si Tanggang, Mat Jenin dan Puteri Gunung Ledang.

“Memanglah kisah anak derhaka sudah acapkali dipaparkan di kaca TV, tetapi kali ini kita mencipta sedikit kelainan di mana Tanggang dalam drama ini masih berpeluang untuk bertaubat,” katanya.

Kata Ziela, pemilihan artis untuk drama ini juga ditentukan TV3 memandangkan stesen TV swasta itu mahukan pelakon yang baik dan in demand.

“Sebab itu walaupun pelakon-pelakon yang kita mahukan itu turut mempunyai komitmen lain, kita tetap cuba menyesuaikan jadual penggambaran dengan jadual mereka,” katanya.

Katanya, dia amat berharap drama bersirinya itu akan mendapat maklum balas yang baik daripada TV3 dan penonton.

“Kalau hasil kerja kita baik, insya Allah, mungkin dua sinopsis yang dihantar sebelum ini turut berpeluang untuk dijadikan drama,” katanya.

Ketika ditanya  mengenai filem, Ziela berkata, dia memang sudah lama memasang niat untuk menerbitkan filem tetapi belum kesampaian.

“Ekonomi sekarang tidak begitu baik tambahan pula kini tugas mencari rezeki terletak sepenuhnya di atas bahu saya. Justeru, sebelum buat apa-apa kena fikir betul-betul.

“Jika ekonomi sudah pulih dan bidang perfileman tempatan mula mendapat sambutan, insya Allah, impian itu akan terlaksana juga,” katanya.

Menurut Ziela, dia turut berminat untuk berlakon semula tetapi buat masa ini, masanya banyak ditumpukan kepada penerbitan drama.

“Sekarang kita produce dulu. Insya Allah, jika ada watak yang sesuai dan membuka hati saya, mungkin tahun depan saya akan berlakon semula,” katanya.

Ziela berkata, dia tidak menggalakkan anak-anaknya untuk menceburi bidang lakonan kerana dia mahu anak-anaknya menumpukan sepenuhnya terhadap pelajaran.

“Kalau mereka mahu serius, saya tak galakkan dan allahyarham bapa mereka juga tidak benarkan. Kalau setakat suka-suka, mungkin boleh.

“Tapi saya mahu mereka menamatkan pelajaran sehingga ke peringkat Sarjana dahulu untuk jaminan masa depan,” katanya sambil menambah, anak sulungnya Puteri Julia Nabillah menampakkan kecenderungan untuk mengikut jejak langkahnya.

‘Akukah Tanggang?’ arahan Mohd Hitler Zami akan menemui penonton 28 Julai ini.

Kisah Tanggang yang dimodenkan ini menampilkan barisan pelakon mantap seperti Ady  Putra, Fasha Sanda, Wan Hanafi Su, Fauziah Nawi, Aida Radzwill, Jalaluddin Hassan, Fizz Fairus dan Almy Nadia

-Mstar Online-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2008 02:51 AM | Show all posts
cantik ziela bertudung cam tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 07:11 AM | Show all posts
lebih manis dan sesuai..
jgn jd cam ahkak ogy udah ler..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 07:41 AM | Show all posts

Reply #3 gasing's post

alamak..terlebiy suda
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 12:24 PM | Show all posts
ritu tgk kak ziela ni dlm oasis, bseri sgt2 muka dia..moga beliau success sll..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 03:28 PM | Show all posts
ziela ni cantik sungguh sejak bertudung and i suka tgk cara dia didik anak2 dia ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2008 11:46 AM | Show all posts
aku pernah solat sebelahan ngan ziela ni

memang cantik dan ayu...

semoga menjadi wanita yang solehah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.201799 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list