|
Hello...
Aku nih buta IT..
and aku tak tau basic computer care..
camner jaga dier...camner utk wat dier laju and etc...
what i should watch out for and etc...
So...sapa2 leh Share...paling basic.. |
|
|
|
|
|
|
|
Penjagaan Komputer yg paling asas
1. pastikan kawasan sekeliling komputer bersih.
2. kalau pegang CD, pegang bahagian sisi CD tersebut.
3. tutup semua application sebelum shutdown komputer
4. jangan makan dan minum dihadapan komputer
5. jangan biarkan komputer berhabuk
6. jauhi magnet daripada komputer
7. klu nk bukak CD Drive, pegi My Computer, right click icon CD Drive anda dan select eject (dapat mengurangkan wear/tear pada CD Drive anda sebanyak 50%)
8. klu tak pakai komputer, tolong tutup komputer. (walaupun nk pegi kedai sekejap). Paling tidak pun, tutup monitor.
9. Walaupun da shutdown komputer, tapi pastikan switch off skali plug kat dinding tu. sbb elektrik masih berjalan ke komputer.
10. extension tu jangan la guna yg kuno punya. beli baru klu usia extension tu da melebihi 5 tahun.
11. kalau kilat dah menyambar2 kat luar tu, tolong switch off komputer. Kawan aku da tiga kali komputer dia kena sambar kilat, x serik2 lagi. (takpe dia banyak duit)
12. Kalau boleh jangan shutdown mengejut (terus switch off plug), melainkan klu memang da xleh wat apa2. (bukak task manager dlu tgk apa application yg not responding)
13. habuk kat kipas CPU tu, klu boleh kerap bersihkan. sbb bila da banyak sgt habuk kat kipas CPU, CPU akan jadi panas.
14. Last but not least, jangan lepaskan geram kat komputer, seperti menghentak keyboard atau menendang CPU ke monitor ke.
15. pastikan background application tak terlalu banyak (tgk task manager -> processes, under username ko.) sbb ni boleh melembabkan komputer anda.
16. pastikan tak ada application yg tak perlu dirun semasa boot. (Start -> Run -> msconfig -> startup). mana yg tak perlu tu, uncheck je, kecuali antivirus.
17. sentiasa defragment harddisk anda. sbb bila tak defrag, document2 anda dlm hdd akan berterabur di sector2 harddisk dan ini akan menyebabkan komputer anda lembab(start -> accessories ->system tools -> disk defragmenter)
kalau ada kawan2 yang lain yang ingin menambah, harap boleh tolong tambah tips2 ini.
[ Last edited by cluesan at 2-7-2008 09:13 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry...ada beberapa mende aku tak faham...
Originally posted by cluesan at 2-7-2008 09:12 PM
10. extension tu jangan la guna yg kuno punya. beli baru klu usia extension tu da melebihi 5 tahun.
Extension tu apa? Wire ka?
Originally posted by cluesan at 2-7-2008 09:12 PM
15. pastikan background application tak terlalu banyak (tgk taskmanager -> processes, under username ko.) sbb ni boleh melembabkankomputer anda.
16. pastikan tak ada application yg tak perlu dirun semasa boot. (Start-> Run -> msconfig -> startup). mana yg tak perlu tu, uncheckje, kecuali antivirus.
17. sentiasa defragment harddisk anda. sbb bila tak defrag, document2anda dlm hdd akan berterabur di sector2 harddisk dan ini akanmenyebabkan komputer anda lembab(start -> accessories ->systemtools -> disk defragmenter)
apa semua nih? leh explain in details...
cos...ada computer term saya tak faham..
[ Last edited by demonagirl6 at 2-7-2008 09:29 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Explanation.
10.extension cable. Rujuk rajah dibawah.
15. bila ko bukak task manager, (ctrl+alt+del atau ko right click taskbar, yg ada menu Start kat bawah tu -> select Task Manager), ada lima tab kan? (Applications, Processes, Performance, Networking dan Users). Ko click Processes. Lepas tu ko click User Name. Tgk under user name ko(klu mcm contoh dibawah, Username dia Netshark), ko tgk ada tak application yg Windows run tapi ko tak guna? macam Winamp Agent ke, Nero Check ke. ko select nama application tu, lepas tu ko click end process. tapi jangan end process explorer.exe
16. Masa ko on komputer, masa dia nk load Windows, ada beberapa application akan dijalankan. lagi banyak application yang dijalankan masa nak load windows, lagi lama la process loading tersebut. so apa ko kena buat, ko click button Start, lepas tu ko click Run. bila menu run da bukak, ko taip msconfig, kat situ ada tab startup kan? ko select Startup tu. lepas tu ko tengok la, mana2 application yang tak penting, ko uncheck checkbox sebelah application tu. mcm gambar kat bawah tu, ko tgk dia uncheck GoogleDesktop dan qttask kan? tu antara application2 yang tak penting utk dirun masa load windows. Mcm VPTray tu antivirus kan, so dia tak uncheck checkbox tu.
17. Defragment ni adalah satu application dalam Window utk susun semua ko punya document dalam susunan yg teratur. dalam harddisk ko, ada beberapa sector. contoh bila ko save satu document ( x kisah la document apa, Word, ke Excel ke, lagu mp3 ke) dia akan letak ke sector nombor 1, dan document lain ko save, akan masuk ke sector 2, dan seterusnya. contoh bila ko da guna sector 1 sampai 10, dan ko delete dua document dan document tersebut terletak di sector 2 dan 3. lepas tu da kosong kan sector tu? tu yang buat windows lambat, sbb dia akan baca dari sector 1 hingga ke 10 termasuklah sector 2 dan 3. so bila ko buat Defragment, dia akan alihkan sector yg ke 4 dan seterusnya ke sector 2 dan 3. so takdelah sector yang kosong. Tgk rajah kat bawah, ko nampak kan ada kawasan putih? tu maksudnya sector tu kosong. so kena penuhkan sector tu. tu yg kena guna disk defragmenter ni. Nak bukak Disk Defragmenter, ko click Start, lepas tu ko pilih accessories, lepas tu pilih System Tools dan ko click Disk Defragmenter.
|
|
|
|
|
|
|
|
no.16 tuh...cam na aku nak tau mende tuh important utk computer aku ke tak...
contoh ada ccApp, FTP voyager..cos aku tak tau...what they stand for..and dorg nyer function..
so how do i know whether mende nih important ker tak?
tapi yg contoh msmsgs tuh...common sense..ada kat tepi tuh cakap Ymessenger tuh aku tau..
tapi contoh ccApp...FTP tuh..nanti ada mende lain gak kat computer aku selain dari contoh tuh..
aku tak pat tau mana yg important...
and 17 tuh..klu aku delete dua document tuh..kat sektor 2 or 3..
tak der ka selebihnya kat sektor tuh...
ni contoh ada 5 document lam sektor 2...
but aku delete 2 daripada 5 document tuh..bukan tinggal 3 jerk ka
and satu lagi...sektor tuh...
hmmmm...cam na aku nak delete mende yg aku tak nak kat sektor?
klu aku buka My Computer
aku dpt tengok...A floppy disk, local disk C,D,F,(Disc)G,(Dvd Drive)H and I...yg ni ka yg kamu maksudkan sektor?
klu aku wat defragment nih...game2 semua aku save..tak de...cam ilang ker...
cos aku penah tengok abg aku wat defragment nih..
akhir sekali aku nyer game save ilang...this means prolly dier sengaja delete...
i'm sorry soalan2 nya mungkin pelik and stupid..
but seriously..aku benar2 in the dark lam hal computer |
|
|
|
|
|
|
|
best betol penerangan korang. aku yg dah grad IT thn 97 dulu rasa berkarat sgt kepala hotak ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
16. Aku rasa baik ko print screen, lepas tu paste kat sini bagi aku tgk. nnt aku tgkkan mana yg penting mana tak.
17. Sector ni sebenarnya takleh nampak dgn mata kasar. dia dalam harddisk. Yang dalam My Computer tu, yg Local Disk C,D,E and so on, tu kita panggil partition. Yg Floppy A dan CD icon dalam My Computer tu kita panggil Drive. Sebenarnya dalam harddisk ni ada beribu2 sector. satu sector ada lebih kurang 2MB. bila harddisk ko penuh, maksudnya sector dalam harddisk ko xde yg kosong lagi. Ok, bila harddisk ko penuh, ko mesti nk kosongkan harddisk kan? so ko burn atau delete document dalam harddisk tu untuk kosongkan hdd tersebut. kita sebenarnya tak tau document tu terletak kat sector yang mana.
so lepas kita delete document tu, sector tersebut akan kosong. Lepas kita delete apa yang patut, akan ada sector yang kosong di sana sini. so data dalam sector tersebut kucar kacir. masa yang diambil untuk windows baca data dalam sector tersebut akan menjadi lama sebab dia akan membaca sector yang kosong jugak.
ko bayangkan laci ko sebagai harddisk. Dalam laci ko ada beberapa bekas tupperware. satu bekas tupperware tu macam satu sector. apa yang ko letak dalam bekas tupperware tu adalah document ko. x berapa lama kemudian, semua bekas tupperware ko da penuh, dan ko takde tempat lagi nk letak barang. mesti ko alihkan barang dalam tupperware tu kat tempat lain, supaya ko boleh letak barang yang baru kat dalam tupperware tu kan? bila ko bukak laci ko, ko rasa barang dalam bekas tupperware mana yg senang ko nk capai? bekas yang depan laci ke bekas kat belakang laci? mesti yang kat depan laci kan? sama la macam windows, dia akan baca dari sector yang paling hadapan. sector yang paling belakang yang paling susah dia nak capai. so tak ke membazir masa kalau ada sector tengah yang kosong? windows kena baca sektor tengah dulu baru dia boleh baca sector yang belakang.
bila guna disk defragmenter ni, dia akan alihkan data2 kat sector yang belakang tu, ke sector hadapan yang kosong. Disk Defragmenter ni takkan buatkan data ko hilang. so jangan takut untuk defrag ko punya harddisk. kalau boleh sekerap yang mungkin. mcm 2 minggu sekali ke, sebulan sekali ke.
aku rasa save game ko yang hilang tu, abang ko yang delete kot.
[ Last edited by cluesan at 3-7-2008 12:03 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
1. jgn cpt kena tipu.. contoh:
popup/page kuar, "your computer is in danger, please click here to install the antivirus"
popup/page kuar, "free porn. click here for free access"
popup/page kuar, "[nama awek/mamat] is looking for a date tonight, click here to message [him/her]"
popup/page kuar, "free games, click here to install"
lepas ko click ada aa binatang2 liar masuk dlm computer. nak clean dah susah. prevention is the best.
2. gunakan apps yg dipercayai sahaja - yg tidak memberatkan/atau berniat serong pada computer dan anda
contoh: biasa pc pompuan banyak sangat binatang, sbb diorg nie suka install game ntah apa2...
beli game ori/pirate kat kedai. biasanya game2 nie x de masalah. biasanya game pompuan x banyak.. (maklum aa sbb game diorg x best.. hehe..)
3. install kalau apps/game tu kalau nak pakai/slalu pakai. benda2 lain nyemak je...
4. apps yg aku suggest..
a. nak buat keje: openoffice www.oppenoffice.org (free yeay!!!)
ko buang jer ms office tu. sbb oppenoffice lagi power drpd ms office
b. browser: firefox www.mozilla.com (free gak)
ie ko simpan jer buat tukun atau bila nak buat ms updates je. virus/hackers/worm suka attact ie
c. messenger. miranda(boleh integrate sumer, msn, yahoo, google, etc.)
d. antivirus. nod32, avast (free home edition). sbb senang nak install, senang nak buang
e. achiever: 7zip
f. pdf reader: foxit reader (free, kecik dan laju)
g. programming: codeblocks (buang masa je pakai vs)
h. 3d: blender (free n kecik)
i. 2d/vector: lightscape (free n kecik)
j. yg lain2.. adobe, autodesk.. ok aaa ikut keperluan.. |
|
|
|
|
|
|
|
oppss tambah lagi... jgn lupa install (carik kat google)
1. spybot search n destroy.
2. ccleaner
3. perfectdisk pun besstt (defrag tools yg lagi power drpd ms defrag)
kalau dah lepas proses2 diatas, tweak aa registry (bergantung pada os).. ni kira second level aa pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 mziskandar's post
erm, betul Spybot memang bagus. untuk defrag aku guna O&O Defrag. aku tension, tak tau la sapa yang dengki ngan Firefox ni buat virus untuk Firefox je. sepupu aku penah kena, tapi nk buang senang je. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 cluesan's post
Sekali sekala buat la housekeeping. Ambik vacuum, vacuum segala habuk kat dalam tu. Silap - silap ada komuniti kat dalam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
haaa... vacuum mmg penting...especially kat segala jenis fan.. some pc, fan pun dah x nampak.
kalau boleh bukak fins n fan kat processor, vacuum cukup2.. x guna kalau ada fan kalau fins tersumbat - boleh menyebabkan overheating, bluescreen, burn (walaupun jarang terjadi). |
|
|
|
|
|
|
|
wow..... ingat, jangan guna vacuum cleaner yg guna elektrik. guna yg pakai battery. sbb yg pakai elektrik, ada terlalu banyak static charge yang boleh menyebabkan motherboard rosak. fan ngan heatsink tu, klu berani cabut, lebih baik cabut je, dan bersihkan guna berus gigi2 yg tak pakai ke, ataupun precision brush. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 cluesan's post
Dalam pada buat housekeeping tu, kena penuh lemah lembut dan lemah gelamai.
Buatnya bergegar benda alah dalam tu. Abis mati la hard disk tu karang. |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak carik la, ada satu tin yang ada udara mampat (compressed air) kat dalam tin tu. kat mana nk carik ek, aku carik tak jumpa la. ke kena carik kat kedai selain kedai komputer. klu ada tu, mmg best, sembur je fan ngan heatsink tu. takyah susah2 nk cabut fan ngan heatsink. |
|
|
|
|
|
|
|
tak pat print screen
cam ner neh..
tiap kali aku tekan print screen then nak paste kat Paint..
button Paste tuh grey |
|
|
|
|
|
|
|
blease help..
lagi pun makin slow computer bapa aku neh..
pas aku berforum ngan Cari neh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #16 demonagirl6\ catat
Demona, aku rasa sama ada ko da kena spyware/virus(de-register dlm registry) ataupun key printscreen rosak. Tapi aku yakin key printscreen kat keyboard tu takkan rosak.
cuba install Spybot Search & Destroy(freeware) kat sini :-
http://www.download.com/Spybot-S ... t-1&cdlPid=10861988
Lepas download, update dulu, lepas tu Check for Problems, bila da jumpa problem, click Fix Selected Problems.
ataupun kalau tak boleh gak, ko guna je third party software untuk print screen,
Screen Print & Capture (freeware) :- http://www.download.com/Screen-P ... t-1&cdlPid=10188787
[ Last edited by cluesan at 13-7-2008 09:22 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #18 mehacomp_91\ catat
komponen2 elektronik ni adalah tersangat sensitif. Lebih2 lagi komponen2 elektronik di komputer. Pernah tak nampak technician komputer, bila dia betulkan komputer dia pakai macam wayar kat lengan dia lepas tu wayar tu dia sambungkan kat mana2 besi? tu untuk mengelakkan elektrik statik daripada merosakkan komponen elektronik komputer.
Biasanya kalau nk sentuh hardware komputer (seperti motherboard, graphic card, RAM dan sebagainya), biasakan diri untuk menyentuh mana2 besi, casing komputer pun boleh (bahagian casing yang tidak dicat), untuk discharge elektrik static. Vacuum cleaner yang menggunakan elektrik ni adalah satu daripada 'culprit' yang boleh merosakkan komponen elektronik komputer. kalau pernah guna vacuum cleaner untuk bersihkan computer hardware, dan hardware tersebut tak rosak, anda bernasib baik. lambat laun akan jadik jugak kerosakan hardware akibat daripada elektrik static, sebab jangka hayat hardware tu telah pun dikurangkan oleh elektrik static. |
|
|
|
|
|
|
| |
|